Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Thursday, June 25, 2009

lelaki @ suami yang dayus

Pada awal cuti semester yg lalu, saya pulang ke kampung halaman..mengubat rasa rindu pada keluarga..suatu hari, saya,emak dan adik melawat nenek di rumahnya..kemudian, semasa kami dalam perjalanan pulang, emak bercakap mengenai sesuatu di dalam
kereta :

“ Pagi tadi mak dengar ceramah kat tv…Dr. Masyitah yang berceramah..katanya…

‘ terdapat dua golongan yang tidak dapat mencium bau syurga, bukan tidak dapat masuk syurga , tetapi bau syurga tu pun tak dapat..iaitu anak yang derhaka dan suami yang dayus ‘.

Saya menyangka emak nak menyambung tentang anak yang derhaka, yelah kan..anak2nya yg dua orang ni ada dlm kereta, tapi sangkaanku salah..emak menyambung tentang suami yg dayus..

Kemudian, saya berkata, “ yelah..tu tengok artis-artis berlakon..tidur dgn suami isteri orang..peluk sana,peluk sini, dayuslah tu, ”

“ Yang tu memang jelasla, tapi tu..tengok..perempuan2, isteri2 yang pakai baju ketat, keluar pakai baju lengan pendek, pakai baju jarang nampak tiang dua batang…tu orang panggil dayuslah tu suami dia..tak reti nak didik isteri “, kata emak dgn tegas.

Saya menyambung, “ oh, yeke..camtu pun dianggap dayuslah “.

“ Ingat senang ke jadi suami..bila jadi suami tanggungjawab lagi banyak,lagi berat..nak didik isteri, didik anak-anak..semua atas diri lelaki tu…jangan ingat diri tu dah cukup beramal ibadat dah selamat..anak isteri tak dipedulikan…banyak2 kumpul amalan, kumpul pahala..nanti tiba-tiba hilang lenyap macam tu je anak isteri tarik..tak ke rugi namanya, “ emak menyambung lagi.

Tiba-tiba adik menyampuk..” mak, ayah dayus tak? “..


Saya hanya tergelak kecil mendengar soalan adik..mungkin dia dalam situasi utk memahami istilah dayus itu..Emak juga ketawa kecil..”ha, ayah tak dayus..dulu mak nak pakai lipstick pun ayah tak kasi kan,” kata si kecil itu lagi..

Saya dan emak hanya ketawa mendengar celoteh adik..fikir saya di dalam kepala…dapat juga saya motivasi baru hari ni…hehe..


Sahabat-sahabat sekalian,
Memang betul sebenarnya apa yg diberitahu oleh Dr. Masyitah itu..kita lihat, betapa ramai isteri dan anak-anak di luar sana yg kurang menghayati ajaran Islam..seperti yang dituntut oleh agama..tidak kira sama ada golongan remaja atau golongan ibu yg sudah berumur…bergaya seperti orang muda..

Menambah perbualan saya dengan emak,
“ kalau si suami tu dah ajar,dah didik isteri tu, takpelah..sekurang-kurangnya dia dah melaksanakan tanggungjawabnya..itu bergantung pada si isteri tu lah..nak ikut atau tidak nasihat si suami..kalu dia tak nak ikut, dialah yang tanggung semua tu..mungkin si suami dah terlepas daripada tu”.

Bukankan isteri solehah itu ialah isteri yang mentaati segala perintah suaminya selagi tidak bercanggah dgn syariat…

Lihatlah betapa besar peranan seseorang lelaki itu apabila dia mendirikan rumahtangga..mampukah dia mendidik, mentarbiyyah isteri dan anak-anak dengan cara hidup Islam..semuanya bergantung kepada sang suami..juga bergantung pada si isteri..jika betul didikannya, insyaAllah suasana keluarga yang islamik dapat diwujudkan…

Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?
Na'uzubillah.

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami berdiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiakan melencong daripada ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...

Maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar, seperti firman ALLAH S.W.T.:-

"WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! PERIHARALAH DIRIMU DAN KELUARGAMU DARI API NERAKA YANG BAHAN BAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU, PENJAGANYA MALAIKAT-MALAIKAT YANG KASAR DAN KERAS, YANG TIDAK DERHAKA KEPADA ALLAH TERHADAP APA YANG DIA PERINTAHKAN KEPADA MEREKA DAN SELALU MENGERJAKAN APA YANG DIPERINTAHKAN " ( surah At-Tahrim : 6 )

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Marilah kita berdoa agar kita semua terselamat daripada ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak…
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... janganlah kita membuang atau tidak mengendahkan janji ALLAH S.W.T. Sesungguhnya janji Allah itu adalah suatu yang pasti…

~ wahai wanita sekalian,sanggupkah kita menjadi penarik kaum Adam ke neraka Allah..sanggupkah kita membiarkan ayah, abang dan adik lelaki kita mendapat balasan itu drpd Allah ~

~ jika kita benar-benar sayangkan mereka dunia dan akhirat, wajarlah kita hidup berlandaskan ajaran Islam..seperti yang terkandung di dalam Kalamullah ~

~ wahai kaum adam, bersedialah kamu menjadi tiang keluarga yang mampu membina keluarga yang aman harmoni, yang sejajar dengan kehendak agama ~

~ janganlah menjadikan diri daripada digelar lelaki yang dayus..juga suami yang dayus ~

Sunday, June 21, 2009

bersabarlah...








salam ukhuwwah drpd pemilik blog... sudah lama saya tak menaip entry di sini... sekadar ingin berkongsi satu pengalaman..yg takkan saya lupakan... kisahnye bermula :

18 Jun 2009
Malam itu, lebih kurang hampir 3 jam saya tidur,saya terjaga…saya tercari-cari kunci bilik..pelik..hairan…kunci tiada..puas dicari di setiap ruang dlm bilik..namun semuanya hampa…biasanya kunci itu diletakkan di atas katil…saya dan kawan berusaha mencari tetapi gagal..kemudian, kami terus tidur..saya tidur dgn harapan esoknya kunci itu akan muncul balik..kami tidur sehingga bermimpikan kunci itu…
Esoknya, saya masih mencari..namun tetap tiada..so, pagi itu saya membuat aduan di pejabat..minta digantikan kunci baru…maka,melayanglah sedikit duit saya sbg bayaran denda kehilangan kunci..saya redha..rase lega selepas membuat aduan..gembira sbb hari itu ialah hari terakhir saya menghadiri kelas sebelum peperiksaan…

20 Jun 2009
Pada pagi itu,lebih kurang pukul 9.30 pagi, saya ke pejabat utk mengambil kunci baru..saya meminta tolong kawan utk duduk di bilik..risau bilik dibiarkan tidak berkunci..
Saya rasa lega selepas mendapat kunci baru..segera masuk ke bilik…untuk bersiap-siap..sebab cadangnya nak ke kolej hari itu dgn kawan…kemudian.bergegas ke bilik hari..pintu sudah yakin dikunci sebelum keluar..kawan turun ke bawah menonton tv..lebih kurang 15 minit kemudian,saya masuk ke bilik..ternampak purse dlm keadaan terbuka di atas katil..Ya Allah…habis semua duitku hilang..yg tinggal hanya dua keping wang kertas rm1… masa itu saya rasa terkejut sangat2…tak mampu berbuat apa2..habis rosak plan nak keluar dgn rakan…masa itu, hanya air mata yg mengalir..tanpa henti..rasa terlalu lemah saat itu..mungkin kerana itu merupakan pengalaman pertama..terus saya memberitahu emak dan kawan2 untuk meredakan perasaan itu…saya hanya terbaring di atas katil..hampir 3 jam air mata mengalir..tidak pernah saya mcm tu sebelum itu..
Kemudian, baru saya tersedar..ada lagi dua barang yg hilang…makin laju air mata turun…macam membazir air mata je masa itu…tapi hanya itu yg mampu ku buat utk melegakan perasaan itu..buku tidak dihiraukan biarpun exam kian hampir..hilang mood seketika…
Namun,bersyukur sangat2 pada Ilahi sebab petang itu kakak datang..dapatlah saya mengisi perut yg kosong sejak pagi…rasa selamat apabila kakak juga berada di bilik itu..saya jadi risau dan fobia utk meninggalkan bilik itu sendirian tanpa penghuni…
Cuma sedikit hairan dan pelik..sebab handphone dan laptop saya dan kawan saya tidak diusik langsung…laptop dibiarkan di atas tilam..andaian saya, mungkin hamba Allah itu hanya mengambil barang yg dia belum ada..laptop n handphone dia dah ada la tu…bertambah syukur padaNya…hilang sedikit kesedihan saya dgn kehadiran kakak..kak, thanks ye datang masa tu..thanks sangat2..biarpun akak gelak tengok mata saya yg bengkak mcm disengat tebuan…hehe…

