Saturday, June 23, 2012

precious gift from mom :)

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Alhamdulillah, semalam dapat hadiah berharga daripada emak :D
Ini dia :

belas ihsan google je ni, not mine

Hobi emak ialah mengumpul telekung
tak tahu berapa banyak dah telekung mak -_-
yang dah agak lama tu hulur kat anak-anak
hepi sangatla anak kan sebab telekung mak tu masih comel lote 
dan setiap tahun mak akan pakai telekung baru masa solat hari raya
 
Semalam pergi kedai kain
sebelum bayar tu mak tanya " nok telekung dok? amik la se, pilih "
saya ni dalam hati melompat-lompat, tapi mulut tak jawab ape-ape
terus cari telekung pilihan hati
corak favourate colour gitu
telekung tu buatan orang Vietnam
memang comel je :)

Mak cakap lagi, " bolehla pakai telekung ni masa raya nanti"
Horay2, dapat telekung baru
Alhamdulillah :>
Saya rasa macam nak jadi macam mak je
Nak beli telekung comel-comel, pastu solat dengan khusyuknya
Dulu mak pernah cakap, " duit ade tu belilah telekung yang molek sikit, yang tebal sikit, ni yang nipis je beli "
 
Masa kat hostel, housemate pernah tanya saya
" akak, akak beli kat mana telekung ni? "
" oh, telekung ni sedara yang jahit. tempah kat dia "
see?
pakai telekung solat dalam rumah je pun boleh ada aura dengan housemate
tak salah kan belanjakan duit untuk benda camni?
siap dapat pahala lagi tu :)
eh tapi janganla pakai telekung tu boleh timbulkan riak pulak ye

melentur buluh biarlah daripada rebungnya

lagi satu senang kalau banyak telekung
satu letak kat rumah
satu letak dalam beg
satu letak dalam kereta
satu letak kat rumah sedara-mara
takdela susah-susah nak cari atau pinjam telekung orang bila berenti kat surau
berat ke telekung? berat ke?
alat mekap, facial cleanser macam-macam jenis boleh taruk dalam beg, takkan telekung seciput tu tak boleh?
kalau tak nak bawa telekung, sila berpakaian tutup aurat terus, so boleh bawa pakaian tu untuk solat
habis cerita =)

Oh ye
untuk sesiapa yang malas nak pakai alas/skaf masa pakai telekung tu
silalah cari telekung yang tebal, yang ada satu lapis lagi at least sampai tutup leher
bila nipis telekung tu, dah la nampak bayang rambut yang hitam tu, lepas tu siap tercucuk-cucuk keluar lagi rambut tu tembus telekung
so, tak sah la kan solat sebab terbuka aurat walaupun tak nampak secara jelas rambut tu
masa pakai tudung boleh pakai skaf, masa solat jumpa ALLAH kejap-kejap takkan tak boleh kot :p

comel kan? amik gambar anak ye mak budak :)

Nampak kan gambar model comel ni?
masa pakai telekung tu, make sure la nampak dahi dan tutup dagu
pakai tu biar kemas-kemas sikit. kan nak jumpa Allah
masa annual dinner boleh bersolek berjam-jam depan cermin, tak boleh ke pakai elok-elok sikit masa nak solat?
dahi tu at least biar nampak sebesar tiga jari. jari telunjuk, hantu dan manis
yang dahi sempit tak cukup 3 jari, tak boleh buat ape dah la kan. pakai ikut saiz maksima dahi yang tak nampakkan rambut
acu cuba try test ukur dahi tu sebelum solat
sebab dahi tu kan tempat yang wajib kena sejadah/alas/lantai bila sujud
kalau pakai telekung sampai paras kening, kain telekung la yang cecah sejadah, bukan dahi :)

p/s :
* nak jadi role model untuk anak-anak kelak, jadi role model untuk diri sendiri dulu
* jangan ringan-ringan sangat dengan solat, tapi jangan beratkan juga. Islam itu mudah :)
* SOLAT is our PRIORITY in life!

2 comments:

salam lina..
mmg betul pun..kalo telekung kite wangi lebih khusyuk solat kite..so, kene la ade bbrp pasang so that boleh slalu basuh telekung tu..

nak jmpe Allah kene la wangi2..nikmat dan tenang je rase..=)

betul kak
bersolek untuk Allah lagi bagus kan:)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More