Tuesday, June 29, 2010

ditipu atau tertipu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam buat semua.
Sedang kami khusyuk bekerja, tauke kami merangkap mak dua pupu saya bercerita.Bagus juga, taklah sunyi sepi je dalam rumah tu. Saya kurang ingat ceritanya sebab tak dapat fokus sepenuhnya, jadi lebih kurang macam nilah cerita bos kami :

Sepanjang dalam kereta, kami dengar kuliah daripada seorang ustaz daripada radio. Diceritakan, ada seorang hamba Allah ni nak sangat berjumpa dengan iblis. Keinginan yang terlampau ( saya lupa sama ada ini kisah benar atau kisah sekadar dijadikan pengajaran ). 

Sahabat-sahabatnya semua pesan, " kau tak payahlah jumpa iblis tu, nak buat ape?"
" aku nak jumpa jugak iblis tu. aku nak cincang dia hidup-hidup kalau betul-betul aku dapat jumpa iblis! "
" ish3, ko ni..pelik betullah".

Kemudian, ditakdirkan iblis benar-benar muncul di hadapan lelaki itu.
Lalu, si hamba itu terus menampar iblis itu berkali-kali sepuas hati. Iblis itu sedikit pun tak marah dengan perbuatan lelaki itu.

" wahai iblis! kau tak marah ke aku tampar kau? "
" sikit pun aku tak marah. kalau ikutkan, mahu je aku bunuh kau. tapi sebab kau dapat hidup hingga umurmu 100 tahun, aku tak jadi nak bunuh kau ".

Hamba Allah itu percaya dengan kenyataan iblis itu. Maka, selepas kejadian tu, lelaki tu berterusan melakukan maksiat kerana dia yakin dan percaya bahawa dia akan hidup hingga 100 tahun. Kesempatan masa yang ada digunakan untuk enjoy puas-puas. Dekat-dekat nak 100 tahun barulah bertaubat. Masih ada masa, masih belum terlambat.
Lalu, ditakdirkan Allah, si lelaki itu menemui ajalnya sebelum umurnya 100 tahun. Terbukti di situ bahawa dia telah termakan oleh tipu daya iblis laknatullah. Maka, sia-sialah hidupnya yang hanya dipenuhi dengan maksiat dan dosa, malah tak sempat nak bertaubat. Na'uzubillah.

Kisah ini benar-benar memberi kesan dalam hati yang mendengarnya. Walaupun bos bercerita dengan santai, ia penuh iktibar dan boleh dijadikan peringatan dalam hidup. Kali pertama saya mendengar kisah ini. Oh, masih sangat cetek ilmuku.

Betapa syaitan@iblis itu mampu menipu dan menggunakan tipu dayanya untuk merosakkan anak-anak Adam.
Sekali dicucuk, terus tersangkut. Ingatkah kita pada kisah Nabi Adam a.s yang suatu ketika dahulu juga termakan tipu daya syaitan sehingga dibuang ke bumi? Itu Nabi Allah pun terpedaya, apalagi kita hamba biasa yang hina dina ini.

Memang tugas mereka untuk menyesatkan anak-anak Adam. Itulah visi dan misi mereka. Lihat sahaja betapa ramainya anak-anak Adam yang telah tersungkur. Pasti mereka bersorak riang setiap kali matlamat mereka tercapai. Teringat lak cerita-cerita tentang syaitan dalam majalah Asuh. Syaitan gemuk dan syaitan kurus.hehe..

Tak kira apa yang kita nak buat, pasti mereka mencucuk kita. Diri sering berperang dengan nafsu dan iman. Nafsu kata ya, iman kata tidak. Hanya iman yang betul-betul mantap mampu menepis segala godaan syaitan tu. Memang susah nak melawan mereka. Hanya hati yang benar-benar teguh berjaya melawannya.
Di mana kita???
Banyakkanlah membaca ta'awwuz, moga dijauhkan daripada panahan syaitan musuh utama kita.
Semoga mendapat manfaat daripada kisah ini, dan sebar-sebarkanlah.

 mak dua pupu  =  nenek/atau atuk kita adalah sepupu mak kepada mak dua pupu kita tu..faham ke? =)))


Sekian
Wassalam.



0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More