Thursday, June 30, 2011

jadi manusia muslim dulu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya

Alhamdulillah,
Entri terakhir sebelum kembali ke dunia metropolitan itu
Dunia yang merbahaya jika kita tersilap langkah, silap memilih jalan

Semasa bersembang dengan rakan-rakan pada bulan yang lalu, seorang rakan berkata ,
" kenapa ye kat negeri ni banyak sangat masalah? dalam paper mesti ada berita daripada negeri ni "


Sapa rakan sorang lagi,
" Aah memang pun. Macam-macam berita ada, dasyat-dasyat "

" Pelik la jugak kan, padahal negeri tu ******* yang pegang "

" Ada la tu yang tak kena "

Saya menyelit, " hurm, tu laa. sekarang memang kat mana-mana je masalah. tak kira kampung atau bandar " 

Ikutkan hati mahu je menyuarakan pendapat sendiri, namun hanya mengomel di dalam hati
Oh, tadi berkongsi cerita ni dengan emak, dah berjaya suarakan pendapat itu :)

Islam itu di mana-mana. Mana pun kita pergi, Islam yang utama
Jika negeri itu ******* yang pegang, tak bermakna bahawa seluruh rakyat di negeri itu akan laksanakan hidup Islam sepenuhnya, mustahil takkan berlakunya pelbagai masalah
Sebanyak mana pun aktiviti yang dianjurkan untuk rakyat, jika rakyat tidak memahami dan tidak mahu berubah, maka keadaannya akan kekal begitu
Usah hanya berharap pihak atasan melakukan perubahan, namun ubahlah diri kita sendiri

Kata emak,
" dia pun ada tugas lain. mana mampu nak kawal semua orang. yang tu semua kena didik di rumah "

Siapa pun pemimpin kita di atas, hanya satu yang perlu kita ingat
Allah sentiasa ada di sisi kita, maka semestinya tindak-tanduk kita mengikut syariatNYA

Pihak atasan berusaha untuk membentuk masyarakat muslim, kemudian negara muslim.
Sebelum masyarakat muslim itu wujud, keluarga muslim perlu wujud dengan wujudnya individu muslim
Bukan Islam sekadar nama, bukan Islam hanya pada I/C
Muslim yang benar-benar muslim.
Jika individu tu pun dah tak muslim, macam mana nak ada keluarga muslim?masyarakat muslim?
Sebab itu jenayah, masalah sosial dan apa-apa lagi merata-rata sekarang
Pucuk pangkalnya bermula daripada diri kita sendiri
Andai perkara asas 5 rukun Islam itu sudah goyah, pasti badan takkan lurus tertegak dengan sendiri.


 “Yang penting, minta ampun dengan Allah Ta’ala walau di mana hampa berada. Allah Ta’ala Maha Mendengar. Hampa minta, InsyaAllah, Allah Ta’ala akan bagi. Dia bukan zalim atau kedekut macam manusia”.   “Jangan dok cari salah orang lain. Cermin diri sendiri dulu. Diri sendiri tu pun belum tentu masuk syurga. Jangan pertikai latar belakang orang lain. Jangan dok bahas iman orang lain. Jangan dok debat amalan orang lain. Tak pasai pasai masuk neraka pasai dok sibuk pasai orang lain. Cermin diri kalau nak masuk syurga. Syurga nih bukan hak milik sapa sapa. Jadi, toksah dok nilai iman dan amalan orang lain” ( petikan pesanan Almarhum untuk anak muda )

Sebelum kita menuding jari kepada orang lain, mari selidiki diri sendiri dahulu.
Cukupkah solat wajib 5 kali sehari? Cukupkan puasa 30 hari di bulan Ramadhan? Terbayarkah zakat kita? Sudah tutup aurat dengan sempurnakah kita? Terjagakah pergaulan kita?

Peringatan untuk diri sendiri juga. Manusia itu sering lupa. Marilah kita saling mengingati =)
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini.

~ Ahlan wasahlan ya Syaaban ~

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More