Friday, March 12, 2010

kasih ibu, sayang ayah

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Alhamdulillah, lafaz syukur ke hadrat Ilahi kerana semalam saya dan beberapa sahabat diberi ruang dan kesempatan untuk melawat seorang sahabat yang baru selesai menjalani pembedahan. Kami doakan agar akak cepat sembuh dan dapat meneruskan pengajian di sini, serta mandapat rahmatNYA.

Apa yang ingin saya coretkan di sini bukanlah tentang cerita kami di hospital, tetapi kisah yang kami dapat dalam perjalanan menuju ke hospital itu. Kisah yang benar-benar menyentuh hati kami. Asalnya kami mahu menahan teksi untuk lima orang, namun tiada teksi yang nak ambil. Memang kalau ikut peraturan, maksimum penumpang hanya empat orang. Manelah tahu kalau terjumpa pemandu yang sudi tumpangkan kami berlima. Kami decide untuk berpecah, 2 orang dan 3 orang. Jadi, kami terus menunggu teksi. Kemudian, lalu sebuah teksi tapi ia bergerak di tengah jalan, menyukarkan pemandu itu untuk berhenti di bahu jalan. Kami berlima dengan cepatnya menaiki teksi itu sebab dah berderet kereta lain di belakang. Alhamdulillah, kami berlima dapat naik teksi. Saya sedikit kagum sebab itu kali pertama saya dapat lihat pemandu teksi wanita melayu selama berada di sini.Bukanlah usianya sebaya dengan saya, kemungkinan hampir 40-an. Sepanjang perjalanan, kami berborak-borak dengan makcik itu. Ramah dan mesra orangnya.Antara perbualan kami :


Kami  :  Terima kasih makcik sebab ambil kami. Sebelum ni takde teksi nak ambil sebab 5 orang.

Makcik  :  Takpe. Memang kalau peraturan tak boleh ambil. Tapi hukm dekat je kan. Sekejap je ni.

Kami  :  Dah lama ke makcik jadi pemandu teksi ni?

Makcik :  Dah lama, dalam tahun 1999. Sekarang ni dah 2010.

Kami  :  Oh...makcik, macam mane makcik boleh terfikir nak bawa teksi ni? makcik takde berniaga ke...
   
Makcik  :  Entahlah. makcik tak pernah fikir nak jd driver ni. Nak berniaga nasi lemak, dah ramai yang jual. Makcik dah ada lesen kereta masa sebaya umur kamu dulu, makcik sambung je lesen untuk bawa teksi. Lagipun, anak-anak makcik sekolah lagi semua. Ayah diorang dah takde mase diorang umu 5,6 tahun. Sekarang ni kan belanja kat sekolah banyak. Kejap bayar tu, kejap bayar ni. Semua guna duit.

Kami   :  A ah makcik, betul tu. Kiranya makcik kerja jadi driver ni untuk sara anak-anaklah kan..
  
Makcik  :  Ye, guna duit ni la untuk kasi belanja diorang. Lagi satu, senang sikit bawa teksi. Dah macam ada kereta kan. Boleh balik kampung dengan teksi.Pagi-pagi hantar anak dengan teksi.Senanglah kan.  

Kami  :  Betul-betul. 2 dalam 1 la ni.

Lepas tu, kami pun sampai di hospital dan meneruskan perjalanan ke wad sahabat itu.............


Saya cukup tersentuh dengan cerita makcik itu, begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Betapa tingginya nilai kasih dan sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya. Biarpun apa kerja yang dilakukan, hasil kerja itu digunakan untuk menyara dan membesarkan anak-anak. Hidup itu lebih indah jika hanya memberi dan memberi itu pasti memberikan kebahagiaan kepada si pemberi. Bukan hanya ibu, begitu juga dengan ayah. Pengorbanan ibu bapa yang tiada tolok bandingnya. Siapa kita tanpa mereka di dunia ini. Sebab itu ada yang cakap jasa dan pengorbanan ibu bapa tak mampu dibalas, hatta dengan wang sejuta sekalipun. Jasa dan pengorbanan mereka sungguh tak ternilai. Apa lagi kasih sayang ALLAH, yang sentiasa memberikan pelbagai jenis nikmat. Walaupun kita masih tak sayangkanNYA sepenuhnya, DIA tetap menyayangi kita. Semua benda yang kita miliki di dunia ini adalah milikNYA. 

Berbalik kepada cerita itu, lagi satu input yang saya dapat bagaimana makcik itu mampu berdikari dan meneruskan hidup dengan anak-anak setelah suaminya dipanggil Ilahi. Walaupun hilang tempat bergantung, dia masih mempunyai inisiatif lain untuk terus menyara, membesarkan dan mendidik anak-anak. Jika makcik itu tidak tahu memandu, mungkin dia akan menghadapi banyak kesulitan kerana susah untuk bergerak ke-mana mana. Kemahiran memandu yang Allah kurniakan padanya mendatangkan banyak kemudahan untuk dirinya dan anak-anaknya.

Emak pernah berkata, " Lesen memandu tu penting pada zaman sekarang.Nak pergi mana-mana senang. Nanti bila dah kahwin, andai ditakdirkan suami pergi dulu, nak gapai kat mana.Dah tak pandai bawa motor kereta. Dulu hanya harapkan suami, bila dah takde, nak gantung kat mana lagi. Kan susah kalau nak pergi mana-mana. Kalau kita pergi dulu takpela. Kena fikir masa depan tu camne".

Walaupun masa depan kita ialah sesuatu yang belum pasti, kita perlu membekalkan diri kita dengan apa jua persediaan daripada aspek apa sekalipun. Sediakanlah payung sebelum hujan.

Wallahu'alam.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More