Thursday, August 11, 2011

searching 'taqwa'

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Menaip sambil ditemani angin yang nyaman dan kelihatan laut yang sungguh tenang. SubhanAllah!

Hidup sebagai muslim ni ibarat sebatang pokok.
Satu soalan penonton dalam rancangan Tanyalah Ustaz bertajuk Perang Badar(Perang Nafsu)  kepada Ustaz Zahazan :
Apakah maksud taqwa dan bagaimana kita nak dapat taqwa itu?

Jika tak salah, ustaz menjawabnya dengan memberikan analogi sebatang pokok.
Akar pokok itu ialah aqidah. Aqidah itu ialah iman kita iaitu Rukun Iman.
Batang, dahan dan ranting tu ialah ibadah yang merangkumi Rukun Islam, fardhu kifayah dan amalan sunat.
Buah, bunga atau daun itu ialah akhlak kita.
Apabila ada buah,bunga atau daun yang gugur, maka yang masih tertinggal atas pokok itulah taqwa.

Akar yang kuat akan menghasilkan batang pokok yang teguh, dan terhasil pula daun yang rimbun serta buah yang masak ranum.

Muslim yang kuat imannya akan bagus ibadahnya dan baik akhlaknya.
Kan solat tu mencegah daripada perkara keji dan mungkar.
Jika masih ada terselit kemungkaran itu, mari kita check solat kita. Mungkin ada lompong di situ.

Buat penghuni UKMKL @ KTSN, nantikan slot Tanyalah Ustaz yang akan dianjurkan oleh pihak BADAR mulai semester depan. 
Cari dan simpan soalan banyak-banyak, nanti boleh lempar semua soalan tu kat ustaz ye =D


-muslim - mukmin - muttaqin










0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More