Saya tahu…kehilangan ini hanya sedikit..di luar sana masih ramai yg kehilangan lebih banyak benda..lebih teruk drpd saya..tapi, bagi saya..ini merupakan suatu kejutan.suatu ujian drpd Allah…apabila seorang hamba itu diuji, maka bertambahlah keimanannya kepada Allah..makin Allah uji seseorang itu, makin Allah sayang pd hambaNya itu..bersyukur sebab Allah masih sayangkan saya..biarlah ujian ini mendidik diri saya agar menjadi hamba yang lebih baik…nikmat Allah itu tersangatlah luas dan banyak..masih banyak nikmat kurniaannya yang saya masih ada..mungkin suatu masa saya akan mendapat gantian yang lebih baik atas kehilangan barang2 itu..setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya..pasti!!!!

Walaupun saya tak nampak apa yg hamba Allah itu buat, tapi Allah itu Maha Melihat..Dia mengetahui segala-galanya...semoga suatu hari nanti hidayah Allah menjadi milik orang itu..insyaAllah....


Untungnya orang beriman.. Sehingga Nabi pun takjub dengan perihal orang mukmin.. "Aku takjub dengan perihal orang yang beriman.. Semuanya ada kebaikan.. Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ianya untuk orang yang beriman.. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur.. Maka itu baik baginya.. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar.. Maka itu juga baik baginya.." Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim...




Friday, June 19, 2009

sweet memories

our cake...blueberry chocolate..
Madam Harieza
guys with our drama director
last day in fssk...gurls
impian country resort, somewhere in hulu langat
river at picnic's site
before drama
after drama...


Thanks to God, i completed my foundation in Bangi..in set 14 today... there are lots of experience i got... so sweet and i will keep it forever in my mind... thanks so much to all of you guys..and madam Harieza too... here some pictures to be shared...

Classmates : anderson, komeng, nazri, am, shamsul, guru besar
kak sharifah, kak suci, kak rabitah, kak zura, kak wan, fizah, salma,
fairuz, meera, miha, mira, shaz, ina, ida, wani, maz, muss and abie

WE LEARN, WE PRAY, WE PLAY





Monday, June 15, 2009

jangan jadi anak derhaka

Kaki terbenam di kubur ibu..

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa... Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak fahambah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ". " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. " Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. " Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya. " RM 20 aja !" si gadis berkata. " Tak ada ," jawab ibunya. " Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. " Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh... sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! " " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu. " Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas. " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. " Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah... kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya... kenapa jadi macam ni ayah?" kata si gadis sambil meratap.

" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarangayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak... ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.

" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus. " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.

" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil. " Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt... Raie... Raie.. Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.

" Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

" Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak... lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida... makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.

