Wednesday, January 4, 2012

kuatnya WANITA

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya

Mood tengah rajin untuk membebel di sini
Bila melihat orang kahwin, diri pun rasa nak kahwin
Korang pun sama kan :)
Bahagiakah kita apabila berkahwin?
Kahwin dulu ye, baru tau best atau tidak
Mungkin entri ini lebih berpihak kepada wanita
Tahu tak bila kahwin, wanita tu lebih kuat daripada lelaki
Biarlah ayat al-quran sebut " Arrijaal qowwwamun 'alannisa' "
Ayat ni maksudnya lelaki yang jadi ketua, jadi pemimpin
Secara fitrahnya, memanglah lelaki lagi gagah, tenaga lagi banyak
Tapi bila dah berumahtangga, kuat itu jadi milik wanita
Sebab Allah angkat darjat wanita apabila wanita mengandung dan melahirkan anak
Anak bukan seorang
Berderet-deret
Lelaki mampu ke?
Ops, memanglah tak mampu sebab lelaki memang tak boleh hamil
Kalaulah boleh, mesti ramai lelaki nak hamil dan bersalin ;p
Tapi disebabkan naluri lelaki dan wanita berbeza, Allah tetapkan wanita yang lakukan semua itu
Lelaki takkan rasa apa yang wanita rasa

Dah la mengandung, bersalin, menyusu anak
Lepas tu nak urus keadaan rumah, makan pakai semua
Bukan setakat anak, ayah anak pun kena uruskan
Mungkin si ibu boleh dianggap sebagai 'bibik' di rumah
Nak jaga anak, nak jaga suami
Oh, memang hebat kan wanita ni =)

Entah di mana boleh dicari kaum Adam persis Rasulullah s.a.w kini
Memanglah isteri yang sepatutnya buat kerja-kerja rumah
Kononnya suami dah penat bekerja seharian mencari rezeki
Dah tu kalau isteri pun bekerja, mana adil kalau isteri je buat kerja rumah, urus anak-anak
Suami pun kenalah rajin hulurkan tangan tolong

Gaya macam marah pulak ni
Setelah melihat beberapa situasi
Saya tahu kahwin itu bukan hanya ada bahagia
Kalau di rumah, suami hanya tahu makan, tidur, tengok tv
Sedangkan isteri sedang menguruskan rumah dan anak-anak
Bahagiakh begitu?
Sebelum kahwin bukan main cakap
Susah senang nak harungi sama-sama
Nak bantu buat kerja
Bila dah kahwin, baru tahu apa yang berlaku sebenarnya

Isteri, sepenat-penat mana pun dia, semalas-malas mana pun
Tetap buat tugas-tugasnya
Biarpun selalu berendam air mata dengan perangai suami sendiri
Tapi bila isteri buat salah, suami senang je cakap ' awak derhaka kat suami', 'pandai ye melawan', 'saya suami awak', 'berdosa lawan suami'
Macam-macam lagilah sebab isteri wajib taat pada suami
Tapi bila suami buat silap, isteri senyap je, bertahan je, bersabar je
Cakap lebih-lebih nanti berdosa
Come on la
Cakap nak sehidup semati
Takkan minta tolong buat susu anak, tukar lampin anak, mandikan anak, buang sampah pun tak boleh?
Janganlah pandai buat anak je kan

Kata-kata seorang isteri,
" ikutkan hati bukannya nak tolak rezeki, bukannya tak nak anak ramai, tapi sebab takde siapa yang nak uruskan "

Melihat seorang isteri dan juga ibu
Memandikan anak, menghantar anak kepada pengasuh
Gigih membuang sampah yang banyak
Menjemur kain baju yang bertimbun 
Sebelum ke tempat kerjanya
Diri tahu
Tersangat tahu
Bahawa memang menjadi isteri dan ibu itu memang banyak pahalanya
dan juga sangat mencabar apabila hanya sebelah pihak yang menguruskan semuanya
Suami di mana?

Kepada suami atau bakal suami di luar sana
Hargailah isteri anda sebanyak-banyaknya
Biarpun isteri anda tidak setanding dengan ibu anda
Ingatlah dia tetap isteri anda
dan tanpa dia, anda takkan bergelar suami, takkan bergelar ayah


- maaf kerna entri ini agak berbaur emosi
- perlu berdoa ketat-ketat supaya dapat lelaki yang baik. biarpun tak baik, lepas kahwin boleh doa lagi agar suami berubah jadi baik
- baikkan diri dululah!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More