Saturday, August 27, 2011

berhati-hati semasa makan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya





BERBICARA mengenai Aidilfitri, masing-masing terbayang keseronokan menyambut keberkatan Syawal selepas sebulan menahan diri menghadapi dugaan Ramadan. Bagi kanak-kanak, sampul duit raya mengandungi helaian wang berwarna biru, hijau mahupun merah menjadi perkara pertama terlintas di fikiran, di samping juadah makanan berasaskan coklat.
Golongan dewasa pula mengambil peluang untuk menikmati kemeriahan budaya kunjung mengunjung ke teratak sanak saudara dan teman terdekat, selain menantikan hidangan istimewa sebagai pembuka selera.

Sudah pasti hidangan tradisional Melayu seperti rendang, lemang dan ketupat menjadi pilihan utama dan kemestian pada pagi raya.Malah, ada yang berpendapat jika sajian tradisi itu tidak dihidangkan kepada tetamu, kemeriahan dan suasana gembira seolah-olah tidak dirasai biarpun wujud aneka pilihan menu raya moden, termasuk biskut serta kek sebagai pengganti. Di sebalik kelazatan resipi tradisional turun temurun, terselit risiko bahaya kesihatan jika pengambilannya tidak dikawal, terutama bagi penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti jantung, obesiti, darah tinggi dan diabetes.

Peningkatan berkenaan dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan pengambilan makanan berkolesterol tinggi tanpa kawalan dan berlebihan ketika musim perayaan, sekali gus menjadi punca utama masalah kesihatan masyarakat.


Pensyarah Jabatan Pemakanan Dietetik, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof Dr Fatimah Arshad berkata, trend kemasukan ke hospital akibat penyakit NCD lebih tinggi ketika sambutan perayaan sama ada Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas.





Katanya, kebanyakan orang menyalah guna konsep perayaan dan menganggap ia sebagai peluang memenuhi tuntutan nafsu makan sebaik saja berakhir Ramadan.

“Ungkapan ‘balas dendam’ selepas berpuasa tidak seharusnya wujud. Dalam tempoh setahun, hanya 30 hari kita (umat Islam) diminta menunaikan Rukun Islam ketiga ini. Manakala selebihnya organ dalaman kita bekerja setiap masa bagi memproses makanan yang diambil antara tiga hingga lima kali sehari.

“Gara-gara ingin membalas dendam, tahap kesihatan seseorang individu terjejas, terutama penghidap NCD. Segelintir pula mengalami masalah obesiti sebaik saja berakhirnya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di IMU, baru-baru ini.


Ketika menyediakan juadah yang dihasilkan daripada makanan berlemak tinggi seperti santan, majerin dan gula sebagai bahan utama, Fatimah mencadangkan penggunaan bahan pengganti lebih sihat, antaranya susu rendah lemak dan tanpa lemak.


Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, masyarakat digalak mengekalkan diet pemakanan seimbang mengikut piramid makanan yang mengutamakan sistem pengambilan makanan berkhasiat di samping pengurangan lemak, garam dan gula.




Mengambil contoh resipi sajian rendang daging, bahan utama iaitu santan perlu digunakan sebahagian manakala selebihnya digantikan dengan susu rendah lemak yang mudah diperoleh di pasar raya.


Katanya, amalan ini mampu mengurangkan tahap kolesterol tinggi yang terkandung dalam santan, sekali gus mengurangkan risiko penyakit NCD. Bagi pemilihan daging pula, Fatimah mengakui setiap daging ada khasiat tersendiri, namun masyarakat perlu bertindak bijak dengan menggunakan daging ayam yang diasingkan kulit atau daging lembu tanpa lemak. Penambahan menu salad dan buah-buahan segar turut membantu menyeimbangkan sajian pada pagi raya.Sebagai penghilang dahaga, penggantian minuman mengandungi bahan perisa, pewarna dan gula kepada jus buah-buahan, koktel serta air kosong adalah lebih baik kerana ia dapat mengurangkan kadar gula dalam tubuh serta risiko diabetes.


Sementara itu, tetamu juga perlu memainkan peranan masing-masing dengan mengawal pengambilan kuantiti makanan setiap kali mengunjungi rumah teman dan saudara terdekat, bukan mengikut nafsu makan saja. Kunjungan berjadual ke rumah saudara ketika musim perayaan digalakkan untuk mengelak seseorang individu terlepas pandang kuantiti makanan diambil.

Sememangnya menjadi tanggungjawab tuan rumah menyajikan hidangan istimewa kepada tetamu, namun pada masa sama pilihan dan penyediaan makanan seimbang perlu diamalkan setiap masa tanpa wujudnya pengecualian ketika Syawal.




Mengulas kebanjiran makanan ‘tunjuk’ sempena Aidilfitri yang turut dikaitkan mempunyai bahaya dalam diam, Fatimah berpandangan masyarakat wajar menggunakan kuasa pengguna dan mengamalkan sikap cerewet ketika sesi jual beli makanan seperti serunding, rendang, dodol, lemang dan biskut.


“Sasaran utama penjualan makanan ‘tunjuk’ adalah warga kota yang sering kesempitan masa kerana sibuk bekerja, sekali gus menjadikannya pilihan mudah dan semakin popular.



“Dalam keghairahan membeli makanan ‘tunjuk’, orang ramai dinasihatkan mengkaji beberapa kriteria penting, antaranya tarikh luput, bahan digunakan, pembungkusan, kualiti makanan daripada segi rasa, cara penghasilan dan kredibiliti pengeluar.

“Sebelum membeli, pelanggan digalak memastikan adanya tarikh luput berikutan makanan ‘tunjuk’ dihasilkan dalam jangka masa antara dua hingga tiga bulan sebelum perayaan dan dibimbangi ia tidak selamat dimakan,” katanya.

Ibarat duri dalam daging, keenakan makanan tradisi dan biskut raya bakal mendatangkan risiko keracunan makanan apabila kualiti tidak terjamin hasil pengabaian kaedah penting ketika proses pembuatan, penyimpanan serta pembungkusan.

Fatimah turut memberi petua supaya masyarakat tidak termakan pujukan peniaga makanan ‘tunjuk’ yang mengadakan jualan harga ‘runtuh’, terutama pada malam perayaan seperti yang berlaku di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR).

Beliau mengakui segelintir masyarakat gembira dengan situasi harga runtuh berkenaan kerana dapat menjimatkan perbelanjaan, namun tidak menyedari wujudnya kemungkinan biskut ‘tunjuk’ itu rosak atau berbau.

Antara alternatif yang boleh diambil adalah menerusi tempahan juadah hari raya daripada individu dikenali atau terdekat, selain mempunyai kredibiliti daripada segi kualiti pembuatan makanan.






p/s  :  Mati perlu diingati. Makan pun perlu beringat-ingat. Sebab ramai manusia meninggal sebab makanan. Hargai nikmat makan yang Allah kurniakan :)

-susunan berterabur. tak suka. bersabar dengan posting part!

2 comments:

makanan itu boleh bagi 2 benda,kebaikan atau keburukan,andai beringat jauhlah dari keburukan itu:)bak kata dr rohi,semua berkait dengan dose:)

hehe,betul cik mashimaro
be moderate;)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More