Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Monday, September 28, 2009

anugerah terindah







alhamdulillah..semakin sihat membesar








imej baru selepas dibotakkan oleh ayah...saya juara!!!



Kali ini dikongsikan lagi dua gambar si insan tersayang yang semakin hari semakin membesar dengan sihat..
Pujian syukur ke hadratNya kerna ribuan limpah rahmat dan nikmat sihat yg dikurniakan..
Atas ketentuanMu, selamatlah kenduri aqiqah yg diadakan baru2 ini, pada 5 Syawal 1430H, cukup sebulan umur Hannah
Hannah dapat banyak duit raya..baju baru...terima kasih kepada saudara-mara, jiran2 yg kasi Hannah semua ni =)

Bukanlah pengalaman pertama diri ini mendapat orang baru..ops!!! ni bukan anak sendiri, tapi tetap anggap mcm anak sendiri ( walaupun insan lain yg lahirkannya )..
Dulu juga pernah berhadapan keadaan sebegini, namun tika itu diri masih di alam kanak-kanak, masih kebudak-budakan, tidak ambil peduli sangat dgn kehadiran orang baru...
jaga tetap jaga, tetapi berbeza dgn keadaan sekarang

Kini, diri sudah menginjak ke alam dewasa..
Alam kematangan fikiran, di mana bermacam2 perkara muncul dlm kepala..
serba sedikit dapat mengikuti dan memahami perkembangan dan tumbesaran bayi ini, yang dahulunya lahir hanya sebesar lengan...yang dulu lahirnya tidak cukup minggu
Namun,
Atas berkat dan 1001 kebaikan susu ibu, anak kecil ini membesar dgn cepat
Pergantungan sepenuhnya hanya pada susu ibunya...

Semakin hari semakin berubah..daripada struktur wajah, struktur badan, mimik muka dan banyak lagi..
Sekarang belum pandai melihat orang dan senyum, hanya kadang-kadang mengagah sendiri tatkala jaga atau tidur..perasaan teramat gembira pabila melihatnya tersenyum..terasa mahu terus mengambil gambarnya..
Pernah juga berfikir..
Apalah yang si kecil ini perhatikan apabila dia membuka mata..dia tak memandang org yg meribanya..matanya melilau ke sana sini...
Dia memerlukan perhatian orang sekelilingnya..merasa ingin dibelai, diriba, dijaga..
Pabila sentuh sahaja tubuhnya, pasti hilang suara rengekannya..biarpun tak kenal siapa yang megambil berat akannya, namun dia tahu ada insan yang menyayanginya..
Benarlah ini semua keadaan psikologinya...

Berbeza dengan bayi yang berumur hampir 3 bulan..
pernah saya melihat anak kawan kakak..
pada umur ini, si bayi sudah pandai melihat orang, mata bertentang mata tersenyum riang apabila diagah, dan pandangannya agak lama pada orang yg memegangnya..mungkin untuk mengamati dan mengenali wajah yg berada di hadapannya..
sungguh tak sabar melihat Hannah melalui fasa ini nanti =D

Banyak hal yg dipelajari dengan kehadiranmu, sayang..
Benarlah kata orang..kekuatan diri haruslah ada bagi pasangan yang ingin menimang cahaya mata, terutamanya si ibu..
kekuatan mental sangatlah penting..si ibu juga perlu mendapat sokongan drpd si ayah..

Dulu ketika adik-adik lahir, tak perasan pula bagaimana emak menjaganya, maklumla..masih berjiwa muda
Kini, semua dapat diperhatikan..
Si kecil itu menangis kelaparan tanpa mengira waktu..siang,malam,pagi atau petang..paling sekejap pun setiap satu jam, pasti dia menangis..

