Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Tertarik dengan entri seorang sahabat yang disayangi ini walaupun jauh di mata.
Boleh tak jika pada 1 Syawal nanti, hari mulia itu, kita tetap akan dapat 'saham' walaupun hakikatnya hari tu kita bersalam-salaman, bermaaf-maafan dengan ahli keluarga dan sanak saudara?
Setelah sebulan kita berpuasa, mengumpul pahala, mencari taqwa di sisi Allah, tiba-tiba hari itu kita dah buat sesuatu yang salah tanpa disedari.
Perasan tak hal ini? Diri sendiri pun tahu kat mana-mana je hal ini berlaku.
Apa hal tu sebenarnya?
Dalam kita gembira berseronok bertemu sanak saudara, jangan lupa masih ada syariat yang perlu dijaga. Kecuali bagi kanak-kanak yang belum baligh.
Nak salam boleh je, tapi ada kriteria yang Allah dah gariskan.
Jika sama-sama jantina, ikut suka la nak salam dengan sape-sape pun
Jika berbeza, kena tahu siapa halal siapa haram
Boleh bersalam dengan orang yang kita tak boleh kahwini
Yang kita boleh kahwin tu, maksudnya kita tak boleh salam
Sepupu sepapat tu tak boleh
Ipar duai tak boleh
Hurm, macam mana nak lakukan ni kalau sedara-sedara lain pun salam je
Nanti tak bersalam, apa pula orang cakap
Tak hormat orang betul!
Nak redha orang ke nak redha Allah? Jawab cepat! hehe
So, salah satu cara nak atasi benda ni pastinya didikan mak ayah masa kanak-kanak tu masih kecil
Mak ayah kena beritahu kat anak-anak, siapa yang dia boleh salam dan tak boleh bila dah baligh
Masa kecik-kecik,kanak-kanak ribena takpela
Bila dah ajar awal-awal, anak-anak pun tahu dan amal apa yang disuruh bila dah besar
Janganlah dah nak jadi suami/isteri orang masih 'slumber' bersalam dengan saudara bukan mahram
Oh ya, lagi satu bila salam pun tak boleh
Maknanya aurat pun kena tutup depan diorang
Terutama untuk perempuan bila berhadapan saudara yang halal kamu kahwini
Tak manis kan bila hari raya pertama nampak saudara mara bercampur baur bebas je, yang perempuan pula tak pakai tudung. walaupun di dalam rumah!
Lagi sekali saya cakap
Mak ayah kena ajar anak
Kakak kena ajar adik-adik
Mak saudara kena ajar anak saudara
Sepupu yang tahu kena ajar sepupu yang tak tahu
Memang hal ini ramai orang tak peduli sangat
Dengar cerita kawan-kawan
Tengok keadaan sekeliling
Benda ni simple je tapi kalau tak ambil berat, sampai tua nanti pun anak-anak masih tak amalkan
Kan dah cakap tugas mak ayah nak didik anak-anak tu berat
Daripada sekecil-kecil zarah hingga sebesar-besar alam ni :)
beringat-ingat di hari mulia
- ini amalan sepanjang hidup atas bumi Allah ini. bukan masa hari raya je
- mencari keberkatan Allah di mana-mana
- tolong jangan terpengaruh dengan rancangan kat tv. rakaman lagu hari raya je bukan main
bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan
- tersentuh anjing dan khinzir tanpa sengaja masih boleh sertu. tapi kalau sentuh orang yang
haram itu dengan sengaja, nak sental dan clorox ke tangan tu?
p/s : jangan lupa baca entri sahabat tu ye =)
0 comments:
Post a Comment