Wednesday, January 27, 2010

rindu saat itu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Ku hanya insan biasa. Yang bisa melakukan kesilapan pada bila-bila masa
Kini ku lebih kuat jiwa,hati dan perasaan.Tidakku mahu menjadi seperti dahulu. Pasti TIDAK!
Walaupun kadang-kadang ku teringatkannya, ku tahu ia takkan melemahkanku.
Aku kadang-kadang ragu-ragu, adakah ia kerana silapku? Khilafku sendiri sebagai hambaNYA yang hina
Aku meninggalkan atau aku ditinggalkan?
Wajarkah aku bertindak sedemikian? Patutkah aku yang mana seharusnya aku di sampingnya..tetapi keadaan itu agak menyukarkan aku bertindak sebegitu
Ku biarkan ia berlalu dan terus berlalu
Tiada tindakan yang mampu ku lakukan. Hingga aku gelarkan diri ini sudah ' give up'
Ku cuba lapangkan dada, damaikan jiwa,berbaik sangka
Tidak ku mahu titik hitam bertapak di kalbu. Seboleh mungkin aku melawannya..
Dulu pasti ada sahaja persoalan pabila kami'bertemu. Aku memberi respon dengan seadanya selagi aku mampu
Semakin ia berlalu begitu, aku tidak lagi disoal begitu, kerana mereka telah memahamiku.
Cuma jarang-jarang sahaja aku masih perlu berhadapan dengan hal yang sama.
Cukup berat bagiku suatu tika dahulu, kerana hal itu mengubah perasaanku ke arah yang tidak sepatutnya
Aku kuatkan diri. Tiada siapa yang mahu mendengar kata hati ini.
Hanya kepada Allah tempat aku mengadu segala-galanya. MemohonNYA agar dia mengebalkan hatiku sekeras batu. Tidak mahu menjadi lemah dek kerana hal yang remeh-temeh seperti itu. 
Tapi aku tahu, aku masih punyai kelemahan itu, yang entah bila akanku hilangkannya. Masih tiada kudrat.
Hanya mampu membatukan diri, mendiamkan diri.
Maafkan aku andai tingkah laku ini menyusahkanmu, menyusahkan kalian
Maafkanku jika tanpa sengaja melukai hatimu
Aku merindukan saat-saat seperti dulu, yang kini semakin pudar dan suram
Aku tak mampu menjadi aku seperti dahulu. Mungkin telah berubah disebabkan hal itu.
Seboleh mungkin menjadi aku.
Ku sentiasa menantikan waktu itu. Yang akan menukarkan aku kembali menjadi seperti dahulu.
Hanya DIA yang boleh mendengar monolog dalamanku.
Syukur padaNYA kerana terus memberikanku kekuatan.
Kekuatan yang tiada tolok bandingnya.


p/s : doakan diri ini terus kuat meniti hari-hari hingga tiba waktunya menemui hari yang

         kekal abadi.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More