Tuesday, October 7, 2014

Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) Selepas Kahwin

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah Allahuakbar begitu pantas masa berjalan
Sudah hampir setahun ikatan pernikahan kami
Hampir setahun juga hubungan jarak jauh kami disebabkan saya yang bekerja di bandar metropolitan itu

Pasti ada pros and cons hubungan jarak jauh ini
Iaitu hubungan jarak jauh selepas bernikah..bukan semasa bertunang semasa bercouple semasa bercintan-cintun
Bila berjauhan semasa hubungan itu belum dihalalkan, perasaan itu tak sama dengan berjauhan selepas bernikah
Adeh la, dah lama tak mengarang kat sini, jadi kaku pulak nak menaip :p
Bila berjauhan dan bila Allah campakkan rasa rindu itu, hanya Allah yang memahami perasaan kita..terutamanya perempuan yang penuh emosi ini

Memang ini bukan pilihan hati namun demi mengembangkan segala kemahiran selepas tamat belajar, kenala bekerja kan
Baru je beberapa hari lepas sambut hari raya korban
dan melalui hubungan jarak jauh inilah kita boleh berkorban
Berkorban jiwa, perasaan, tenaga, wang dan sebagainya
Hingga kini saya menjadi pelanggan tetap bas ekspress untuk berulang-alik ke Terengganu dan Kedah setiap bulan
Ye betul memang pada mulanya rasa mengah sebab asyik nak kena cari masa yang sesuai untuk balik, untuk beli tiket
Alhamdulillah lama-lama rasa dah biasa, jadi macam rutin pulak
Biarpun setiap kali nak balik semula lepas berjumpa tu perasaan tak keruan

Bila kita jauh, kita diajar untuk hidup berdikari tanpa suami
Cuba buat apa sahaja sendiri dengan terbaik
Bila kita jauh, rasa macam bercinta setiap hari dengan suami. Hari-hari boleh mesej sebab dah halal kan. Takde sempadan langsung dah
Bila kita jauh, kita akan rasa nikmatnya rasa rindu pada kekasih halal kita, malah mungkin Allah kasi pahala tanpa kita ketahui
Bila kita jauh, kuranglah peluang nak gaduh-gaduh, nak masam muka, nak kecil hati. Kan?
Bila kita jauh, hanya pada masa kita berjumpa itulah ruang untuk kita bercinta sepuasnya, ruang untuk kita bersyukur dikurniakan seorang suami yang sentiasa setia walaupun tiada di sisi setiap hari

Walaupun hidup berjauhan, Allah memang mudahkan segala urusan kami
Walaupun berjumpa kejap-kejap je, itulah masa berharga yang akan diisi sepenuhnya
Yes, orang yang tak berjauhan boleh kata sabarlah, rilekslah, jangan sedihlah
Hanya orang yang berjauhan juga yang akan memahami perasaan itu
dan hanya Allah yang sentiasa mendengar doa kita

dan the best moment bila berjauhan ni akan ada rasa tak sabar nak jumpa bila dah dekat dengan tarikh nak jumpa tu. haha macam budak-budak je rasa
bila nak berpisah tu sedihla pulak
alahai perempuan..kebalkanlah hatimu

Sahabat baik saya cakap, dia syukur sangat sebab ada bestfriend dalam hidupnya a.k.a suami
Betullah syah, memang suami itu sahabat terbaik kita yang Allah kurniakan kita selepas kita jumpa sahabat-sahabat kita yang lain
Segalanya dikongsi bersama suka duka pahit manis masam
Bercinta seadanya hingga hujung nyawa
dan bersyukur dikurniakan insan yang menyayangi kita inshaAllah hingga ke syurga 

Untuk korang di luar sana yang sedang berpjj dan bakal berpjj, buat persediaan emosi dan mental dengan baik
Walaupun jauh dengan suami, Allah sentiasa di sisi kita
Allah sentiasa jaga suami kita di mana-mana
Percayalah suatu masa akan ada hikmahnya dan cerianya nanti
Keep faith in Allah :D



Doakan saya boleh tinggal berdekatan  pula selepas ini, aameen :)




0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More