Maka, si ibu juga perlu bersedia tanpa mengira waktu..bersedia menyusukan bayinya..walaupun waktu itu orang lain sedang lena dibuai mimpi
Si ibu perlu mengorbankan waktu tidurnya..demi anak tercinta
demi menjalin hubungan kasih sayang dengan si anak...
Jika lemah emosi ibu, pasti si anak tidak mendapat apa yg diinginkannya ..mungkin dibiarkan menangis berterusan..

Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu...
pernah emak berkata pd adikku : " ingat senang ke nak beranak "
Kata-kata yg akan diingati selalu..
Pasti ibu Hannah sudah mengerti perasaan menjadi seorang ibu..seperti saat nenek Hannah melahirkan ibu Hannah dahulu..

Biarpun diri ini tak merasai saat seperti mereka, namun cukuplah dahulu setakat ini ku memahami dan mengambil sesuatu drpd pengalaman ini..yang dapat dijadikan pedoman dan bekalan utk masa depan,insyaALLAH...


~ setiap ruang hidup itu pasti ada ruang dan peluang untuk mempelajari sesuatu ~

Sunday, September 27, 2009

c.o.r.e.t.a.n

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...

Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa..

Syukur atas nikmat yang dikurniakan..diberi kesempatan untuk meraikan hari lebaran itu pd tahun ini...yang memberikan seribu erti buat diri..memberi sejuta kenangan dalam hati...


Tiada siapa yg tahu apa yang terbuku di hati, melainkan diri ini yang hina dina, dan Penciptanya yang Esa..

Perasaan utk mencoret di sini muncul...biarpun tak mampu diluahkan pd jasad yg bernyawa, biarlah ia ternoktah di sini..anggaplah seperti disampaikan oleh mulut sendiri..


Perasaan yang berbeza pabila berada di sini dan di sana..


Di sini, rasa itu muncul selalu..tanpa diundang..hingga kadang-kadang bisa menumpahkan cecair dari mata


Di sana, rasa itu pasti hilang..terubat segalanya..hilang segala duka lara..dipenuhi riang gembira..dilupakan segala yg berlaku di sini..


Kerna...


Di sini..diri keseorangan di ruang ini...hanya bermonolog sendiri..berkata-kata ketika menemui Ilahi..hanya DIA yang mengerti hambaNYA ini..sehingga kadangkala pelbagai perkara berlegar di ruang kepala..yang bisa membuntukan fikiran..


Namun..


Di sana..diri terasa sungguh dihargai..dikelilingi insan yang disayangi..yang membuatkan diri berkelahi setiap hari..berkejar sana-sini..berbuat amal bakti...yang selalu menyimpan seribu memori..yang mengajar erti hidup ini...yang sukar dicari ganti

Wahai diri,

Bersabarlah dan tabahkanlah hatimu..kuatkanlah tautanmu padaNYA..kerana DIA sentiasa bersamamu..tidak pernah meninggalkanmu..


Usahlah disesali..usahlah ditangisi apa yang menimpa dirimu..

Pasti ada hikmahnya dengan apa yang berlaku..


Namun,

Jika tangisan itu mampu menguraikan segalanya,

Menangislah sepenuh hatimu..yang dapat memuaskan kehendak hatimu..

Jangan dibiarkan ia bersarang di dalam hatimu..

Kerana mungkin lambat laun tanpa sedar, ia akan meletup ibarat gunung berapi..


Kawallah hatimu dengan pertimbangan akal yang waras..

Kawallah nafsu amarahmu sebaik-baiknya..

Jagalah hatimu seperti menjaga dirimu..

Kerana hati itulah yang mengawal segala tindak-tandukmu..yang membawamu ke lorong yang benar atau salah...


Ingatlah Penciptamu selalu..pasti hatimu kan jadi tenang..

Setenang ombak di lautan..

Sesuci anak yang baru dilahirkan...

Semulia hati si pencinta Ilahi....

