Wednesday, December 28, 2011

seminggu di selatan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Alhamdulillah, kembali normal kali ini
Ada kesempatan ke Johor, membantu kawan mengumpul data kajian
Membantu sambil menimba pengalaman
Alhamdulillah ;)
Banyak ilmu yang diperoleh di sini
Berjalan sambil memerhati dunia sekeliling, dan membuat tafsiran sendiri
Suka melihat penduduk di sini
Hidup aman damai, hidup bermasyarakat
Ibarat sebuah keluarga
Anak-anak riang bermain setiap hari
Ibu bapa nampak ceria dengan anak masing-masing
Mungkin mereka bahagia, mungkin tidak
Siapa tahu?

Namun
Sayang sangatlah sayang
Mereka dipenuhi kasih sayang
Tapi kurangnya ' suasana agama ' pada firasat saya
Anak-anak yang kian membesar bebas bergaul
Keluar rumah tanpa alas kepala
Bukan anak je, ibu pun macam tu
Ya, saya gembira melihat mereka gembira
Tapi jauh di sudut hati sangatlah sedih melihat keadaan sebegini

Di mana silapnya?
Memang benar, didikan anak-anak bermula di rumah
Ibu bapa yang bertanggungjawab
Jika ibu bapa sudah goyah, mungkin anak juga akan goyah

Kepala terus menerawang lebih jauh
Ya
Kahwin bukan sebarang kahwin
Apabila berkahwin, sudah tertulis pelbagai tanggungjawab yang perlu digalas
Mendidik anak-anak zaman sekarang menjadi suatu cabaran hebat
Jadi
Sebelum menuju ke gerbang perkahwinan
Diri sendiri dulu perlu dididik :)


- entah kenapa terbabas masuk bab kahwin :p
- always think positive in life. buatlah sesuatu kerja dengan ikhlas, kelak pasti ada kemanisan 
   di hujungnya
- teruskan bertahan!

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More