Saturday, July 9, 2011

negaraku oh negaraku

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Minggu ini Malaysia  huru-hara. Huru-hara di bandaraya. Perjalanan biasa hanya setengah jam bertukar jadi satu jam setengah. Rosak tugas orang seharian yang nak masuk kerja dan ada urusan masing-masing. Sungguh 'seronok' menjadi sardin dan tersiput-siput di atas jalan raya. Empat lorong bertukar menjadi satu lorong. Kalau masa road block tu ada kecemasan macam mana? Jalan dah la selalu sesak kat KL ni, tapi bertambah sesak bila ada road block. Nak masuk highway dah ada satu roadblock. Punyalah lega dah lepas, tengok-tengok ada lagi satu nak masuk KL. Aiyoo, ni mendahulukan rakyat atau menyusahkan rakyat? Bolehla fikir sendiri ye siapa yang buat bandar metropolitan ni kacau-bilau.


Tengok sendiri kat laman-laman web, pelbagai berita tentang insiden ni. Bila melihat tu, hal yang berlaku seolah-olah kekejaman zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Pelik sungguh. Tangkap orang yang tak buat salah. Perhimpunan HARAM. Aloha, senang je cakap haram kan. Ada bukti dalil ke benda tu haram? Tahu pulak nak keluarkan hukum-hakam. Habis tu perhimpunan untuk konsert tu, konsert ni halal ke? Nak buka kelab malam la. Depa yang makan rasuah, minum arak, tak pakai tudung semua tu halal eh? Pembaca berita wanita yang tak tutup aurat cakap je perhimpunan haram, tapi diorang sedar tak diorang pun buat benda yang Islam larang masa tu? 

Apa kes masjid pun kena tutup hari ni, rakyat tak boleh solat di masjid. Wallahu'alam la mereka solat kat mana. Negara Islam ke macam ni? Eh jap, depa yang sibuk tahan orang, sembur sana-sini tu solat zohor ke tak? Dah keje kuat kan beberapa hari ni. Saya tak berburuk sangka, hanya tertanya-tanya dalam kepala. Jika sebab urusan dunia ni urusan akhirat tertinggal, harap maaf la. Allah tahu mana hambaNYA yang betul dan mana yang salah. Kesian juga polis-polis perlu bekerja keras atas arahan pihak atasan. 

Tadi memang hujan lebat tengahari tu. Itulah kuasa Allah. Dah sibuk sangat nak menyembur sana-sini. 1000 lebih rakyat ditahan- lelaki, wanita,kanak-kanak. Baguslah tu. Tahanlah selagi boleh tahan. Gunakan kuasa yang ada tu selagi mampu. Jangan lupa ada yang lebih BERKUASA. Sekali Allah nak tunjuk, sekelip mata je macam-macam hal boleh berlaku. Allah sentiasa ada, dan Allah akan bantu hambaNYA yang membantu agamaNYA.


* entri sangat berbaur emosi
* celik mata, celik jiwa, celik hati

3 comments:

Perhimpunan HARAM. Aloha, senang je cakap haram kan. Ada bukti dalil ke benda tu haram? Tahu pulak nak keluarkan hukum-hakam. Habis tu perhimpunan untuk konsert tu, konsert ni halal ke? Nak buka kelab malam la. Depa yang makan rasuah, minum arak, tak pakai tudung semua tu halal eh? Pembaca berita wanita yang tak tutup aurat cakap je perhimpunan haram, tapi diorang sedar tak diorang pun buat benda yang Islam larang masa tu? - i like this statement na! media pulak tak boleh pakai! lebih banyak auta!

salam.
na i like this statement
"Perhimpunan HARAM. Aloha, senang je cakap haram kan. Ada bukti dalil ke benda tu haram? Tahu pulak nak keluarkan hukum-hakam. Habis tu perhimpunan untuk konsert tu, konsert ni halal ke? Nak buka kelab malam la. Depa yang makan rasuah, minum arak, tak pakai tudung semua tu halal eh? Pembaca berita wanita yang tak tutup aurat cakap je perhimpunan haram, tapi diorang sedar tak diorang pun buat benda yang Islam larang masa tu?"

media malaysia ni langsung tak boleh pakai. aku rasa diorang ni kejam. buat cerita auta. geram pun ada ni. huh.

huhu, betol tu syah
orang sekarang yg halal nampak haram, yang haram nampak halal. aku kesian betol dengan orang-orang yang keje dgn media. lagi-lagi tv3. buat sakit telinga je dengar.
hurm,kadang-kadang terfikir tak ke keje camtu leh jadi dosa sebab sebarkan berita yang tak sahih,tambah2 kalau fitnah..
fitnah merata-rata dah sekarang..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More