Monday, September 28, 2009

anugerah terindah







alhamdulillah..semakin sihat membesar








imej baru selepas dibotakkan oleh ayah...saya juara!!!



Kali ini dikongsikan lagi dua gambar si insan tersayang yang semakin hari semakin membesar dengan sihat..
Pujian syukur ke hadratNya kerna ribuan limpah rahmat dan nikmat sihat yg dikurniakan..
Atas ketentuanMu, selamatlah kenduri aqiqah yg diadakan baru2 ini, pada 5 Syawal 1430H, cukup sebulan umur Hannah
Hannah dapat banyak duit raya..baju baru...terima kasih kepada saudara-mara, jiran2 yg kasi Hannah semua ni =)

Bukanlah pengalaman pertama diri ini mendapat orang baru..ops!!! ni bukan anak sendiri, tapi tetap anggap mcm anak sendiri ( walaupun insan lain yg lahirkannya )..
Dulu juga pernah berhadapan keadaan sebegini, namun tika itu diri masih di alam kanak-kanak, masih kebudak-budakan, tidak ambil peduli sangat dgn kehadiran orang baru...
jaga tetap jaga, tetapi berbeza dgn keadaan sekarang

Kini, diri sudah menginjak ke alam dewasa..
Alam kematangan fikiran, di mana bermacam2 perkara muncul dlm kepala..
serba sedikit dapat mengikuti dan memahami perkembangan dan tumbesaran bayi ini, yang dahulunya lahir hanya sebesar lengan...yang dulu lahirnya tidak cukup minggu
Namun,
Atas berkat dan 1001 kebaikan susu ibu, anak kecil ini membesar dgn cepat
Pergantungan sepenuhnya hanya pada susu ibunya...

Semakin hari semakin berubah..daripada struktur wajah, struktur badan, mimik muka dan banyak lagi..
Sekarang belum pandai melihat orang dan senyum, hanya kadang-kadang mengagah sendiri tatkala jaga atau tidur..perasaan teramat gembira pabila melihatnya tersenyum..terasa mahu terus mengambil gambarnya..
Pernah juga berfikir..
Apalah yang si kecil ini perhatikan apabila dia membuka mata..dia tak memandang org yg meribanya..matanya melilau ke sana sini...
Dia memerlukan perhatian orang sekelilingnya..merasa ingin dibelai, diriba, dijaga..
Pabila sentuh sahaja tubuhnya, pasti hilang suara rengekannya..biarpun tak kenal siapa yang megambil berat akannya, namun dia tahu ada insan yang menyayanginya..
Benarlah ini semua keadaan psikologinya...

Berbeza dengan bayi yang berumur hampir 3 bulan..
pernah saya melihat anak kawan kakak..
pada umur ini, si bayi sudah pandai melihat orang, mata bertentang mata tersenyum riang apabila diagah, dan pandangannya agak lama pada orang yg memegangnya..mungkin untuk mengamati dan mengenali wajah yg berada di hadapannya..
sungguh tak sabar melihat Hannah melalui fasa ini nanti =D

Banyak hal yg dipelajari dengan kehadiranmu, sayang..
Benarlah kata orang..kekuatan diri haruslah ada bagi pasangan yang ingin menimang cahaya mata, terutamanya si ibu..
kekuatan mental sangatlah penting..si ibu juga perlu mendapat sokongan drpd si ayah..

Dulu ketika adik-adik lahir, tak perasan pula bagaimana emak menjaganya, maklumla..masih berjiwa muda
Kini, semua dapat diperhatikan..
Si kecil itu menangis kelaparan tanpa mengira waktu..siang,malam,pagi atau petang..paling sekejap pun setiap satu jam, pasti dia menangis..

Maka, si ibu juga perlu bersedia tanpa mengira waktu..bersedia menyusukan bayinya..walaupun waktu itu orang lain sedang lena dibuai mimpi
Si ibu perlu mengorbankan waktu tidurnya..demi anak tercinta
demi menjalin hubungan kasih sayang dengan si anak...
Jika lemah emosi ibu, pasti si anak tidak mendapat apa yg diinginkannya ..mungkin dibiarkan menangis berterusan..

Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu...
pernah emak berkata pd adikku : " ingat senang ke nak beranak "
Kata-kata yg akan diingati selalu..
Pasti ibu Hannah sudah mengerti perasaan menjadi seorang ibu..seperti saat nenek Hannah melahirkan ibu Hannah dahulu..

Biarpun diri ini tak merasai saat seperti mereka, namun cukuplah dahulu setakat ini ku memahami dan mengambil sesuatu drpd pengalaman ini..yang dapat dijadikan pedoman dan bekalan utk masa depan,insyaALLAH...


~ setiap ruang hidup itu pasti ada ruang dan peluang untuk mempelajari sesuatu ~

1 comments:

hihihi...insyaallah nanti boleh jadi ibu yang nithali di masa hadapan..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More