Friday, August 6, 2010

mabruk 'alaik

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam.
Bulan Syaaban hampir ke penghujung. Bulan Ramadhan bakal menjelang. Ayuh persiapkan diri.


Tahniah buat sepupuku yang telah bertukar title menjadi zaujah. Walaupun dah wish untukmu, rasa nak wish lagi kat sini. Tak dapat tengok kalian nikah, tak dapat makan nasi minyak korang. Tak dapat bergambar sama-sama dengan 'kembarku' ni. Sebab masih ada tugas yang lebih penting di sini. Rasa macam rugi je. Mujur masa tunang dulu, ada peluang jumpa. Nanti raya kita jumpa ye. Nak kenal zauj sepupuku..=)
Teringat masa kecil-kecil dulu. Kenangan kita sama-sama kat rumah tok. Main sama-sama, makan sama-sama, gelak sama-sama. Kita rapat sebab beza umur setahun lebih je. Memang kamcing, dah la macam kembar. Kembar tak serupa dan tak seiras..hehe...Makin lama, makin kurang masa kita bersama. Sorang belajar kat sini, sorang belajar kat sana. Bila jarang bertemu, rasa kekok je. Padahal dulu teman yang sangat mesra. 


Rasa lucu je masa jumpe aritu. Mungkin tengok kamu lebih matang dan lebih tinggi, spontan je salam cium tanganmu. Lepas tu gelak sama-sama. Maklumlah, masa tu tak lama dah nak nikah. So, ok la cium tangan orang yang dah nak tamat zaman bujang ^_^

Macam sekelip mata je, ann dah kahwin. Betul ke? hehe..Jodohmu lebih cepat. 
'Kembarmu' ni doakan agar kamu berdua bahagia bersama dengan rahmatNYA.
Selamat membina baitul muslim yang teguh dan kukuh.
Selamat melayari alam rumahtangga ~



semasa majlis pertunangan 

dua insan bersatu...mabruk 'alaikuma


mode : macam caye tak caye je lagi  ^_<

p/s :  tumpang bahagia untuk ann...tuggu turn abang-abangmu pula @_@



Sekian,
Wallahu'alam.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More