Thursday, May 26, 2011

kerja halal tapi...

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Hari-hari terpaksa makan di luar buat masa sekarang walaupun memang selama ni beli makanan di cafe.  Tu tak terasa sangat sebab dah biasa dengan harga tu. Ni perlu labur lebih banyak sikit. Takpe, bertahan untuk beberapa minggu lagi.

Minggu lepas keluar makan tengahari dengan rakan-rakan. Penghulu hari, hari Jumaat. Masuk ke satu kedai, majoriti pekerjanya adalah lelaki. Yang amik order, yang masak, yang hidang makanan. Yakin mereka adalah melayu islam. Dah habis waktu solat jumaat pun, mereka masih kerja. Padahal masjid negeri yang besar tu dekat je. Ke silap kami yang pergi makan masa solat jumaat, menyebabkan mereka tak dapat ke masjid. Oh, itu bukan alasan. Ada juga pekerja wanita kat sana. Bukan kedai tu je, kedai-kedai lain pun sama. Tetap ada orang lelaki di saat khatib membaca khutbah.

Alhamdulillah, kerja mereka dah halal dan baik, namun sayang. Pesanan daripada Allah dalam surah Al-Jumu'ah itu diabaikan. Demi mencari rezeki yang halal, ada hak Allah yang tidak ditunaikan. Sayang sungguh. 

Teringat kata-kata Dr.Muhaya kat radio " saya jarang dan tak minat nak makan kat luar. yelah, kita tak tahu kan sama ada orang yang menjual tu solat ke tak "
Gulp!!! Rasa terhantuk kepala jap. Ada betulnya kata-kata tu.

Dua hari lepas, sementara tunggu si kecik hitam tu diservis, saya bertapa di sebuah pasaraya. Tau jela kan kalau pasaraya, kebanyakan pakaian seragam ialah t-shirt. T-shirt lengan pendek, tak kira lelaki atau perempuan. Suka betul memerhati dan meneliti mata ni. Dah cantik molek je pakai tudung tapi sayangla, lengan terdedah. Tak salah pun rasanya kalau pakai satu lagi t-shirt lengan panjang kat dalam. Kerja dah halal, tapi kerja tu membuatkan si pekerja melanggar hak Allah, mungkin boleh jadi platform untuk kerja itu tak diberkati.

Islam tu sesuai kat mana-mana. Kerja la apa pun, Islam tak boleh diabaikan. Jangan kerana kerja, solat diabaikan, syariat tak dipedulikan. 
Kita perlukan Islam untuk teruskan hidup.


- sangat suka tempat praktikal itu kerna tempat solatnya kondusif dan selesa =)

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More