Thursday, September 17, 2009

salam Ramadhan & Syawal




Salam Ramadhan al-Mubarak..
menurut jangkaan, kira-kira 2 hari lagi seluruh umat Islam di bumi Allah akan mencapai kemenangan mereka, setelah berjuang selama sebulan, bakal menempuh hari lebaran yang disambut pada bulan Syawal..
Alhamdulillah, tahun ini kita sempat bertemu Ramadhan dan akan bertemu Syawal dgn penuh kesyukuran dan kegembiraan..
Semoga Ramadhan tidak dibiarkan berlalu sepi, biarlah sifat2, sikap kita sepanjang bulan mulia itu tetap di bawa ke bulan-bulan yang lain..
Bukan hanya bulan Ramadhan je kita jadi baik, tadarus satu al-Quran, buat amalan sunat, jaga akhlak, jaga nafsu, jauhi maksiat..
Malah bulan-bulan lain juga mengalu-alukan segala amal soleh kita..
Hal ini sudah biasa pada sesetengah orang..bukan untuk bersangka buruk..tetapi berdasarkan pengalaman dan pandangan orang lain...
Masa bulan puasa kita jadi baik..buat semua yang halal..pakaian elok, tutup aurat..etc...
tapi bila puasa dah habis, kita kembali pada yg asal..kadang-kadang tak sedar buat perkara yang haram..yang tidak disukai oleh Allah..
pada bulan Ramadhan sahaja ke apa-apa amal itu adalah haram?
di bulan2 lain sewenang-wenangnya kita lakukan walaupun tahu hal itu ke arah haram atau memang haram..
hukum ALLAH tetap tak berubah walau pada bulan mana, di tempat mana, pada bila-bila masa...
malah kekal hingga hari akhirat..takkan berubah dan takkan boleh diubah..
tiada hak kita untuk melanggar segala hukum-hakamNYA..Penguasa seluruh alam...
Jom kita tengok balik diri kita..muhasabah diri kita...


'' aku tetap nak jadi baik..aku tetap nak taat semua perintah Allah..aku nak jadi hambaNYA yang soleh@solehah pada setiap masa, tempat dan keadaan "

" aku tetap aku...tak bisa diubah walau sebesar mana cabaran yang datang..tetap teguh dengan akidah yang satu..tetap setia padaMU selama-lamanya "

" oleh itu YA ALLAH... KAU tetapkanlah hatiku hanya padaMU...tingkatkanlah iman dan taqwamu untukMU..KAU istiqamahkanlah diriku, hatiku, seluruh jasadku..Janganlah KAU pesongkan hatiku setelah KAU berikan hidayahMU kepadaku...kekalkanlah aku dalam agamaMU...taatkanlah aku dengan syariatMU...jauhilah diriku drpd perkara yang KAU benci..sediakanlah ruang untukku di syurgaMU kelak "

" YA ALLAH,
KAU berkatilah segala amal soleh kami di bulan Ramdhan pada kali ini...ampunkanlah segala dosa-dosa kami..sama ada sengaja atau tidak sengaja..redhailah segala gerak laku kami sepanjang bulanMU ini..pertemukanlah lagi kami dengan Ramadhan pada tahun hadapan..panjangkanlah umur kami..berikanlah keberkatanMU kepada kami pada bulan Syawal nanti "

" KAU sinarilah juga kebahagiaan pada bulan Syawal itu buat mereka yang telah pergi bertemuMU, YA ALLAH..semoga apa yang kami rasai turut mereka rasai..tempatkanlah mereka dalam kalangan hamba-hambaMU yang beriman "


AMIN..YA RABBAL 'ALAMIN...


~ Salam Aidilfitri 1430H buat seluruh umat ISLAM..khususnya buat keluarga tersayang, saudara mara, rakan-rakan, sahabat handai dan sesiapa jua yang mengenali diri ini..Mohon ampun dan maaf jika terlanjur segala amal dan kata-kata sama ada sedar atau tak sedar...semoga bergembira di hari raya di samping keluarga dan teman-teman tersayang ~

~~ Salam ukhuwwahfillah ~~


Sunday, September 13, 2009

iftar

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...



