Thursday, November 10, 2011

hati yang suci sukar dicari

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam Aidiladha 1432H
Hari ni dah 14 Zulhijjah
Esok 11.11.2011. Comel je tarikh ni kan

Best dengar khutbah hari raya hari tu
Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar
Bila dengar tentang kisah cerita Siti Hajar, teringat lagu Safa Marwah dendangan kumpulan Mestica
Daripada kisah tu la wujudnya air zamzam. Baru ku tahu

Masa cuti, sempat luang masa tengok cerita 'Panggilan Baitullah'
Korang tengok tak?
Awal-awal tengok tak faham pun, rasa pelik dan kejap-kejap menakutkan
Ok, kuatkan mata untuk tengok sampai habis
Teruja dengan watak Fahrin Ahmad sebagai Muhammad Haq bin Idris
Hanya seorang tukang kasut yang gigih bekerja
Kumpul duit untuk tunaikan haji
Dato' Haji tu mimpi, yang Muhammad Haq ni tak dapat tunaikan haji, namun hajinya diterima oleh Allah
Sangat best kan?
Dah tengok tu, barulah faham kenapa hajinya diterima
Punyai akhlak yang sangat mulia
Bonusnya, meninggal semasa sujud pada Ilahi. Allahuakbar!
Sedihnya:(

Walaupun hanya cerita rekaan, banyak pedoman yang boleh diambil
Sebesar-besar atau sebanyak-banyak mana pun amal ibadat yang dilakukan, jika diiiringi rasa riak, ujub atau sombong, amalan tu takkan dipandang oleh Allah

Pernah dengar kisah orang dahulu, tak ingat apa namanya
Allah dah janjikan yang dia salah seorang penghuni syurga
Wow, bestnya!
Jadi, pelik juga kenapa dia dijanjikan sebegitu
Dia bukanlah yang kuat beribadat, kuat berzikir, selalu solat malam dll
Jawapannya ialah sebab sepanjang hidupnya, dia tak pernah sekelumit pun ada rasa hasad dengki atau iri hati dengan orang lain
Sangat simple kan?
Saya kurang ingat kisah sebenar, jadi korang boleh cari daripada sumber yang betul :)

Mak cakap, ' hidup ni kalau ada rasa hasad dengki, jeles dengan orang lain, takkan selamat'
Mungkin selamat di dunia, tapi di akhirat?
Hati sangat perlu dijaga, daripada sekecil-kecil hingga sebesar-besar hal

Kawan pernah tanya, ' Macam mana nak elak atau buang rasa cemburu kat orang lain?'
Saya jawab, 'hurm, entahla. takyah fikir sangat pasal tu. think positive je. dan fikir hal lain yang lebih penting' 



- nak jadi macam Muhammad Haq dan sahabat dahulu
- harap nenek cepat sihat :>

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More