Allah Maha Agung... sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

~~kisah benar ini diambil dari blog www.anawanieibtisam.blogspot.com~~
~semoga sama2 dapat pengajarannya~
~ jadilah anak yang soleh dan solehah~

luahan hati along (2)

Coretan ini khas buat kawan along..Yue
along tak pernah melupakan Yue..
tapi ingatkah Yue pada along?
apa khabar Yue sekarang?
adakah Yue sudah berubah? atau masih di takuk lama?
along sangat2 menantikan perubahan Yue..
walaupun Yue tak membaca luahan ini..
along rasa lega sedikit meluahkan segala yang along pendam selama di sana..
tahukah Yue?
along benar2 tak sangka along akan bertemu dgn seseorang mcm Yue..
itu ialah pengalaman yg along takkan lupakan dlm hidup ini..
along tahu,along tak mampu menegur Yue..
pernah along tegur,tapi jarang la..
along hanya sindir Yue,tapi Yue tetap buat hal yang sama..
along dan Qin tak mampu buat ape2..
along tahu Yue sudah punya akal yg waras dan mampu fikir mane yg baik dan buruk..
cuma kadang2 sifat Yue yang agak kebudak-budakan itu..
kurang menyelesakan along..
macam mane along dapat tegur dan nasihat Yue..
jika setiap lima waktu itu along berdiri dan duduk di depan mata Yue sendiri..
tak pernah terdetikkah di hati Yue untuk melaksanakannya juga?
tahukah Yue ia adalah salah satu rukun Islam dan tiang agama..
namun Yue sendiri yang merobohkannya..
sedarkah Yue betapa seksanya azab hambaNYA yg tidak menunaikan tuntutannya?
pernahkah Yue fikir selama hidup di sana..
fikir tentang pandangan Zhi,jiran sebelah Yue..
Zhi tengok along dan Qin solat
tapi Zhi tak pernah nampak Yue solat..
apa pandangan Zhi tentang Islam?
along tahu Zhi tak pernah tanyakan hal ini pada along,Qin atau Yue..
mungkin dia tidak menghiraukannya..
tapi along respect Zhi..sebab Zhi hormat along tika along nak solat..Zhi tahu bila along nak solat..
lebih lagi daripada Yue..
along benar2 sedih,Yue..
tapi along tak berdaya buat apa2 jika Yue sendiri tak mahu buat..
mungkin dosa itu along tanggung sekali..
apakan daya along..
adakah Yue tahu bahawa along memang pantang dgn siapa2 yang tinggal suruhanNYA itu..
even sekali je dia tinggal..ia sebenarnya memberi kesan negatif pada seseorang muslim..
jika Yue susah nak buat yang itu,apatah lagi yang lain..
Yue,sedarlah..
hidup kita di dunia tak lama..
dan bekal kita di akhirat ialah amal selama kita hidup..
dan perkara yang mula2 ditanya semasa di alam barzakh ialah SOLAT..
sedarlah Yue..
SOLAT adalah WAJIB...
hukum Allah yang wajib dipatuhi..
siapa kita sesuka hati nak melanggar perintahNYA?
along harap suatu hari Yue akan berubah..
along tak tahu sekarang Yue sudah berubah atau tidak..
along berharap hidayah Allah akan mengiringi Yue..
biarlah Yue sedar sebelum Yue menghembuskan nafas terakhir..
along tak mengharapkan pemergian Yue..
tapi cukuplah ini sebagai satu peringatan untukmu..
along meluahkannya di sini..
sebab along sayangkanmu..
dan along menantikan perubahanmu..
sebelum kiamat menjelma..
juga sebagai peringatan untuk diri along...

~~ salam sayang daripada along ~~

Friday, June 5, 2009

Tazkirah Remaja : 6 perkara dorong beribadat


PADA waktu Rasulullah s.a.w mengembala kambing, ada sekumpulan remaja melepak tidak jauh daripadanya sambil berborak dan ketawa.
Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah s.a.w:

"Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana itu?"
Dengan tegas, Rasulullah s.a.w menjawab: "Saya diciptakan bukan untuk itu."

Jawapan baginda itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan hingga melalaikan, itu yang merosakkan.

Di sebalik jawapan Nabi s.a.w yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadat kepada Allah.

