Friday, August 19, 2011

jangan merungut je lebih. tolong sekali ye

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Tak sangka dah ada 200 entry kat blog. Entah ape la yang dibebelkan
Alhamdulillah, sempat berehat kejap sebelum Maghrib
Konon-konon hari ni jadi housewife separuh hari..ececeh
Barula rasa macam mana mak dan mak-mak lain rasa bila duk kat dapur sepanjang hari

Pernah tak mak korang mengadu camni,
" penatnya mak masak hari-hari "

Pernah tak isteri korang mengadu camni,
" abang, saya penatlah asyik masak je "

Emak saya penah cakap macam, tapi ada sambung sikit lagi,
" buat penat mak masak je kalau tak habis makan. masak sikit je pun tak habis gak "

Jadi, janganlah fikir memasak tu tak penat.
Bila duk dapur, berpeluh-peluh
Tak campur lagi kerja-kerja lain
Basuh kain, jemur kain, lipat kain, gosok baju, basuh pinggan, sapu lantai, kemas bilik dll
Wauuu, banyaknya senarai!
Jangan fikir gak orang yang jadi surirumah tu tak penat walaupun tak keluar bekerja
Surirumah boleh buat macam-macam dalam rumah setiap hari

Kakak pernah cakap,
" ingat badan kita ni tak penat ke. balik kerja, ada kerja lain pulak kat rumah. bukannya boleh duduk senang-lenang. yang tak bekerja pun sama "

Sorang ustaz  dan mak pernah cakap, menurut Islam sebenarnya semua kerja-kerja rumah tu tugas suami. Tugas isteri satu je. Tapi bila isteri merelakan diri buat semua tu, isteri akan dapat pahala yang besar daripada Allah.
Silalah cari kuliah ustaz Kazim Elias tentang ni lebih kurang,
" cuba kira dalam setahun tu dah berapa ratus kali isteri basuh baju kita, jemur baju kita.
Kalau ikan tu, agaknya dah berlori-lori isteri tolong siang dan masakkan "

Pernah dengar kisah Umar Al-Khattab yang hanya mendiamkan diri apabila isterinya berleter? Padahal khalifah Allah itu seorang yang garang.
Rasulullah S.A.W sendiri pun tolong isterinya buat kerja rumah. Memasak, tampal baju dll.

Orang cakap bila dah kahwin, tahula camne rasanya.
Eh, ni belum kahwin la, dah rasa macam-macam. Macam mana tu?hehehe
So, kalau mak atau isteri masak tak sedap/kurang sedap, senyumkan je muka tu.
Janganlah terus cakap, " eii, tak sedap langsung!"
Mungkin diorang lupa nak letak garam,gula atau terkurang bahan-bahan tertentu
Manusia kan selalu lupa
Nak tegur pun, tegur molek-molek ye. Takut nanti kecil hati dah taknak masak
Siapa yang susah? Perut korangla yang merana :)

Suami/ayah jangan segan silu nak kacau air sendiri bila isteri sibuk. Kan comey je kalau buat sendiri. Kalau isteri sanggup nak buat, takpe je, boleh pahala lebih sikit. Eh, suami pun dapat pahala bila buat sendiri
Jangan cepat melenting tau kalau isteri terlambat masak
Lagi comey kalau suami pun bantu isteri masak. Muafakat membawa berkat..cewah

- rasa macam  cakap ilmu rumahtangga pulak ni. baru intro je ni..:)
- mak tinggalkan suami dan anak-anak di rumah sehari. pergi ambil cucu baru
-welcome to Terengganu Muhammad Zunnur Hafiy bin Zainal Abidin. Keciknya baby ni.. 
  2.45kg je. Kurang 0.5kg daripada kakak

2 comments:

huhu.. dush2 kena batang hidung..

kinah, entri ni lebih khas utk laki.tapi kena batang hidup pembebel ni gak..hehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More