Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Wednesday, April 20, 2011

rezeki tak datang bergolek

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Sedang menikmati rezeki yang Allah kurniakan, tiba-tiba
tok,tok,tok
'hurm, sapela ye datang bilik waktu petang camni?'

'adik nak beli kerepek tak? satu rm 2.30. fresh lagi ni, makcik baru siap buat'

belek-belek jap kerepek makcik yang 3 rasa tu

' kejap ye makcik, nak amik duit, saya beli 2'
' makcik tinggal kat mana?'
' makcik tinggal kat sini-sini je'
' adik amik 3 la senang. bayar rm6 je, tambah duit seringgit lagi' 
' oh, ok makcik, saya tambah seringgit '
' ni baru makan tengahari ke?'
' aah makcik, tak rasa lapar '
' pastu malam dah tak makan ke?'
' tak makan dah'

(terfikir jap kenapa makcik tu tanya pasal makan tu )

'terima kasih makcik'

Makcik tu teruskan lagi jualannya dari bilik ke bilik. Boleh dengar dia ketuk setiap bilik.
dan saya yakin 3 plastik besar yang dipenuhi kerepek tu akan habis dibeli oleh pelajar-pelajar kat sini
Kebetulan musim exam, orang pun malas nak keluar
Bolehla sambil study tu, ber'snacking' sekali-sekala

Hujan sangat lebat tadi, tapi makcik tu berusaha mencari rezeki itu
Moga makcik semakin dimurahkan rezeki
Bukan senang nak senang tau!

Ibrah hari ini  :  cuba meletakkan diri sendiri pada situasi orang lain dan hayati hikmah
di sebaliknya ;)

Monday, April 18, 2011

o.b.e.s

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Nak tau banyak lagi info,silalah jumpa encik google ye
Terrajin update blog pula
Betapa kroniknya masalah obesiti di negara ni, sampai masuk cover page paper
kanak-kanak obes - jadi topik warna pagi kat IKIM hari ni


Tolong, tolong, tolong pada mak ayah sekalian, atau bakal mak ayah
Tolong didik anak amalkan pemakanan sihat
Janganlah umur baru 6 bulan, dah suap makanan manis
Nanti makanan yang sihat macam sayur anak-anak tak suka
Janganlah umur anak 2 tahun, dah kasi minum air bikarbonat, kasi high fat food, high sugar food, junk food etc
Jika sejak awal dah ajar macam ni, habit tu akan lekat sampai besar
Mak ayah pun kena makan sihat, jadi contoh kat anak-anak
Nak makan tak sihat sekali-sekala, sorokkan diri ye =)

muhasabah

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Sambil duk perah otak dalam dewan exam, sempat lagi termenung. Tengok orang lain khusyuk je menulis jawapan masing-masing. Bukannya nak fokus kat soalan indah yang terpampang depan mata. Dah ilham tu tak muncul,fikiran terbang melayang jap.

Fikir dan muhasabah sebenarnya. Mengagumi kekuasaanNYA. 
Otak yang dicipta ni mampu tampung banyak ilmu. Bila exam je, semua mencurah-curah idea. Banyak kan ilmu yang otak kita boleh serap. Tak terhitung. Sejak kita masuk pra-sekolah sampai tahap sekarang, dah banyak ilmu yang ditelan, walaupun ibarat setitik je di lautan berbanding ilmu Allah.Otak tak pernah pecah lagi setakat ni.

Kita percaya ada kuasa yang mengatur kita. Tiada Tuhan selain Allah. Allah segala-galanya. Allah yang mengawal otak kita, badan kita. Untung kan jadi muslim ni. Tambah untung                jadi mukmin. 

Tengok kawan cina kat depan jawab penuh teliti, non-stop. Memang dia bagus dalam pelajaran. Tapi sayang kan, sayang sebab dia tak percaya bahawa Allah yang kurniakan ilmu  tu kat dia. Hanya dapat kemurahan nikmat itu.Belajar dan belajar, hanya dapat untung di dunia. Dapat keputusan elok, nanti kerja elok. Tak dikira ibadat, tiada pahala.

