Tuesday, November 22, 2011

Ajarkan Aku Cinta

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Minggu lepas dengar ceramah "Ajarkan Aku Cinta" oleh Tuan Fazrul. 
Oh, memang sayangla sape yang tak pergi dengar
Tambah pulak perasmian Muhasabah Cinta yang superb
Congrats to all organiser :)

Apa yang penceramah cakap, ada yang terkena batang hidung sendiri
Lagi-lagi bab parents
Cinta pada mak ayah
Cinta pada umur 40 tahun
Bila dah umur 4o tahun, baru terasa betapa besarnya tanggungjawab untuk besarkan anak-anak
Selagi kita tak jadi mak ayah, macam tu la kita
Suka ikut kata hati
Suka lawan cakap mak ayah
Suka cakap kasar dengan mereka
Kan?

Kata penceramah tu
Selama ni kita yang student ni sanggup tak tido malam, stay up masa nak exam
Semata-mata nak exam, nak lulus exam, nak dapat A, nak dapat dean list
Study dulu, takpe solat lambat-lambat
Katanya lagi
Kenapa pada malam kita berjaga malam tu, kita tak solat sunat, kemudian doakan kedua ibu bapa kita, doakan mereka panjang umur dll
Kenapa tak boleh buat macam tu?
Ok, rasa terhantuk kepala sendiri jap :(

Mak pun pernah kasi pesan yang pedas kat anaknya
' kita kalau masa belajar ni, bangunlah solat malam. solat hajat ke. janganlah terlalu mengadap buku je. sekali sekala buat amalan-amalan sunat. mengaji, berdoa mintak kat Allah'
Anak mak yang tak berapa baik ni hanya diamkan diri..hehe

Hurm, kalau bukan pesan mak ayah kita tak nak dengar, sape lagi kita nak dengar?
Cinta ibu bapa selepas cinta Allah & Rasul
Jangan tersalah menggunakan cinta mulia yang Allah kurniakan pada hambaNYA =D




Coming soon >>>>>  Tanyalah Ustaz ( Tentang Cinta ) & Ceramah 'Open Your Eyes'

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More