Syukur alhamdulillah kerana diberikan peluang oleh Allah menghadiri mjlis berbuka puasa PERMATA bersama MB Terengganu dua hari lepas... Thanks to all of ktsn's student who joined it... Maaf jika ade anak trengganu yg tak tahu tentang mjlis itu..sbb sy hanya msej mereka yg sy ade numb fon shj..x sempat nak tampal ape2 notis..dan risau kalau tak jadi macam dinner dulu.. SEkarang dah tahu prosedur cmne nk tempah bas.. semuanya atas usaha sendiri..dan bantuan oleh ydp permata...thanks a lot for u toO... Diberi kesempatan olehNYA utk bertemu dgn kawan2 sekolah dulu.. unexpected.. from uia, usim, upm, um n so on.. walaupun hanya sekejap brjmpa, itulah detik yg takkan dilupakan maklumla..dh lame tak jumpe korang tau... so..ape lg next year.. kita join majlis ni lg ek... hehe...
ape2 pun...
bersyukur dan bangga jd anak ganu...
always in my mind...
yeah..anak jati terengganu =)))

Thursday, September 10, 2009

di mana nilainya ISLAM


Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...

Saya ingin berkongsi cerita ini dengan anda semua mengenai sikap segelintir orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Islam di Malaysia.
Kejadian benar ini berlaku di Carrefour Wangsa Maju beberapa hari lepas.
Seorang pemuda Islam yang berkerja sebagai 'cashier' di pasaraya tersebut telah menumbuk seorang lelaki cina. Ini berlaku kerana ketika pemuda cina tersebut sedang membayar harga barangan, pemuda Melayu ini telah menegur pemuda Cina ini mengenai gambar baju yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut.
Gambar itu ialah seekor khinzir yang sedang memakai serban di samping seekor anjing yang memakai tudung lambang agama Islam.
Pemuda Melayu itu bertanya gambar apakah yang sedang di pakai oleh pemuda cina tersebut. Dengan rasa bangga dan tidak bersalah, pemuda Cina itu terus menjawab sambil menunjukkan ke arah gambar bajunya dengan mengatakan babi yang memakai serban itu ialah Muhammad dan anjing yang memakai tudung itu ialah Khadijah. Mendengar jawapan lelaki tersebut, pemuda Melayu ini dengan tidak disangka2, menumbuk muka si Cina tersebut.
Huru hara lah suasana di carrefour itu. Kemudian pemuda Cina itu memaki hamun lalu datanglah Manager Carrefour yang juga beragama ISLAM lalu memecat lelaki Melayu tadi. Apa yang di lakukan oleh Manager Carrefour tadi adalah satu etika yang betul kerana menumbuk org sesuka hati memanglah salah. Tapi malangnya, Manager tersebut bukan hanya memecat pemuda Melayu tadi yang sedang mempertahankan akidah agama Islam, tetapi turut memaki hamun pemuda Melayu itu dengan kata2 kesat.
Pemuda Melayu ini pulang dengan keadaan hampa. Bukan kerana di pecat, tetapi turut di maki hamun oleh saudara seIslam yang di sangkanya akan turut manjaga maruah orang Islam selepas dihina oleh laki Cina tadi. Sekarang ni pemuda Melayu ni sedang menunggu untuk disaman oleh Cina tersebut. Beliau bukan takut malah tidak sabar2 untuk menunggu disaman oleh Cina tersebut kerana beliau ada alasan yang kukuh kerana bertindak demikian. Pengajarannya, sikap pemuda Melayu tadi memang patut di contohi kerana ingin menegakkan agama Islam. Pada anda, berhati2 la..kerana saya percaya, tshirt yang di pakai oleh Cina tadi adalah salah satu strategi atau propaganda orang2 kafir untuk menjatuhkan maruah Islam.