Tapi kita yang mengaku muslim ni syukur sangat kan. Jawab exam pun dapat pahala tau jika buat tu kerana Allah. Belajar pun dapat pahala. Tambah pakej dapat kasih sayang Allah (Ar-Rahim). Rasa untung betul. Kita mintak kat Allah, Allah tolong kita.

Jadi, dah dapat nikmat yang banyak tu, syukur syukur syukur padaNYA.
Islam tu cara hidup kita.
Sayang Allah, sayang Islam? 
Let's be 24 hours fulltime mukmin :)

Thursday, April 14, 2011

kamu itu tinggi nilainya

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Sembang 1  :

Si A   :   kau tak pakai ke baju yang suami aku kasi hari tu?
Si B   :   mintak maafla ye. suami aku tak kasi pakai baju camni kat luar. kat rumah je boleh

Sembang 2  :

Emak  :  hurm, pelik rasenye tengok orang perempuan zaman sekarang pakai baju. diorang  takde rase malu ke pakai camtu? 
Saya    :  entahla mak, tak malu la kot, sebab tu pakai camtu
Emak  :  baik tak payah pakai tudung. pakai baju macam tak pakai baju. tengok adik, sekali je 
ayah tegur, terus tak buat dah lepas tu 
Saya    : ( diam je, tak tau nak respon ape..sambil tersenyum dan sedikit rasa kesal & sedih )

Wednesday, April 13, 2011

are you ready?

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya

Sudah lumrah kehidupan, hidup ini dipenuhi dengan ujian. Ujian kecil atau besar, senang atau susah. Apabila tiba musim peperiksaan, semua bersiap siaga fizikal dan mental.  Masa dimanfaatkan sepenuhnya, buku-buku ditatap dengan rela. Sanggup bersengkang mata di tengah-tengah malam, mengambil ‘stimulant’ yang boleh menyegarkan mata. Masa tidur dikorbankan demi perjuangan di medan peperiksaan. Nota bertimbun yang jarang disentuh dahulu kini menjadi teman setia. Kita penuh bersedia  untuk menghadapi ujian dunia ini. Berusaha, berdoa dan bertawakkal. Harapan sepenuhnya disandarkan kepada Ilahi.


Di sebalik kesibukan bersedia untuk ujian dunia, bagaimana persediaan untuk akhirat? Persediaan mental, spiritual dan segala-galanya sebelum dijemput pulang oleh Sang Pencipta. Sanggupkah kita mengorbankan sedikit masa tidur di tengah malam untukNYA? Berapa banyak masa yang kita luangkan untuknya dalam sehari? Sudah pasti 5 kali waktu itu kita menghadapNYA. Jika dihitung 10 minit bagi setiap waktu, masa yang diperuntukkan ialah 50 minit. Hanya 3.47% sehari masa kita bercakap dengan Yang Esa. Sama ada sukarela atau terpaksa. Di mana pula waktu lain? Ke mana ia dihabiskan?


Thursday, April 7, 2011

alam maya

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Credit to Nabihah Mohamad,


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi


Ramai yang suka mendengar atau membaca kisah-kisah keaiban orang, malah, sanggup pula memanjangkan kisah-kisah itu kepada orang lain, sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di akhirat kelak." 


Dalam Surah al-Hujurat, ayat 11, Allah SWT dengan jelas melarang umat Islam daripada menyatakan keaiban orang lain. Dalam ayat yang sama disebut bahawa mereka yang mengingkari larangan itu, ia menjadi fasik, maka hendaklah bertaubat. Larangan ini begitu penting sekali dipatuhi sehingga ia diulangi dalam ayat yang berikutnya," ...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang…". Tidak cukupkah ayat-ayat ini memandu kita ke jalan yang benar?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More