Monday, October 26, 2009

DIA yang terHEBAT


Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...

h.i.l.a.n.g @ l.o.s.t..
tiap orang pasti ada pengalaman kehilangan sesuatu..insan tersayang..barang tersayang..dan macam-macam lagi..hilang pabila sudah tiada di depan mata..sudah tak dapat lihat sampai bila-bila...
namun...kadang-kadang kehilangan itu dapat dirasai walaupun apa yg kita rasa hilang tu masih wujud di alam fana..masih kita dapat temui...
ada yang hilang arah..hilang punca (a.k.a internally displaced person) sebab berlakunya dugaan darurat padanya..tiada tempat bergantung...
ada yang hilang arah tuju..terumbang-ambing di dunia penuh pancaroba..mana perlu ku pergi? kanan atau kiri? benar atau salah?silap langkah, hilang pedoman bakal terjadi..
ada yg sudah hilang perikemanusiaannya..entah ke mana perginya..semua hal luar dugaan dilakukan..pabila nafsu menguasai diri, itulah jadinya..na'uzubillah..

penulis sedang bermonolog..sambil mengarut di sini..biarpun nota-nota menjerit terpekik-pekik memanggilnya..
dia merasakan seolah-olah dia kehilangan sesuatu..kehilangan sesuatu yang bermakna buat dirinya..walaupun itu sentiasa dilihatnya, namun dirasakan ia semakin jauh..jauh dari pandangannya..entah mengapa..
tapi dia harus kuat..harus tabah..
tanpa sikap tabah ini, pasti dia hilang kawalan dan tingkahlaku..
dia redha..dia pasrah dengan kehilangan itu..
dia yakin pasti ada hikmahnya kenapa Allah menghilangkannya buatnya...
dia tak pernah menyesal..dia sangat bersyukur kerana diberi kesempatan olehNYA untuk menemui dan mengenalinya..
itulah kurniaan Ilahi yang terbaik buatnya..itulah pegangannya sejak dulu..
kini dia harus sedar..ia harus pergi..pergi mencari yang lebih pasti..
mungkin baginya, ia tak meninggalkannya..tapi bagi dia, dia rasakan kehilangannya..
dia berharap kehilangan itu akan diganti oleh sesuatu yang lebih baik buat dirinya...
dia seorang yang kuat..jangan kalah dek hati kurnianNYA..dia harus lapangkan dada..terima semuanya dengan hati yg terbuka..
tak salah jika dia fikirkan kegembiraan orang lain..kerana kelak pasti dia mendapat imbalannya..
dia tak boleh fikirkan kehendak dan kemahuan sendiri..
sediakanlah ruang kegembiraan dan kebahagiaan itu buat mereka yang terpilih..
walaupun dia hilang gembira dan bahagia itu, dia bersyukur sebab dapat gembirakan dan bahagiakan mereka..usah difikirkan kepentingan diri sahaja..fikirkan juga tentang orang sekeliling..
dia jangan ingat-ingat lagi..berduka lagi..
ceriakan hidupmu dengan menceriakan orang lain..
walaupun dia kehilangan ia..dia kena ingat selalu..
yang ia adalah milikNYA..
dan dia tak pernah kehilanganNYA sepanjang dia bernafas di bumi ini..
DIA tak pernah meninggalkan dia..
dia tak keseorangan..kerana DIA selalu menjaga dia..setiap detik dan saat..
DIA tetap yang terhebat buat dia..
tiada siapa yang mampu menandingiNYA...
dia doakan ia sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan DIA...
dia..hiduplah untuk DIA..

~ sekadar perkongsian idea yang muncul di kepala..sesiapa yang faham..simpan dlm kepala..siapa yang tak faham..sila buat-buat faham...~

~ dia tenang dengan DIA ~

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More