Sebarkan kepada saudara2 Islam kita..! 1.Jika anda orang Islam sila sebarkan mesej ini. 2.Jika anda orang yang bukan dan belum Islam, diingatkan jangan sesekali bermain dengan Agama Islam di negara malaysia Islam ini..yang juga agama ALLAH yang mutlak

MY POINT OF VIEW :

~ ada betulnya tindakan manager itu kerana salah laku pemuda Islam itu yang bertindak melulu ~ namun, dia telah melakukan kesilapan besar kerana tidak mempertahankan agama murni sendiri, malah menghina pemuda itu. Dia seolah-olah telah mempersendakan ISLAM, lagi ter
uk di hadapan non-muslim. Ibarat agama Islam itu tiada baiknya, dan telah memberi gambaran yang buruk tentang Islam.Apa pandangan non-muslim tentang agama kita? tiada bezanya dgn agama mereka..sama je ~ di manakah letaknya nilai akidah kita? tanpa pegangan yang kuat, begitulah mudahnya kita goyah dan boleh merendah-rendahkan agama sendiri..na'uzubillah...
~ golongan yg mempersendakan agama Allah itu benar-benar lemah pegangannya...TIDAK BETUL-BETUL YAKIN DENGAN KEUNGGULAN ISLAM
~ pemakaian t-shirt oleh cina itu benar-benar suatu PENGHINAAN KE ATAS ISLAM!!!

~ jangan kita hina agama sendiri, kerana kita yang akan HINA TANPA ISLAM...

ISLAM IS EVERYTHING FOR US AS MUSLIM

sumber : http://eiykinsshi.blogspot.com

Monday, September 7, 2009

ketegasan ummi @ murabbi

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya...


< status : kerinduan melampau pada FAMILI tersayang >


SCENE 1


Salah tu…ce buka mata tu luas sikit “, ibu meninggikan suara

Budak perempuan itu tersentak, tetapi meneruskan bacaan al-Qurannya walaupun dalam keadaan teresak-esak…

“ Baca molek cket..kang mak letak seterika panas ni kang “, lagi sekali emak mewarning..


Makin laju air mata yg mengalir..tersekat-sekat membaca ayat suci ALLAH…

Dia tahu bahawa ibunya slalu tahu yg dia pasti menangis tatkala membaca al-Quran di depan ibunya..

Walaupun semasa membaca itu, ibunya menggosok pakaian, ibunya tahu setiap tempat bacaannya yang salah..terus dimarahi…

Memang dia sudah sebati..yang dia akan mendermakan air matanya setiap malam..

Demi mempelajari kalamullah itu..

Dia faham..bahawa itulah cara pengajaran ibunya…


SCENE 2


Ibu membetulkan dan menegur bacaan si kecil itu…

“ ( sedikit ayat al-Quran )..tengok molek ckit..buka mata luas-luas “, ibu menegur dgn lembut

Si kecil itu mengulang ayat itu dgn betul, tapi dgn nada yg lebih keras..semacam pantang ditegur @ diperbetul oleh sesiapa…

“ dah kalau camtu, tak payah blajar dgn mak la..pegi!!! blajar dgn org lain “, sungut mak.

Si kecil itu terus menangis..

Meneruskan bacaan smbil teresak-esak..sempat berkata, “ tak nak buat dah mak..tak nak dah “.


Si ibu menahan tawa sedikit..begitu juga kakak-kakaknya..konfius sama ada kesian atau tidak kisah dgn keadaan adik yg sebegitu..juga menahan gelak..

Si kecil itu juga mewarisi kakak-kakaknya…

Kadang-kala menjadi penderma air mata setiap kali mengaji…

Kadang-kadang ditakutkan oleh ibu dengan sebatang rotan…

Ketegasan ibunya yg tak pernah luntur sejak mendidik anak sulung hingga yg bongsu…


SCENE 3


“ bangun, bangun..mengaji..”, ibu mengejutkan dua anaknya

“ biar jelah anak-anak tu tidur,” si ayah mencelah

“ hurm..kalau ikutkan ayah ni, sampai bila pun anak-anak ni tak pandai mengaji,” jawab ibu.


