Saturday, January 30, 2010

rahsia bocor


Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Perbualan antara kami suatu masa dahulu, antara saya, emak, kakak dan makcik masih saya ingat sampai sekarang. Kami berbual-bual tentang si kecil Hannah itu, berapa berat badan si comel masa tu, minum susu ibu ke susu tepung. Alhamdulillah, berkat kesabaran ibunya menyusukannya, dia semakin membesar dengan sihat. Cuma kini, dia kadang-kadang diberi minum susu formula bayi semasa berada di nurseri bersama rakan-rakan sepermainannya.

umur 3 bulan setengah


Kami terus berbual-bual. Makcik bertanya, bila nak kasi makan. Emak cakap, kasi bila dia nak, bila masih belum kenyang dengan minum susu. Saya pula sampuk, makanan tu boleh kasi paling kurang masa bayi umur 4 bulan ( mengikut ilmu yang dipelajari). Kalau di klinik kesihatan, jururawat suruh kasi semasa bayi berumur 6 bulan. Emak tambah lagi, si Nazura tu dah suap makan masa umur 4 bulan, sebabnya selalu menangis. Bila dapat makan, terus senyap dan tidur dengan lenanya. Makanan tu boleh dipanggil sebagai makanan pelengkap. Ia boleh diberikan apabila si bayi menunjukkan tanda-tanda tertentu. Memang kurang sesuai diberikan semasa dia masih terlalu muda, bimbang sistem GITnya masih belum lengkap membesar. Makan punya makan, tapi tak boleh hadam. Kesannya pada bayi tu juga nanti. So, kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa sekalian, sila ambil kisah akan semua ni, untuk permata kalian yang tersayang.

Rahsia saya akhirnya terbongkar pada petang itu. Bukan hanya saya, malah kakak dan adik saya yang lain.
Rahsianya...kami diberi makan sebelum tamat tempoh emak habis berpantang, maknanya sebelum cukup 40 hari. Oh, sungguh lapar anak-anak emak.
Emak bercakap dengan bersahaja, " mak dulu kasi je makan, biar tak cukup 40 hari lagi pun..Semua macam tu.. Ambil gandum, pastu tambah air, kacau atas dapur.." ( saya pun tak tahu resepi apa ni =D )

Saya makin terkejut apabila mak cakap begini,
" na dulu umur 3 hari, mak kasi makan. asyik menangis je, tambah tak nak tidur. try masak makanan tu, try suap, terus berhenti nangis. lepas tu, tidurlah. takkan nak biar je menangis kelaparan kan "

Haaa? yeke mak? Sungguh dasyat anak mak ni..3 hari ye, bukan 3 bulan. Macam mana la saya boleh telan gandum tu masa tu.hehehe...
Saya sambung tanya lagi, " dah tu ok ke mak? selamat ke makan tu? 
Semua senyum je, tak sempat jawab, saya juga yang jawab,
" a ah, selamatlah kan..hidup lagi sampai hari ini "
Akhirnya kami tergelak sama-sama. 
Sangat menarik topik petang itu. Kalau tak cakap pasal makan-makan tu, entah sampai bila saya boleh tahu kedasyatan saya semasa bayi dahulu.

Apabila saya berkongsi cerita itu dengan seorang kawan, dia bertanya,
" dah tu sekarang, GIT ko ok tak? tak ada ape-ape masalah ?
" Alhamdulillah, ok je sampai hari ini. Tak ada side effect..=)

Dahulu, 3 tin susu pun masih tak cukup, sekarang 1 paket kecil susu pun susah nak dihabiskan. Tak ke bahaya kalau dapat osteoporosis. Betu-betul dasyat saya ni, dari kecil sampailah besar.
Mintak-mintak saya dijauhkan Ya Allah.

Terima kasih ye emak sebab kasi anakmu ini makan waktu tu, kalau tak dah terseksa kelaparan. ( ibu mana la sanggup biarkan anaknya menangis je kan )

Adakah saya akan perturunkan ilmu emak saya ni kepada bakal cucunya akan datang?
Kita tunggu dan lihat sekiranya masih dipanjangkan umur untuk saya memberikan emak dan ayah cucu yang seterusnya serta  kesempatan mereka menatap bakal cucu mereka itu..
Mohon dipanjangkan umur kami Ya Allah.
Juga pembaca-pembaca sekalian. InsyaALLAH.

Wallahu'alam.




2 comments:

geramnye tgk gmbr zinnirah!!!bile die nk dtg kolej lg ni...

hehe..entahla si bulat tu..
de xtau kite dah kangan bangat same dia =)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More