Monday, July 5, 2010

kuliah tengahari

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam.

Bukan senang nak dengar kuliah bila waktu cuti. Bukan kuliah melalui CD atau laman teknologi canggaih terkini, tetapi kuliah terus daripada seseorang. Kuliah daripada seorang guru kepada anaknya. Saya menganggapnya sebagai kuliah dan intipatinya boleh dijadikan peringatan buat diri. Mungkin di hati guru itu nak mengingatkan puterinya, tapi disampaikan melalui lorong yang lain. Mengaitkan hal itu dengan hal yang berlaku di sekeliling.
Diri hanya diam membantu, memberi sedikit respon tanda mengiyakan segala apa yang disampaikan, terus tembus ke dalam otak dan sematkan ia di dalam hati.

Sambil keresahan menunggu munculnya kembali air di rumah yang terputus hampir sehari, dia sempat meluangkan masanya pada tengahari tu dengan puterinya :

Start.. Sekarang ni kalau perempuan kahwin awal boleh je, sebab tanggungan bukan terletak pada perempuan. Lelaki tu wajib memberi tanggungan kepada isteri. Kalau lelaki kahwin awal, tak kerja lagi, macam mana nak tanggung isteri tu. Kalau dah ada kerja, bolehlah nak nikah dengan siapa pun. Takkan nanti dah kahwin, nak menyusahkan mak ayah pula sebab takde duit nak tanggung isteri. Lelaki tu kena ada kerja. Biarlah kerja apa pun, gaji murah je, asalkan ada pendapatan, boleh makan minum, bayar bil api dan elektrik. Tak perlulah nak beli kereta besar kalau gaji pun tak tinggi. Kena berpada-pada. Jangan isteri kerja, suami pula tak kerja. Laki tanggung isteri ke, isteri tanggung isteri ni. Jangan tunggu nasi tu dah jadi bubur.
Perempuan bila ada lelaki nak, terima je. Siapa yang tak nak kan. Sebab perempuan tu kalau tak kerja pun takpe. Bukan wajib atasnya mencari nafkah tu. Tapi kenala tahu, lelaki tu ada kerja ke tak. Nanti lelaki tu nak tanggung guna apa kan. Kalau ade kelulusan universiti pun,tapi takde kerja, tak guna gak. Ramai je lulusan tinggi-tinggi tu tak dapat-dapat kerja.dari mana-mana tak penting sangat pun, yang penting ada KERJA.
Kahwin tu hukumnya ikut keadaan. Memberi nafkah tu jadi wajib, fardhu ain kepada suami bila dah kahwin. Masa akad tu, lelaki tu bertanggunjawab dah nak tanggung si perempuan dengan wali perempuan tu. ( bukan aku terima nikahnya...........sahaja, maksud di sebaliknya ialah aku bertanggungjawab ke atas............).
Bukan main-main kahwin ni.

Perempuan pula janganlah memilih sangat. Ada sorang saudara mak tu, umur dah banyak, gaji pun tinggi tapi belum kahwin. Adik-adiknya yang lain semua dah kahwin. Tak tahulah sebab apa kan.Sekarang ni susah nak cari yang setaraf. Perempuan dah gaji besar, lepas tu nak cari lelaki yang lebih gaji besar daripadanya. Mana nak cari tu. Lelaki plak, kalau perempuan lebih tinggi daripada dia, dia tak nak. Mesti nak dia yang lebih. Sebab tu memang sikap lelaki. Semua nak lebih daripada perempuan. Kalau nak tunggu yang macam tu, sampai bila pun tak kahwin. Takde yang sempurna kita boleh cari. Nak cari  yang ikut kehendak kita tu susah. Nak sama taraf je. Lain la kalau belajar sama-sama, pastu kenal dan berjanji.

Perempuan ni plak kena jaga maruah. Jangan jadi murah sangat. Kenala mahal jugak. Bila murah sangat, terus punah ranah. Banyak kan cerita dalam TV yang boleh jadi iktibar.
Perempuan kalau dah keje baru nak cari, susah sikit zaman sekarang. ( adakah maksudnya dah boleh cari sebelum kerja..hehe). Lepas tu, bukannya nak tengok kaya ke tak, ada harta ke tak, yang penting ada agama tu. Cari yang beragama.
Kalau bertunang pun, tak bagus lama-lama. Ada orang tunang awal-awal, dah ikat janji, lepas tu bertahun-tahun bertunang. Tak bagus macam tu sebenarnya. Tak digalakkan. 
Bertunang sekejap dah la. Kena fikir semua tu.....end

Saya lupa penghabisannya macam mana, mungkin sebab perkara yang sama diulang beberapa kali. Itu membuatkan perkara tu akan diingati sampai bila-bila.

Ingat ye wahai lelaki yang ingin mengikuti sunnah Baginda, tanggungan itu menjadi wajib ke atasmu bila dirimu berjanji dengan wali si dia, berjanji dengan tok kadi, yang juga sudah pasti berjanji dengan Allah.
Bukan tanggungjawab menanggung kehidupan harian sahaja, namun turut bertanggungjawab mendidik si dia dengan didikan agama dengan sempurna. Sungguh berat tanggungjawab itu  bila dirimu bergelar suami.

Buat wanita yang juga ingin bergelar isteri, tanggungjawabmu juga banyak setelah menerima gelaran itu. Usah terlalu memilih kerana tiada yang sempurna atas dunia ni, kerana sempurna itu hanya milik YANG ESA.
Jangan terlalu mengutamakan cinta itu sehingga mengabaikan agama itu.

Andai kedua-duanya leka kerana cinta dunia, tiada lagi cinta akhirat yang mengiringi.
Bersabarlah sedikit untuk mengecapi kebahagiaan yang hakiki kelak.

Saya tidak pandai bermadah, namun cukuplah bingkisan ini sekadar untuk perkongsian. Juga untuk peringatan diri sendiri. Maaf andai ada silap dan salah.


'' DUNIA ADALAH PENJARA BAGI ORANG-ORANG MUKMIN DAN SYURGA BAGI ORANG-ORANG KAFIR''


~~ ayah, nak kuliah free lagi ^_^


Sekian,
Wassalam.

7 comments:

Best2..hehe
~~ayah nak kuliah free lagi ^-^
tukar kepada
~~ayah sy nak kawen ^-^

hahaha

hehe
xleh ni kak..
demand sgt anak ni =)))

Awk bg ayah awk dengar lagu "saat lafaz sakinah" kat ayah awk..

Then, awk tny la ayah awk,
"Abah tak faham2 lagi ke..^-^"

hikhik
kalu kasi lagu tu,pengsan terus ayah anak ni
" tak sabar betul anakku, baru je kasi kuliah hari tu " ^_^

huhu..ayah ke bg kuliah..adkh nk kate ku yg tergigit cili 2..hahah

kalau kasi lagu tu kak,pengsan terus ayah anak ni..
" tak sabar nampak..baru je kasi kuliah hari tu..alahai anakku.."

hehe=))

to yg ke 2:

haha..
kamu terasa pedas ke cili tu
xde la kuliah pun,saje wat tajuk gitu
ade sebab nape dpt kuliah free camtu
nnti i story2 kat u..
hehe=)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More