Walaupun sang anak sudah tidur, si ibu tetap mengejutkan anak2nya utk bangun mengaji al-Quran setiap malam…

Pernah sekali, pada satu malam..

Si anak berlari keluar dari rumah..mgkin sebab dikejar ibu..sebab tak mahu mengaji…

Berlari sepantasnya..

Tiba-tiba anak itu berhenti…

Kakinya terpijak kaca..maklumlah..berlari tu sambil berkaki ayam…

Terus pulang ke rumah dgn muka yg sayu…

( moral : tula..buat nakal sgt..kan dh jadi mangsa kaca yg tajam tu …hehe..biasala..budak kan..)



Kisah 3 scene yg hampir sama..

Main point is about MENGAJI @ MEMBACA AL-QURAN

Cara didikan n pentarbiyyahan si ibu di rumah..agar semua anaknya dapat membaca KITABULLAH itu dengan tartil dan tajwid yang betul

Begitulah pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak sejak kecil

Terutama perihal agama sebegini…MESTI dititikberatkan

Jika ibu bapa tak mampu mengajar sendiri anak-anak, mereka boleh menuntutnya di kelas-kelas mengaji al-Quran..banyak kan tempat…


( teringat drama NUR KASIH ~ tika si ayah yang mengajar anak2nya Aidil dan Adam mengaji..juga tegas mendidik mereka )


Scene 1 : budak perempuan tu la…si pemilik blog ini..alah bisa ,tegal biasa

Scene 2 : si kecil = adik perempuan owner blog ini

Scene 3 : si anak = kakak tuan punye blog ni..


p/s : bacalah ayat al-Quran itu dengan tartil dan tajwid yang tepat… insyaALLAH =)


Wednesday, September 2, 2009

berakhirnya penantian

mimik muka Zinnirah yg nak nangis....


ni tempat tidur saya..ibu tak belikan katil pun..dah selesa tidur atas tilam ni...



haa..tengok..Zinnirah dah pandai senyum sikit..sebab cik na yg pegang =)


bestnya tidur...nilah keje saya hari-hari...tak terjejas walaupun sering diganggu


ibu letak tuala lembap atas dahi Zinnirah..nak kurang panas badan...
thanks ibu =)


Alhamdulillah,
masa yg kami tunggu telah tiba
tepat 11.38 malam, 24 Ogos 2009 bersamaan 3 Ramadhan 2009
Nur Zinnirah Hannah selamat dilahirkan di Hospital Ampang
puteri sulung Zainal Abidin & Huda Syazwani
cucu sulung En. Mohamad & Pn. Zaharah
anak buah sulung cik Mie, cik Na, cik Ma & Usu

Zinnirah permata hati kami
semoga dirimu sehebat srikandi Islam itu
menjadi anak yang solehah
dikurniakan kesihatan yang baik
dan cepat membesar....

~ Zinnirah dapat jaundis @ penyakit kuning sikit...so, nek kasi Zinnirah minum air anggur...bukan air anggur yg mcm biasa korang minum tau...

Caranya : ambil sebiji anggur, pastu buang kulitnya..then, potong halus2 isinya dan lenyek2 utk dapatkan airnya

~ hasil perahan itulah nek kasi Zinnirah minum..nek tau takleh kasi lg sbb Zinnirah kena minum susu ibu je awal2 ni..tapi sebab nak kurangkan kuning tu, Zinnirah dpt rasa air selain susu =)

~ jaundis Zinnirah dah semakin kurang..mustajab ye petua nek...thanks nek =)


p/s : nantikan kepulangan ayah, cik na n cik mie ye raya nanti..mesti muka Zinnirah dah berubah...rindu Zinnirah selalu....








Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More