Thursday, April 7, 2011

alam maya

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Credit to Nabihah Mohamad,


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi


Ramai yang suka mendengar atau membaca kisah-kisah keaiban orang, malah, sanggup pula memanjangkan kisah-kisah itu kepada orang lain, sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di akhirat kelak." 


Dalam Surah al-Hujurat, ayat 11, Allah SWT dengan jelas melarang umat Islam daripada menyatakan keaiban orang lain. Dalam ayat yang sama disebut bahawa mereka yang mengingkari larangan itu, ia menjadi fasik, maka hendaklah bertaubat. Larangan ini begitu penting sekali dipatuhi sehingga ia diulangi dalam ayat yang berikutnya," ...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang…". Tidak cukupkah ayat-ayat ini memandu kita ke jalan yang benar?


Dunia kini tanpa sempadan. Hanya menekan satu butang, segala maklumat tersebar ke serata dunia dalam tempoh beberapa detik.
Manusia dikurniakan akal, kemudian akal digunakan untuk mencipta pelbagai jenis alatan canggih. Namun, akhirnya manusia yang punya akal itu juga menyalahgunakan alat itu. Salahguna nikmat mata dan tangan yang Allah kurniakan.

Lihat saja media kini, bermacam-macam berita yang muncul. Itulah jadinya apabila media disalahgunakan. Maklumat disampaikan tanpa tapisan, ada mungkin maklumat itu palsu semata-mata. Bukankah bukan akhlak muslim berperangai sebegitu? Menyebarkan sesuatu yang salah boleh menjadi fitnah. Menyebarkan sesuatu yang mengaibkan orang lain juga adalah salah.

Tak kira dalam kalangan golongan ilmuan atau tidak, hal sebegini berlaku di mana-mana je. Sedihnya, andai ilmu memuncak tinggi namun akhlak bertapak di bawah. Biarkan ilmu itu setaraf dengan akhlak, bahkan lagi elok jika akhlak lebih mulia walaupun ilmu hanya sedikit.

Dunia canggih juga mampu merosakkan akhlak muda-mudi, kanak-kanak yang masih bertatih. Keyboard komputer dan keypad handphone lebih ditatap berbanding Kitabullah. Sebab itu ramai saje golongan yang belajar tinggi namun masih merangkak mentadabbur al-Quran. Diri sendiri juga masih belajar dan membaiki diri. 

Tak salah nak gunakan nikmat canggih itu, namun biarlah ada batasannya. Jangan kerna IT itu, akhlak muslim semakin hancur, Islam semakin mundur. Akhlak alam maya juga perlu dijaga.'Ghuzwatul Fikr' itu tak pernah berhenti menusuk orang Islam. Hanya muslim itu sendiri yang harus kuat melawannya.


"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."[Hujuraat:6]


- tak sempat tengok Al-Kuliyyah (akhlak alam maya) tengahari esok. mesti tengok balik !

2 comments:

tulah...skrng ni mcm2 berita yg xlek kuar dri alam maya...xtau nk percaya atau tidak....msti kna check btul2 dlu bru blh percaya...kadang2 berita kt newspaper pn ader yg buaT PROPAGANDA..

betul tu zira. banyak je info salah kita dapat..huhu..biaslah bila dunia hampir kiamat

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More