Thursday, October 6, 2011

selalu dapat yang tak nak je

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya

Lama sudah tak bertapa di sini. Mungkin sebab hidup yang agak tidak terurus di sini, namun alhamdulillah pengurusan diri masih terjaga. Cuma makan dan tidur yang tak menentu. Biasalah bila bergelar pelajar yang dihujani pelbagai tugasan.
Alhamdulillah, sekarang ni kawan-kawan 4th year duk bergelumang dengan proposal masing-masing. Kami  dah lepas proposal presentation. Rasa macam nak tercabut jantung sebelum present, walhal benda tu takdela kronik pun. Rezeki masing-masing nak dihentam oleh pensyarah atau pun tak ;)

Beberapa minggu lepas, kami bentang tentang latihan industri masa semester lepas. Dulu memang diri ni nak tempat lain, semangat hantar c.v kat pensyarah sebab mungkin agak frust tak dapat kat negeri sendiri. Tapi kat tempat tu pun tak dapat, jadi saya redha dan pasrah. Terima je kehendak Allah.


Bila dengar kawan yang praktikal kat tempat yang saya nak tu bentang, barulah saya tahu kenapa Allah tak takdirkan saya berpraktikal di sana. dan sangat bersyukur tempat yang saya praktikal tu betul-betul memanfaatkan diri. Kawan tu pun cakap tak dapat banyak input sangat kat tempat tu, sedikit bosan dll. Haa, baru celik mata buka minda masa tu.

Minggu lepas masa kuliah, pensyarah tanya kami ," why you choose this course?who chose nutrition as the first choice?" saya tak angkat tangan sebab takde jawapan yang kukuh. dalam hati cakap je" saya pilih kos ni sebab ni cadangan kakak saya, absolutely". that's right ya. memang dulu tak tahu kewujudan kos pemakanan ni. bila akak suruh pilih yang tu, pilih jela. pilihan 1 sampai 8 semuanya pemakanan dan dietetik je,just tempat yang berbeza. masa tu desired more tu dietetik sebenarnya. Kakak cakap pilihlah kos yang ada kelainan sikit, asyik nak yang dah glemer aje. Sebagai adik yang tak tahu pape, ikut jela nasihatnya. Semakin lama berada dalam bidang ni, cinta pada bidang ni makin bertambah, even pada awalnya tak tahu kenapa pilih bidang ni. Emak tersayang pun tak kisah, sokong je apa yang anaknya pilih:) 
dan sekarang bidang ni sangatlah bernilai pada diri. alhamdulillah=D

Minggu ni pulak minggu kritikal untuk kami. Proposal presentation. Semua mungkin nausea,dizziness dan sebagainya. Masa ni lagi sekali saya celik mata,buka minda. Sebabnya awal-awal dulu nak tajuk lain,yang lab analysis pasal isoflavone dan soya. Siap cari macam-macam jurnal dah. Kebetulan tajuk tu ada sorang lagi nak. Lastly, mengalah jela kan. Think positif. Mungkin ada tajuk lain yang lebih bagus. Runsing gak nak pilih tajuk tu ye. Ok, fine! Dah decide nak tajuk apa dan teruskan je dengan topik tu. Bila tengok kawan bentang pasal yang saya nak dulu-dulu, barulah saya tahu kerjanya agak complicated dan mungkin tak sesuai untuk orang macam saya yang tak lemah bab kira-kira, bab analisis ni. Tengok proposal kawan pun dah menggerunkan. Jadi, masa tu apa yang mampu hanyalah ucap alhamdulillah. dan sekarang i know i chose the better way and i know HE always choose the best for me. Thank you ALLAH. Thanks ya my fren becoz you chose that topic. Thanks too to my supervisor who helped me a lot :)


Jadi, everything yang berlaku kat diri kita tu pasti ada hikmahnya. Pandang positif terhadap apa yang Allah kurniakan. Bila tak dapat apa yang kita tak nak, lapangkan dada, pasrahkan diri. La takhof wa la tahzan, InnaAllaha ma'aana (jangan takut dan jangan bersedih. sesungguhnya Allah bersama kita)

Doa yang Ummu Salamah amalkan semasa ditimpa ujian dulu :

Daripada Ummu Salamah r.ha, isteri Rasulullah saw. berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Tiadalah seorang hamba yang mengalami musibah, lalu ia mengucapkan:

إ ِنـّـَا لـِلّـَـهِ وَ إ ِنـّـَـآ إ ِلـَيـْهِ رَاجـِعـُونَ
اللّـَهـُـمّ َأ ْجـُرْنـِى فـِى مـُصـِيـْبـَتـِى وَأ َخـْلـِفْ لـِى خـَيـْرًا مِّنـْهـَــا

(Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Ya Allah, berilah aku pahala atas musibahku, dan gantilah untukku dengan yang lebih baik darinya),
melainkan Allah swt. Pasti memberinya pahala dalam musibahnya dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik darinya.”

Saya selalu je dapat apa yang saya tak nak, tapi apa yang saya tak nak tu la yang terbaik untuk saya. dan satu lagi benda besar yang saya nak dulu-dulu  pun akan digantikan dengan benda yang lebih baik kelak, insyaAllah. 
Allah knows the best, leave the rest to HIM :)

- terjumpa blog ni. sila klik
- pensyarah cakap, pemakanan bukanlah yang masak-masak je. pemakanan tu luas bidangnya =)





0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More