Wednesday, September 15, 2010

jaga gula kita

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Salam Aidilfitri 1431 H. 
Rasenye masih belum terlambat, hari ni baru 7 Syawal, esok 8 Syawal, orang kata raya 6. Selamat hari raya lagi sekali utk sesiapa yg berjaya berpuasa 6 hari di bulan Syawal ni. Alhamdulillah. 
Syukur kita masih diberi peluang utk bertemu Ramadhan dan Syawal pd tahun ni. Moga kita dipanjangkan umur utk bertemu lagi pd tahun hadapan. Ameen.
Bila tiba musim raya, orang makan serba-serbi. Gi ziarah sana-sani, tambah open house lagi. Oh, kesiannya kat perut kan. Kalau masa puasa boleh turun berat 3kg, tak mustahil bila raya boleh naik balik dua kali ganda = 6kg. Siapa tu? Saya? Awak ke? Dia? hehe..makan biar beringat, jangan sumbat je ikutkan nafsu. Masa raya ni pun sape-sape yang ada diabetes a.k.a kencing manis kena kawal makan. Yang tak sakit pun kena jaga-jaga, ape lagi yang ade sakit kan.


Hari tu hari raya pertama tetiba rasa nak cek gula dlm darah ni. Tu pun sebab ada alatnya, atuk punye. Bila hari pertama, sah-sah makan banyak. Resultnya ialah 5.2 mmol/l. Fuh, kira ok la tu, dalam julat normal lagi. Atuk pun cek sebab atuk ada diabetes. Masa cek atuk puasa. Mula-mula 9mmol/l, 2 hari lepas tu naik ke 12 mmol/l. Konklusinya, kandungan gula dlm darah atuk tu tinggi sebab atuk puasa. Kalu puasa, julat normalnya lagi rendah. Ape la ye atuk makan?

Maaf, saya tak ingat julat normal kandungan gula dlm darah. So, copy je drpd web info kat bawah ni :
  • 4 to 7mmol/l before meals
  • less than 10mmol/l 90 minutes after a meal
  • around 8mmol/l at bedtime
Penyakit ni tak kira orang kurus atau gemuk, semua leh dapat. Cuma yang obesiti tu risikonya lebih tinggi.
Sebenarnya, salah satu faktor penyebabnya ialah MAKANAN. Korang pernah dengar perkataan ni tak? INDEKS GLISEMIK @ GLYCEMIC INDEX. Dulu diri ni fikirla gak ape la tu, memang tak tahu pape. Alhamdulillah lepas belajar baru faham. Ni saya copy lagi :


Indeks Glisemik (Glycaemic Index – G.I.) adalah angka yang menunjukkan kedudukan makanan dalam skala 0 hingga 100 mengikut paras sesuatu makanan menaikkan paras  glukos dalam darah selepas ia dimakan. Makanan tinggi G.I. bertukar menjadi glukos dalam darah dengan cepat dan mencetuskan ransangan pengeluaran insulin yang tinggi dalam darah. Sebaliknya makanan yang nilai G.I. rendah lambat merangsang pengeluaran insulin dan insulin akan dirembeskan secara perlahan dan beransur-ansur dalam waktu beberapa jam. Ini membantu mengawal paras glukos dalam darah supaya berkeadaan stabil

Mengikut penjelasan lecturer, makanan tinggi nilai G.I ialah makanan tu cepat dihadam dalam badan. Bila cepat hadam, maka cepatlah makanan diserap. Dah serap cepat, cepatlah gula dalam darah tu meningkat. Makanan rendah nilai G.I pula sebaliknya. Owh, barulah faham =)
Yang paling ingat Dr. cakap, makanan yang rendah G.I ialah wholemeal bread dan beras basmati. 
Bila jumpa atuk, cepat-cepat je pesan, " makanlah beras basmati, baik utk kesihatan "

Jadi,kalu kalian nak tahu senarai makanan yang tinggi, sederhana dan rendah G.I, bolehlah google ye. Confirm banyak list tu. Tengoklah dan pilih mana yang baik, kurangkan mana yang buruk.
Nak rawat diabetes bukan hanya makan ubat semata-mata, tapi kena ubah gak gaya hidup tu. Jangan lupa>>> HEALTHY DIET, EXERCISE & SMOKING CESSATION

Kepada para perokok yang dihormati, jaga-jagalah ye. Ada risiko diabetes, maka penyakit kardiovaskular ( jantung, strok ) pun tak ragu-ragu nak serang anda nanti ^_<

Ni baru pasal diabetes, belum masuk hipertensi, gout dan lain-lain.
Kita makan untuk sihat, bukan makan untuk sakit.
Maka, hargailah nikmat badan yang Allah kurniakan ni. Jaga badan, jaga kesihatan.
Juga jaga iman dan jaga amal.
Selamat berusaha!!!


p/s   :  oh, banyaknya godaan bila duk di rumah lama-lama...


Sekian,
Wassalam. 








0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More