Saturday, June 4, 2011

hei, alaskan kakimu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Sunnah Memakai Alas Kaki ketika ke Bilik Air

Berbagai makhluk patogen seperti cacing tambanh, bakteria tetanus clostridum tetania, virus hepatitis dan sebagainya yang dapat memasuki tubuh badan kita. Bakteria ini masuk melalui luka-luka kecil atau mikrolesion yang ada pada kulit. Antara yang paling berisiko adalah telapak kaki yang dibiarkan bersentuhan secara langsung dengan tempat-tempat kotor. Antara amalan kebersihan yang bersifat preventif Rasulullah adalah memakai alas kaki apabila masuk ke bilik air. 
Pakailah alas kaki ketika memasuki tandas atau bilik air.

( copy terus daripada buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit )


Kita buat tak apa yang Baginda buat ni? Nampak simple je kan. Mungkin kita pandang remeh je benda ni. Buat apa pakai alas kaki a.k.a selipar, bilik air dan tandas dalam rumah kita dah bersih berkilat.
Tapi even bersih, mungkin ada kotoran yang kita tak nampak dengan dua biji mata.

Dulu pernah dengar seorang penceramah cakap " pakailah alas kaki bila masuk tandas dan bilik air. jika tak, seluruh rumah akan tercemar dengan kotoran daripada tempat tu "

Rumah tercemar satu hal. Hal yang lebih penting ialah dua kaki yang kita ada tu digunakan untuk SOLAT. Tahu kan solat tu segala-galanya untuk kita.

Suatu hari, saya dan keluarga pergi ke rumah makcik.
Mak terus komen bila masuk tandas dan bilik air, " selipar takde pun. mahal sangat ke setakat nak beli selipar jepun "
Terasa pedasnya walaupun ayat tu bukan untuk saya.
Disebabkan selalu buat begitu, jadi perangai ni dah melekat kat anaknya ni. Tersangatlah cerewet ye.
Takde peluangla untuk anak-anak mak tak letak selipar dalam tandas dan bilik air kat rumah.
Nanti dapat ceramah free =)

Amalan sunnah Rasulullah yang besar pun anda boleh lakukan, mustahil amalan semudah ini ditinggalkan. 


' KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN '


Jom beli selipar jepun :)

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More