Sunday, October 10, 2010

khas-adik

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



'' adik, kenapa perangai adik ni teruk sangat hah?, tanya saya suatu hari.
adik diam je, tak kata pape...
Dulu hujung nama adik Kaiyisah. Sebelum adik lahir, mak mintak kami sama-sama cari nama kat depan. Kaiyisah tu memang mak dah berkenan. Habis semua buku nama-nama Islam kami belek.
" mak, Hasnaa' ni pun ok..jadi Hasnaa' Kaiyisah'', cadang saya
''oh, tak naklah mak. sama nama dgn cikgu sekolah '' ( hampir sama je )
''haa, dah jumpa. Nayli..Nayli Kaiyisah". Akhirnya mak juga yg jumpa..Kami semua setuju!

Adik tau tak, dalam ramai2 adik paling untung. Sejak umur 1 tahun sampai 9 tahun, adik dpt kek birthday setiap tahun. Untung sebab mase birthday adik semua ada kat rumah, time cuti sekolah.

 '' adik sokmo kena buang. Penatlah hari-hari! '' kata adik tak puas hati.
Adik kena tahu, sebelum adik lahir, akak-akak adik pun lalui benda yg sama macam adik. Jadi, adillah kan semua ada pengalaman ni =)

Mak suka kasi 'hadiah' kat adik. Tapi adik tak pernah serik. Selalu main kejar-kejar dgn mak dlm rumah. Bila dapat 'hadiah' tu, macam-macam melodi kami boleh dengar. Elok jap, pastu buat lagi. Adik memang suka kan 'hadiah' mak tu.

Bila mak tegur adik, marah adik, adik buat tak kisah je. Bila ayah tegur adik, marah adik, terus adik buat cepat-cepat. Kenape ye dik? Takut kat ayah ke?hehe..
 
Adik selalu kena bebel. Sebab malas belajar. Selalu main-main kat rumah. Lagi-lagi kalau ada akak-akak kat rumah. Memang tak sentuh buku tu. Macam-macam cara dah mak buat nak suruh adik pandai,rajin belajar, tapi adik tetap cool macam tu. Adik kena ubah sikap ni bila dah umur 12 tahun ni tau. Akak agak kagum, sebab malas-malas adik pun, tetap dapat nombor 3 selalu dlm kelas. Bila ntah adik nak kalahkan Zarin dan Ruzma (saingan hebat). Usaha lagi, pasti boleh! 


Masa cuti panjang hari tu, kita sama-sama tido kat rumah tok, teman tok. hari-hari adik bawa baju skolah dengan hanger tu. Adik teman akak, akak tak nak tido sorang-sorang. Trimas ye dik, sebab adiklah masa tu 1st time akak buat nasi goreng dlm hidup ni. Teruk kan? Walaupun akak rasa tak sedap, adik kata sedap, adik makan sikit sebelum ke skolah, pastu adik bawa bekal nak makan masa rehat. Adik jarang bawa bekal ke sekolah. Tok pun sibuk nak masak sarapan untuk adik. Jadi, akak masaklah apa yg patut. Sampai apaeyg akak tak pernah masak pun akak dah tahu caranya :)

Adik lahir pada era yg lebih maju drpd kitorang. Macam-macam teknologi dan kemajuan adik tahu. Baju seluar adik pun jauh lebih banyak dan bergaya drpd kami. Mak kasi peluang adik pakai gaya-gaya, pakai jeans sebab mak pernah cakap macam ni dulu,
'' takpelah masa kecik-kecik ni nak bergaya, nak bebas sikit pun. nanti dah besar takleh pakai camni dah''
Betul tu dik, nanti dah baligh adik takde peluang dah nak pakai macam apa yg adik pakai skrg. Adik kena pakai mcm akak-akak adik pakai. Lagipun akak tau, adik pun tak suka pakai seksi-seksi, adik tahu tu sume Allah tak suka, Rasulullah tak suka, mak ayah tak suka n akak-akak pun tak suka. Bab pemakaian akak tak kisah sebab  adik dah faham apa yang Islam suruh amalkan.