Kadang-kadang ada yang lepak hingga lupa untuk menunaikan solat. Mereka yang bermain bola pada waktu petang di padang tidak lagi malu dengan azan yang berkumandang. Padang bola pula bersebelahan masjid.

Haiwan ternakan seperti kambing dan lembu pun balik ke kandang tetapi sesetengah kita asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi jalan. Inilah yang dilarang Nabi.

Waktu kerja, waktu rehat, masa tidur, makan dan bermain ada, tetapi sayangnya waktu ibadat tidak dimasukkan dalam jadual.

Ada yang beribadat apabila berkesempatan dan bila tidak sempat qada saja. Ada pula memberikan alasan sibuk. Kadang-kadang ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadat?

Dalam ruangan kali ini, saya mengajak remaja memahami tujuan kita mesti beribadat.

Ada enam alasan kita mesti mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk.

Pertama, tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya. Firman Allah bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku." (Al-Quran, surah adz-Dzaariyat: 56)
Jika tugas lain kita boleh ingat, tugas ibadat lebih utama dan lebih-lebih lagi kita harus mengingatinya.

Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya, atas nikmat yang terlalu banyak. Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma.

Zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar. Bil elektrik dan telefon, jika tidak dibayar kena potong.

Tetapi kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan kalau kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena potong. Kita yang tidak beribadat ini matilah.

Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam daripada (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi..." (Al-Quran, surah al-A'raaf:172)

Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan taghut (kejahatan). Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat, apatah lagi kita.

Firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut..." (Al-Quran, surah al-Nahl: 36)

Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita, kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.

Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka pada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut nabi membuat pengakuan.

Ini terbukti dalam firman Allah maksudnya: "Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari Kiamat)." (Al-Quran, surah al-An'am: 15)

~ artikel dicopy daripada myMetro, di tulis oleh Mohd Zawawi Yusuf~

~ semoga sama-sama mendapat manfaat ~


p/s : mohon maaf, tak tau mcm mne gmbar petronas ni termasuk sekali..tak tau nak delete cmne..biar jelah..:)

Hati-hati memilih makanan




MAKAN dan minum adalah fitrah semula jadi manusia. Sejak di alam janin, seterusnya saat mula mengenal dunia, sehinggalah ke penghujung usianya, rantaian hidup manusia tidak pernah terpisah daripada makan dan minum.
Tetapi sekiranya terkurang atau terlebih ia akan mengundang penyakit, malah apabila tersalah makan dan minum akan mengakibatkan diri merana. Oleh itu, Islam melihat makan dan minum adalah suatu aspek yang sangat penting dan harus diberikan perhatian sepanjang waktu supaya yang dimakan dan diminum memberikan kesihatan, bukannya penyakit.

"Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata." (Al-Quran, surah al-Baqarah: ayat 168)
Ayat di atas bersifat perintah terhadap manusia supaya memakan hanya yang halal iaitu makanan yang menepati syarak. Ia juga sebagai satu panduan kepada umat Islam dalam menilai serta memilih makanan dan minuman. Kepentingan makanan halal dan baik itu disebut Allah di dalam al-Quran lebih 1,400 tahun lampau, menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna.
Imam Ibnu Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim, mentafsirkan makanan yang baik sebagai yang sesuai dengan selera di samping tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal. Dalam Islam, makan dan minum bukan hanya semata-mata bersifat tabiat, bahkan ia sebagai ibadat. Makanan yang halal diredai Allah dan mendapat ganjaran, manakala makanan haram dimurkai dan menjejaskan hubungannya dengan Allah.

Nabi s.a.w menjelaskan: "Seorang lelaki musafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadahkan tangannya dan berdoa kepada Allah, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya." (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmizi)
Daripada peristiwa di atas, dapatlah kita fahami, dengan makanan halal ibadat seseorang akan diterima Allah, sedangkan makanan haram menyebabkan ibadat jadi rosak, malah doanya tidak diperkenankan dan diri dekat dengan azab.
At-Tirmizi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w, bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram, api nerakalah yang lebih utama baginya." Sahabat, Abdullah bin Abbas pula berkata: "Tidak diterima solat seseorang yang di dalam tubuh badannya terdapat benda yang haram."

