Saturday, November 26, 2011

jom berubah^^

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Zulhijjah 1432H hampir meninggalkan kita
Ahlan wasahlan Muharram 1433H
Syukur masih dipanjangkan umur
Tahu tak kenapa? Sebab Allah nak kasi ruang untuk kita bertaubat lagi
Syukur sebab masih punyai nikmat iman dan islam :)

Kadang-kadang saya berfikir
Setelah melihat pelbagai status orang di muka buku
Muka buku jadi tempat luahan hati dan perasaan sekarang
Ada yang cakap bosan, boring, tak tahu dah nak buat apa
Allah, untungnya mereka
Adakah bosan dan boring tu sebab takde kerja? atau semua kerja dah setel?atau kerja terlalu banyak sampai confuse dah nak buat yang mana dulu
24 jam sehari masa yang ada, mungkin dibiarkan biarkan macam tu je
sebab..
BOSAN dengan hidup ni


Ini yang bosan
Bagi yang serabut, stress, tension dan macam-macam lagi
Mungkin tiada istilah bosan dalam hidup
Mungkin perkataan sibuk a.k.a busy yang tertanam di bibir..hoh, puitis la pula:)
Tak kisahla student ke, orang bekerja ke, housewife ke
Mustahil tak pernah rasa sibuk dalam hidupnya kan
Terlalu banyak benda yang perlu difikirkan
Due date dah berbaris tunggu
Entah siap entah tidak
Bila terlampau stress, semua benda jadi tak kena
Semua yang baik depan mata jadi tak baik
Semua yang sedap jadi tak sedap

perlu mencari ketenangan


Jadi, apa kata pabila masuknya tahun baru 1433 H ni, kita cuba ubah mind setting kita
Ubah persepsi kita
Kurangkan kata bosan di mulut, upgrade cakap ' bestlah hidup ni '
Sebab orang yang tak tahu apa tujuan sebenar dia hidup sahaja akan cakap macam ni
Orang yang faham pasti akan hargai setiap saat dalam hidupnya

Bagi yang busy dan asyik stress
Cuba kawal stress kita
Mungkin sesetengah orang bila stress akan hangout jalan-jalan, tengok movie, main games dll
Apa kata tahun baru ni kita tukar jadi laain sikit
Bila terasa stress tu dah memuncak, cepat-cepat ambil wuduk, ingat Allah rapat-rapat, ketat-ketat
Cepat-cepat ingatkan diri kenapa Allah masih hidupkan aku hari ini
Fikir dalam-dalam aku ni siapa
Bukanlah pemimpin negara yang perlu berfikir hari-hari untuk rakyat
Fikir lagi tentang ramai pendakwah di luar sana yang masanya penuh, penuh untuk menyebarkan ilmu untuk masyarakat sekeliling
Tidur, makan entah ke mana
Tapi kita hanyalah buat kerja-kerja untuk diri sendiri
Kalau yang belajar, sebab nak habiskan belajar, nak dapat result cemerlang
Yang kerja, sebab tu je cara nak sara hidup, akhir bulan gaji masuk

Nak lagi berkesan?
Fikirkan tentang pemberi syafaat di akhirat kelak, Nabi Muhammad s.a.w
Baginda ketua negara. Baginda lagi la banyak urusan dakwah yang perlu dibuat
Namun akhlak baginda sangat mulia dan terpelihara
Kenapa tidak kita contohi baginda?
Ayuh muhasabah diri kita ^_^

"Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu 
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s"


* hiduplah untuk yang Maha Hidup
* just think positife in your life, sure your life will be sweet & enjoyable:)

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More