Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Sunday, January 29, 2012

sahabat kurniaan Allah

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Aku pasti merindui mereka
Aku pasti tiada di sini tanpa mereka di sisi
Hidup tanpa sahabat pasti tidak indah
Terima kasih Allah kerna mengurniakan mereka kepadaku
Mereka anugerah tak ternilai daripadaMu

Muhasabah

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Malam ini dua event bertembung. Ceramah perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid Shah Alam dan Anugerah Juara Lagu di Stadium Putra Jalil. Mana satu pilihan anda?
Syukur, manusia dikurniakan akal, maka akal itu memudahkan umat di sini untuk melihat dan mendengar ceramah UAI secara live di internet
SubhanAllah, Allah Maha Berkuasa
Rahmatilah majlis ilmu itu di rumahMU :)

Saturday, January 28, 2012

stress menggunung tinggi

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam Rabiulawwal semua
Alhamdulillah masih hidup hari ini walaupun nikmat sihat ditarik sedikit :)

Hari itu, sebelum umur bertambah lagi satu angka, diri sangat dalam kondisi yang tak stabil
Entah mengapa
Confuse dengan diri sendiri
Ya, aku stress pada hari itu
Namun tak tahu apa puncanya
Tesis? Research? Tak dapat ke sekolah?
Ini semua bukan puncanya
Masalah dengan family? Housemate? Coursemate?Kawan?
Juga bukan sebabnya
Tapi hari itu hanya Allah yang tahu betapa berkecamuknya diri ini
Masalah tak faham diri sendiri mungkin

Wednesday, January 18, 2012

20 + 3

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Assalamualaikum
Terasa seperti sudah lama tidak menjengah ke ruang 'posting' di blog ini
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
Tahun ini bertambah lagi satu angka di belakang umur sendiri
Umur bertambah, jangka hayat pula semakin berkurang
Seinfiniti terima kasih buat sesiapa sahaja yang mendoakan diri ini, yang kenal atau pun tak :)

Menjawab persoalan seorang sahabat " apa perasaan bila dah berumur 23? "
Saya jawab padanya " rasanya u boleh jawab soalan tu, sebab u dah rasa dulu umur 23 kan..hehe "
Entah, tiada rasa apa-apa mungkin
Syukur sebab Allah masih panjangkan masa untuk hidup dibumiNYA ini
Mungkin bila sudah 23, diri perlu menjadi lebih matang
Matang segala benda : mental, fizikal, emosi, sikap dll
Walaupun ada orang cakap muka macam budak sekolah :>




* Selamat ulangtahun kelahiran buat anda yang lahir pada bulan Januari



Saturday, January 7, 2012

komen positif

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Alhamdulillah, diri masih bernafas hari ini
Selamat berjaya buat semua yang sedang mengahadapi final exam
Bittaufiq wannajah ;)

Semasa hadir ke focus group minggu lalu
Kami buat satu aktiviti
Buat satu kumpulan bulatan, dalam 5-8 orang
Setiap orang perlu nyatakan perkara positif yang ada pada setiap ahli kumpulan tu
Yang dah kenal senangla nak nilai
Tapi yang belum pernah kenal tu terkulat-kulat nak sebut benda positif..huhu

Saya sedikit terlewat masuk kumpulan
Maka, keputusan positif yang saya terima daripada mereka :

- Mudah mesra dengan orang lain
- Lemah-lembut tapi ada ketegasan
- Penyayang
- Pendiam tapi dengar je apa-apa yang diperoleh
- Fokus dengan apa yang dilakukan
- Berprinsip
- Mudah kasihan pada orang, suka tolong orang
- Suka belajar benda baru
- Melakukan sesuatu secara teratur

Hoho, magic sungguh
Macam mana la diorang boleh nilai saya yang hampir 100% betul
Dah la first time jumpa
Lagi-lagi orang cina
Direct kena betul pada diri sendiri
Best betul bila orang cakap benda positif pasal kita kan
So, lafazkanlah alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah setiap masa =)


- perkara negatif lagi banyak sebenarnya
- apa kata korang pun buat aktiviti ini dengan kawan-kawan korang. dapatkan semangat positif :>











Wednesday, January 4, 2012

kuatnya WANITA

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya

Mood tengah rajin untuk membebel di sini
Bila melihat orang kahwin, diri pun rasa nak kahwin
Korang pun sama kan :)
Bahagiakah kita apabila berkahwin?
Kahwin dulu ye, baru tau best atau tidak

Saturday, December 31, 2011

mahu duit banyak

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


(menaip sambil diiringi muzik yang membingit di kawasan perumahan)

Walaupun internet putus-putus di sini plus mata yang makin kuyu, tetap berusaha mencoret sesuatu di sini. Pelik kenapa hampir menjengah tahun baru, penduduk di sini dimeriahkan dengar pelbagai jenis lagu karaoke. Karaoke maksudnya orang yang menyanyi. Jadi, sangatlah mengganggu orang lain yang sedang tidur. Ok takpe, mungkin sudah menjadi budaya di sini. *tak buat pun takpela*

Thursday, December 29, 2011

memories in 2011

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


2011 bakal pergi. Macam baru semalam je tahun 2011. Memang masa sangat cepat berlalu. Biasalah, setiap tahun semua orang ada azam baru masing-masing. Ada impian tersendiri.
Saya?
Entahla, sudah ingat-ingat lupa akan azam sendiri
Yang ingat hanyalah nak jadi hamba Allah yang lebih baik
Rasa macam tak capai sepenuhnya
Tapi, penentu perubahan tu tak tahulah macam mana nak buat. KPI diri? Siapa nak nilai diri sendiri kalau bukan Allah sendiri kan :)

Wednesday, December 28, 2011

seminggu di selatan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Alhamdulillah, kembali normal kali ini
Ada kesempatan ke Johor, membantu kawan mengumpul data kajian
Membantu sambil menimba pengalaman
Alhamdulillah ;)
Banyak ilmu yang diperoleh di sini
Berjalan sambil memerhati dunia sekeliling, dan membuat tafsiran sendiri

Sunday, December 18, 2011

speechless

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Alhamdulillah
Sudah lama tak luangkan masa sebegini sejak tinggal di sini
Jarang-jarang je buat camni. Ini pun setelah lelapkan diri selama 3 jam dulu
Betullah, kalau ikutkan nafsu memang nak sambung tidur lagi, tapi atas kekuatan diri sendiri sama ada nak terus tidur atau bangun
Samalah macam tidur lepas subuh
Lepas solat, iman akan berperang dengan nafsu
Nafsu akal cakap ' mengantuklah, nak tidur balik lepas ni '
Iman cakap ' tak payah tidur lepas subuh. tak bagus. pagi-pagi rezeki berkat'
Oh yeah, hanya iman yang kuat je mampu kalahkan akal kita
Ok, sebenarnya melencong sikit ni
Tazkirah di pagi hari :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More