Sekiranya makanan halal disukai Allah, usaha untuk mendapatkannya juga dirahmati dan diberkati. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Sesiapa berusaha untuk keluarganya daripada harta yang halal, dia berkedudukan seperti seorang yang berjihad pada jalan Allah."
Di negara berbilang kaum dan agama, seperti Malaysia, masyarakat Islam sewajarnya lebih prihatin dengan aspek ini, bahkan memikul tanggungjawab untuk menyebarluaskan konsep pemakanan halal lagi bermutu ini. Makanan yang haram tidak hanya daripada babi atau anjing dan haiwan mati yang tidak disembelih (bangkai), malah ada lagi beberapa jenis haiwan yang diharamkan seperti haiwan liar bertaring dan burung berkuku mencengkam.
Ini sesuai dengan pesanan Nabi Muhammad s.a.w seperti dilaporkan al-Bukhari, yang melarang (umat Islam) memakan semua haiwan buas yang bertaring dan burung yang memiliki kuku yang mencengkam. Bukan semua jenis minuman halal, bahkan sesetengahnya diharamkan, seperti arak dan darah. Dalam al-Quran, pada ayat 173 surah al-Baqarah, Allah mengharamkan darah, manakala pada ayat 90 surah al-Maidah turut dijelaskan mengenai arak. Dalam sesetengah kes pula ada bahan makanan dan minuman yang asalnya harus, tetapi apabila disalah guna, ia menjadi haram. Contoh paling ketara ialah dadah dan ubat batuk, sepatutnya bagi tujuan perubatan, tetapi disalahguna menjadi haram.
Majlis Fatwa Kebangsaan (1982) menjelaskan, sebarang penyalahgunaan termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya haram. "Dadah hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan yang sah mengikut syarak." Sheikh Yusuf al-Qardawi, dalam kitab Halal dan Haram dalam Islam, berkata: "Hukum berkenaan haramnya narkotik disepakati oleh kalangan ahli fiqah dan ia dikenali sebelum ini sebagai al-khabaith (suatu bahan yang keji)." Begitupun, dalam persoalan halal haram makanan dan minuman, beberapa konsep perlu diberikan perhatian:

* Punca makanan seperti daging yang digunakan. Konsep haiwan yang haram dimakan dalam Islam seperti haiwan bertaring serta hidup dua alam dan haiwan yang jijik seperti cicak. * Kaedah penyembelihan haiwan yang menepati syarak. Lebih menakutkan sekiranya orang bukan Islam menyembelih haiwan yang dijual dipasaran terbuka, sedangkan antara syarat penyembelihan dalam Islam, penyembelih mesti orang Islam.


  • Cara pengurusan dan pemprosesan makanan mesti terhindar daripada najis dan tidak bercampur dengan bahan haram di sisi Islam, termasuk dari segi pengangkutan tidak bercampur dengan bahan makanan yang haram.

  • Ramuan dalam makanan dipastikan suci, misalnya tidak mengandungi alkohol dan minyak daripada lemak babi.

  • Peralatan yang digunakan untuk memasak dan memproses makanan, seperti kuali, periuk dan pisau, tidak pernah digunakan untuk memasak makanan yang haram mengikut syariat Islam.

  • Persekitaran yang bersih, terutama di bahagian dapur.

  • Sumber untuk mendapatkan makanan juga mestilah halal. Sekiranya makanan dibeli hasil daripada wang rasuah, peras ugut, rompakan dan curi, ia tidak bertepatan dengan konsep halal dalam Islam.

    Dalam surah al-Baqarah, ayat 172, menegaskan: "Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya."

