Friday, March 5, 2010

penat yang berbaloi

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya

Baru seminggu biar ruang ini bersawang, terasa dah lama tak menconteng di sini. 2 minggu selepas bercuti betul-betul terasa sedikit penat, lelah, hidup tunggang-langgang, lintang-pukang dan macam-macam lagi. Diserang virus semasa di rumah, pastu ok, pastu diserang balik di sini sebab terlalu penat agaknya,mujurlah  sehari je. Gagahkan diri buat macam-macam kerja,konon nak kuatkan sistem imun badanla ni.Memang, lepas aktifkan diri tu, slow-slow sakit tu kurang. Lebih baik daripada hanya terlantar atas katil, walaupun kadang-kadang buat begitu jika terlalu lemah imuniti badan.Sesungguhnya sakit tu penghapus dosa....

Saya makin menyayangi bidang yang saya pilih di sini. Siapa tahu,angkat tangan ^_^. Sejak hari kami diberikan tugas oleh pensyarah kami, Dr. Suhaina yang kami perlu mengadakan promosi makanan, ia dirasakan seperti suatu tugas yang susah. Memang ia diambil sebagai tugasan amali yang akan dimasukkan sekali dalam markah peperiksaan akhir. Sudah tentu kami semua daripada jabatan  ini tidak boleh buat sambil lewa dan anggapnya remeh-temeh.

Saya juga mula menjejakkan kaki ke pasar Chow Kit untuk membeli barang-barang keperluan dengan sahabat-sahabat. Oh, sungguh manis pengalaman itu. Rasanya pasar di tempat saya lebih ok daripada pasar di sini. Alah bisa, tegal biasa tu. Macam-macam ragam orang boleh kami lihat di sana.Hanya mampu gelak ketawa bersama-sama melihat aksi-aksi penjual di situ.Ini baru cabaran membeli barang, belum lagi cabaran memasak.

So, dengan rasminya semua antara kami boleh jadi chef tak rasmi. Sesi dry-run dimulakan pada minggu ini untuk diluluskan oleh Dr. Kalau makanan tu tak menjadi, u should reject it or modified it to make it become better (as Dr. said). Kami pun sangatlah gembira sebab boleh makan macam-macam jenis makanan. Mintak drpd orang tu sikit, orang ni sikit. Tak payah belanja dah untuk beli nasi. Nama pun pemakanan dan dietetik, mestilah kerja kami makan je ^_^

Banyak sebenarnya yang kami belajar melalui kursus ini. Baru tahu macam mana nak kira kos harga bagi satu makanan atau minuman. Bukan saje-saje je penjual tu letak harga tu kat makanana minuman mereka. Barulah saya rasa betapa agak sukar nak buka kedai makanan @ perniagaan makanan, dan dapat rasai apa yang para penjual di luar sana rasai. Atas sebab mencari rezeki yang halal, mereka dapat mengenyangkan perut kita, biarpun kadangkala harga makanan yang dijual tidak berpatutan dan sedikit mahal.

Setelah melakukan dry-run sebanyak 2 kali, alhamdulillah kami sungguh puas hati dan rasa lega. Lega selepas mendengar komen-komen drpd Dr. dan juga tunjuk ajar beliau. Jika tak sedap, terus-terang Dr. cakap tak sedap. Majoriti daripada kami telah dapat menambat hati dan deria rasa Dr., yang dapat membakar lagi semangat kami untuk terus bekerja pada hari kejadian.Terima kasih Dr atas bimbingan dan komen membina yang diberikan.

Nantikan kemunculan kami dalam masa hampir 3 minggu lagi untuk beroperasi. Festival makanan yang ditunggu-tunggu akan tiba tidak lama lagi. Jika tahun lepas student JPD menjual kuih@biskut raya, kami student JPD kali ni pula menjual makanan-makanan di Malaysia. Kan kita 1 Malaysia, so nikmatilah semua hidangan yang bakal kami sajikan nanti =)

'' TASTE OF MALAYSIA ''

~  feed yourself, profit ourself~


...kepada semua rakan seperjuangan, teruskan semangat anda untuk menjadi chef tanpa tauliah. seronok melihat kalian memasak dengan penuh tekun dan khusyuk.WE LOVE TO EAT, WE LOVE JPD....

2 comments:

salam.

ya lina husniyah :)
pulut mangga tu nmpk sodappp sgt.
blh a ato ke sy skit.hi2
btw,goodluck utk sesijualan JPD tu
:) masok sedap2 okay !

hehe..amirah najihah rupanya..
nmpok lam gmbor,sume sdap..
tapi sy buat xtau la rase gane..
drpd yg x penah masak pulut, dh reti masak..
ade pekdah gak amali ni..
kikiki...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More