Thursday, July 30, 2009

positifkah???


Hari ini pelajar ktsn yg tidak dikuarantin telah dibebaskan untuk pulang ke rumah masing-masing. Semua suka,hepi,ceria.Cuma pelajar yg dikuarantin masih terkurung di sini, mungkin sehingga ahad ni.Bersabarlah,tinggal tiga hari je lagi.Rindu sangat pada bilik tu.Lepas pulang dari PKS, sempat satu malam je tidur kat bilik.Rindu pada jiran sebelah bilik yg juga tak sihat sekarang.To miss ziella, u must be strong k! don’t give up…aja-aja fighting!

Petang tadi, kami membuat pemeriksaan dgn Dr. Roslan lagi seperti hari2 sebelumnya. Kemudian, saya dan rakan2 sebilik memberanikan diri bertanya pd beliau :

“ Doktor, saya positif ke?” tanya si A.

Doktor tak menjawab. Beliau macam bercakap tentang ubat2 yg harus diambil.

Si A bertanya lagi. “Saya..positif?”

Kemudian, Dr. mengangguk lemah sambil berkata,” ya, positif. Tapi kamu tak perlu risau. Dalam masa 7 hari ni, kamu akan sembuh sepenuhnya. Demam kamu ni pun dah ok, tu pun 3 hari je.Ini maknanya kamu kuat!!

Saya dapat melihat reaksi wajah kawan saya itu. Pada masa yg sama, saya juga berasa sebak. Mungkin sedikit terkejut.

Saya dan dua lagi rakan turut bertanya soalan sama. Dr. hanya mengangguk dan kami memahaminya. Namun, benarkah kenyataan Dr. tu? Kami agak confuse dan tak pasti..takkan kami je yg dapat..separuh percaya, separuh tak..tapi takpela..kami terima je semua tu.

Saya masih sangsi sebenarnya, lalu saya bertanya pada Dr. Ruzita sama ada info yg kami dpt itu benar atau tidak. Akhirnya, jawapan Dr. Ruzita juga sama. Saya terima kenyataan itu walaupun masih agak sangsi. Tak tau nk gambarkan bagaimana perasaan masa tu. Sedih? Gembira? Terkejut?Saya benar-benar buntu..

Biarpun betul atau salah, saya anggap ianya betul..mungkin ia sudah menjadi suratan takdir.Alhamdulillah kami tiada kesan yang teruk..Cuma batuk sahaja yg belum reda. Kami yakin, dgn kekuatan yg kami ada, dgn sokongan keluarga,rakan2 , pihak doctor dan pihak pentadbiran, insyaAllah kami akan baik 100% nanti.

Tiada siapa yg mahukan sakit ini. Mungkin Allah telah memilih saya utk merasainya dlm hidup ini. Biarpun hanya sekali. Cukuplah sbg pengalaman yg takkan dilupakan.

Mungkin betapa banyaknya dosa diri ini yg terkumpul. Moga dosa2 ini dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. Allah telah mempunyai perancangannya yg tersendiri. Takdir seseorang itu telah lama tercatat, cuma menunggu masa utk dihadapi.

Setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya. Syukur pd Allah kerna masih memberikan kita peluang utk bernafas dan menggunakan nikmat-nikmatnya.

Semoga Allah menyembuhkan saya dan rakan2 daripada wabak ini secepat mungkin. InsyaAllah.

Sama-samalah kita doakan =)

3 comments:

Salam Lina..

Smga same2 kita tabah ye..
Allah syg kita sbb tu Allah uji kita..
bertuahnye kita kan? Allah pilih kita..
x pe2... bak kate Dr Roslan, lps nih kite akan kebal dr H1N1.. jgn sedih2 ye.. =) InsyaAllah x de pape.. sbb kite bukan golongan yg high risk.. InsyaAllah H1n1 nih same spt flu2 yg lain.. Within one week InsyaAllah we'll recover.. =D

senyum slalu ye..
kite same2 sbnrnyer dh kene.. klu lina +ve, akak pun mngkin +ve.. sbb kite penah duduk serumah kan walaupun sekejap.. InsyaAllah x de pape sgt.. jgn risau ye..=) Sama2 kita berdoa' dan jaga diri, InsyaAllah x de pape...

Salam akak..
betul kak..
Allah syg kita kan..
xpela..bukan senang nk ade pengalaman cmni..
insyaAllah nnti kita semua ok..
sy pun dh ok ni..
batuk je cikit lagi..
esok dh boleh balik bilik..
akak pun semoga cepat sihat ye=)

btul tuh.. pengalaman yg skali seumur hidup.. orang yg x kene x rase camne duk kat cnie.. InsyaAllah Sok pun dah bleyh balik.. ok.. same2 kite jg diri.. =D

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More