  • ~~ makanlah dan minumlah daripada sumber yang halal demi keredhaan dan keberkatanNYA~~ ~~amalkan gaya pemakanan yang sihat a.k.a healthy diet lifestyle~~

    sumber artikel : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin ( dikarang oleh Idris Musa- idris@hmetro.com.my )

    Kuasa ALLAH mengatasi segalanya...



    Pada 2 Jun yang lepas,saya bersama emak,kakak dan makcik keluar ke bandar..kebetulan pada masa itu,sepupu lelaki juga ada..tapi, dia taklah join kami..dia cakap nak pergi tengok stadium runtuh.."ha?? stadium mane runtuh?"tanya emak.."dengar kata,stadium baru tulah runtuh,yang besar tu,"jawab makcik..''owh,tak taula pulak,''sambung saya lagi..berita ini serba sedikit mengejutkan dan menghairankan kami..yelah kan,stadium tu baru setahun jagung dan baru sekali saya melihatnya dulu..tiba-tiba dah runtuh..na'uzubillah..ini semua kehendakNYA kan..
    so,pada malam itu,saya dan kakak menonton TV1 untuk mensahihkan lagi berita yg kami dengar..
    em..teruk jugakla runtuhan tu..hampir musnah apabila kira-kira 60 peratus struktur bahagian
    bumbungnya runtuh...
    di sini saya sertakan sedikit ulasan mengenai kejadian ini daripada sebuah akhbar..

    KUALA TERENGGANU: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini, hampir musnah apabila kira-kira 60 peratus struktur bahagian bumbungnya runtuh pagi ini.
    Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu, membabitkan bahagian hadapan, kiri dan kanan bumbung stadium berkenaan.Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Bagaimanapun, beberapa motosikal dan sebuah kereta ditimpa serpihan bumbung stadium yang runtuh itu.
    Menurut beberapa saksi, runtuhan dipercayai bermula pada bahagian tengah
    stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja.Asmadi Hashim berkata, ketika kejadian, beliau berada di rumahnya yang
    terletak kira-kira 400 meter dari stadium berkenaan.

    "Saya mendengar satu letupan kuat dan menyangka ia adalah enjin kapal

    terbang kerana Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terletak berhampiran stadium itu," katanya.Sementara itu, dua pekerja yang sedang memasang tiang lampu di sekitar stadium berkenaan terkejut selepas mendengar letupan berkenaan.Mohd Zaidi Ahmad yang bekerja hanya kira-kira 300 meter dari tempat kejadian itu, kemudian bergegas bagi memastikan tiada yang terkorban.
    Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM270 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu. Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagibeberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super.

    Runtuhan ini berlaku kira-kira 24 jam sebelum kira-kira 5,000 kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan pasukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi menyertai kejohanan Sukan Staf IPTA ke-34 di situ.Temasya sukan yang dihoskan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mulai hari 3 Jun hingga 13 Jun ini, bagaimanapun tetap akan diteruskan, namun acara yang sepatutnya berlangsung di stadium terbabit dipindahkan ke gelanggang lain.
    Yang pasti semua pihak menarik nafas lega kerana jika kejadian terbabit berlaku pada 2 Jun, pasti ada kehilangan nyawa.Beberapa saksi di tempat kejadian menyifatkan kejadian itu berlaku sekelip mata. Lihatlah betapa ALLAH masih sayangkan umatnNYA..setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya.

    Beberapa ulasan oleh Menteri Kerja Raya dan Menteri Besar Terengganu :

    “Walaupun bersyukur tiada sebarang kemalangan berlaku, tetapi kejadian ini amat memalukan imej negara,” kata Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang bergegas melawat runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak di sini, semalam.
    Beliau berkata, kejadian itu turut mencalarkan imej Malaysia kerana ia stadium baru dan masih dalam tempoh kecacatan (bawah tanggungan kontraktor).
    Menurutnya, meskipun kos kerosakan mungkin ditanggung kontraktor, ia tetap memberi imej tidak baik kepada kerajaan.
    “Saya tidak mahu menuding jari mencari salah sesiapa dan akan menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
    Menurutnya, kejadian runtuhan bangunan agak membimbangkan ketika ini kerana bukan saja bangunan lama boleh runtuh, malah bangunan baru seperti stadium ini runtuh dan lebih teruk, bangunan yang hendak diruntuhkan juga runtuh sendiri.
    Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, berkata beliau dukacita dengan kejadian itu dan bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
    “Saya serahkan kepada JKR yang akan melantik satu konsultan bebas untuk menyiasat punca kejadian itu.
    “Saya dimaklumkan runtuhan bumbung di bahagian timur itu sepanjang 400 meter dan jumlahnya dianggarkan bernilai RM25 juta,” katanya.