Masa cuti raya hari tu, adik merengek-rengek nak gi pantai. Selagi tak pergi, selagi tu bunyi. Sakit telinga ni dengar tau =) Tapi yg paling adik pujuk, akaklah. Hari jumaat tu adik bangun awal, adik kejutkan kami semua. Ganggu kami tidur.Dengan hati yg berat dan malas, akak bangun dan teman adik gi pantai. Tapi adik tak masuk pun dlm air, penakut sangat..Main-main pasir je. Ingatkan dah puas hati, esoknya adik kejut kami lagi. Akak juga yg temankan. Kali ni adik masuk dlm air, akak pun sama. Dah lama tak berendam dlm air laut, rasa nikmat sgt. Sambil boleh tengok matahari baru nak terbit. SubhanAllah!
Sebenarnya akak teringat bebelan adik camni,
'' kakak-kakak ni bukannya nak faham adik. masa kakak-kakak baliklah adik leh gi pantai. nanti akak-akak dah takde, adik takleh main laut dah''. Oh adik, sungguh mendalam ayatmu!

kat pantai belakang rumah

Hari itu sebelum kami bertolak pulang ke sini, adik tarik-tarik baju saya masa nak pergi. Macam tak nak kasi gi je. Saya tahu, adik sedih sebab kami semua dah pergi lagi, tinggal adik sorang-sorang lagi, teman mak dan ayah. Rumah jadi sunyi balik. Saya boleh nampak riak wajah adik. Sebelum gi, adik tanya, " akak bila pulak cuti?'' Saya jawab, '' tak tahula bila, cuti raya haji nanti baliklah..nak balik akak tepon,''. 

Walaupun pergi tak jauh, jauh di sudut hati, hati ini terasa sayu meninggalkan kampung dan rumah tercinta, semua ahli famili tersayang. Namun, demi perjuangan ini yg masih panjang, 
I must be strong!!!

gambar masa kecik. 4 or 5 tahun kot...


Saya teringat kat dia, so cerita sikit pasal si cilik yg dah makin besar ni. Banyak lagi nak crite ni, tunggu edisi seterusnya..insyaAllah...


p/s : PMR mansuh tahun 2016. Adik sempat lagi amik PMR (2015), batch last sebelum PMR dimansuhkan.


Sekian,
Wassalam.

6 comments:

fuh jiwang sal adik...hihi..nk wat pembetulan..Nayli tu cdgn asal dari mkck2 kita n mak..dan kaiyisah tu kakak2 si adik la yg tmbh..(k.emi,k.uda..na klo trmsklah..hihi)..ingt tau kita belek2 buku...last2 dpt kaiyisah..comeykan nama tu..

hehe..yeke..silap sikit
ingat yg belek2 buku je..
tp ok pe, dah lebih 10 tahun,ingat lagi tu
kaiyisah a.k.a mek cah
comey2 ^_^

huhuhu :)

comel nayli mase kecik.

ingatkan eja nayli tu "nelly"

ngeee :)

hehe..klu 'nelly', ala-ala 'melly' goslow plak..
dah besar pun budak tu
selalu sibuk nak jual roti gak..
boleh jd pewaris ni =)

kalau balik kampung, bercuti, tak sah kalau tak pergi pantai..haha..
Best sgt kalau pegi dgn family..

Cuti hr tu pun akk pegi..dekat je pun, pegi jalan kaki je..ramai2 dgn adik2 beradik, cari remis dan ketam..

hari tu siap bwk bekal lg, akk bgn awal dgn adik siapkan roti sardin dan goreng sosej..muahaha, sedapnye..

then siapkan mee hoon goreng tapi tak bawak, plan nak makan bla da balik pantai, sebab lepas mandi manda dan balik umah, selalunye da penat nak masak, kalau mknan da siap, blk mkn je..huhu..bestnye..

hehe..best kan kat duk dekat dgn pantai ni
tp famili sy ni jenis liat nak g pantai, sebab boleh tengok hari2 dari tingkap..
dulu2 slalu gak berkelah ramai2 kat pantai..cari remis, wat istana pasir..
alamak, rase cam nak berkelah tepi pantai lak!
cuti nanti nak enjoy puas2 kat pantai..^_^

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More