    sumber artikel : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Mutakhir

    KEKUATAN MANUSIA PADA AL-QURAN


    Dr. Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya. Perkataan lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan al-Quran.

    Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara lain juga didapati berjumlah yang sama. Perkataan Dunia disebut sebanyak 115 kali dan Akhirat juga 115 kali; perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan juga 88 kali; Hidup 145 kali manakala Mati 145 kali; Zakat 32 kali, Barakah juga 32; Berfikir 49, Nur 49, dan Penderitaan 114, "Kesabaran" juga 114 kali.

    Apakah semua ini kebetulan?

    Lebih menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak lima kali, hari bulan sebanyak 12 kali dan hari terdapat sebanyak 365 kali. Penemuan ini telah disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya oleh seluruh manusia.


    Orang yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, tidak mungkin suatu itu berlaku secara kebetulan bahkan ada perancangan yang jitu daripada yang menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa dalam menetapkan semua itu.

    Tidak mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah. Dia menurunkannya kepada manusia pilihan-Nya?


    Di sinilah kekurangan kita, banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kalaupun kita mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui tafsirannya, kita tidak mengetahui rahsianya.

    Rahsia al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T. Namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-rahsia ini setakat yang terdaya. Sebenarnya nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia itu dapat diungkai selari dengan bertambahnya usia manusia. Bukan sahaja nilai iman mereka yang beragama Islam, malah mereka yang ingkar selama ini, tidak mustahil akan menerima nur hidayah.


    Allah berfirman," Wahai manusia, sungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhan-mu (Nabi Muhammad dan mukjizatnya); dan Kami telah menurunkan kepadamu satu cahaya (al-Quran) yang terang benderang." (An-Nisaa, 174)


    Pada suatu masa Rasulullah s.a.w. ditanya, "Apakah Nur itu?"

    Baginda menjawab, "Apabila Nur itu memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu."

    Kemudian ditanya lagi, Bagaimanakah tandanya? Sabda baginda," Hati itu tidak lupakan tempat kembalinya ke Darul Khuld (negeri Akhirat yang kekal). Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan) dengan keduniaan kerana dunia ini merupakan tempat perayaan (dan percubaan). Hati itu selalu mengingati kematian sebelum tibanya kematian itu."


    Abdullah bin Masud berkata, "Ilmu itu diperoleh bukanlah kerana semata-mata banyak riwayat (sumber biasa), tetapi diperoleh dengan nur yang dicampakkan oleh

    Allah ke dalam hati seseorang."

    Sudah tentu untuk mendapat nur itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Tuhan. Al- Quran merupakan penghubungnya.

    Di zaman keagungan Islam dahulu para bijak pandai dari Greek pergi belajar ke Baghdad, banyak ilmu telah diterjemahkan kedalam Bahasa Latin. Pada zaman selepas kegemilngan Islam, para cendekiawan dari Eropah telah mempelajari ilmu dari Greek dan dibawa pulang ke Eropah dengan katanya ilmu itu diterjemah daripada Bahasa Latin.


    ~Oleh itu wahai penghuni global ketahuilah oleh kamu bahawa segala ilmu yang ada didunia ini adalah berasal dari al-Quran~


    ~Kekurangan kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahui tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya. Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya. Kelemahan kita yang lebih tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya~

    SUMBER ARTIKEL : http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/




    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More