Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Tuesday, June 18, 2013

Kenapa Pilih Dia

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
 
 
 
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah syukur atas segala nikmatNYA
Sebab panahan sahabat baik yang kembali mengaktifkan semula blognya yang best itu, ku turut rasa nak mencoret sesuatu di sini
Gambar kat atas tu pun kasi gempak je kan..hehe

Wednesday, June 12, 2013

Shawlbyvsnow & Pics

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
 
 
Alhamdulillah 'ala kulli hal
Diberi kesempatan untuk berkongsi cerita ini
Alkisahnya hari itu saya mencari-cari tudung yang sesuai dipakai untuk hari itu
Nak sesimple yang boleh
Siap tengok tutorial macam2 sebab tak tau cara nak pakai shawl tu
Almaklumlah diri ni tak expert pakai belit-belit pusing-pusing cenggitu

Tuesday, June 11, 2013

Happy for you :)

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
 
 
Bismillahirrahmanirrahim
 
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah 'ala kulli hal
Beberapa bulan menyepi tak bermakna tuan blog ini telah terkubur :)

Barakallah sahabatku Aisyah :)

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya

Bismillahirrahmanirrahim

Allah, sudah lebih 2 bulan tak menjenguk ke sini. Kian berhabuk dan bersawang nampaknya. Masa belajar dulu rajin je update. Bila dah keje rasa macam ada kekangan masa je, padahal kerja lima hari je seminggu. Sekarang dah masuk bulan empat tahun 2013. MasyaAllah sekejap je masa berlalu. Rasa macam je baru masuk tahun 2013. Mungkin kerana hari-hari bekerja itu, tak rasa sangat masa lambat berjalan.

Wednesday, January 9, 2013

Belajar VS Kerja

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
 
 
Bismillahirrahmanirrahim
 
Alhamdulillah Allah izinkan lagi diri ini bernyawa pada hari ini dan menghidupkan kembali blog usang ini

Tuesday, November 13, 2012

Working Phase

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Bismillah,
Alhamdulillah, sudah sebulan tak menjenguk ruang
Bukanlah busy ke ape ke, rasa untuk membebel itu makin pudar

Wednesday, September 26, 2012

Oh Rindu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, rasanya dah bersawang belog ini
Selalu je buka new post, then tak update pun
Virus kemalasan menyerang diri sungguh

Monday, August 6, 2012

Tesis, Kelab dan Nutrisi

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, hari ini masih diberi peluang untuk hidup di bumi Allah ini
Dah habis 15 hari Ramadhan, so teruskan puasa anda semua :)


Alhamdullillah
Keputusan final exam dah keluar
Alhamdulillah, saya dapat anugerah daripada Allah itu di luar jangkaan saya
Saya tak berharap lebih, cuma sangat berharap mendapat keputusan yang terbaik berbanding exam sebelumnya
Allah Maha Mendengar
Allah makbulkan doa saya ;)

Berada di tahun akhir memang agak mencabar kerana kami dihujani oleh tesis dan macam-macam assignment
Saya hanya mampu melihat muka stress kawan-kawan dan saya pun tak boleh lari daripada stress macam diorang
Semua busy, tension, banyak dugaan dan lain-lain
Saya hanya mampu mendengar dan terus mendengar

Agak mencabar pada tahun ini kerana saya berada di kolej luar
Pada semester pertama, saya banyak berulang-alik ke kolej utama
Balik hampir tengah malam
Kerana saya punya taklifan
Meeting tak kira petang atau malam
Sampai kadang-kadang saya tak pulang ke rumah
Selalu tidur di bilik kawan
Sampai suatu masa kawan saya cakap, ' busy betul ko ye. ko pindah kolej sana terusla'. ayatnya lebih kurang begini
Sungguh, saya rasa tertusuk dengan kata-kata itu
Ye, saya kerap dihujani perkataan busy
Tapi sebenarnya saya taklah sesibuk pejuang agama di luar sana
Saya hanya lakukan taklifan yang sudah diterima
Saya cuba seimbangkan hal dunia dan akhirat
Saya cuba mencari masa bersama-sama kawan-kawan saya
Dari tahun pertama hingga tahun akhir
Sebab apa pun saya buat, hak seorang muslim terhadap muslim yang lain tak boleh diabaikan
Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya :)


Pada bulan Mei, saya berada dalam dilema
Ada group work yang perlu disiapkan, ada muktamar kelab Badar dan ada Extravaganza di Singapura
Tiket ke Extravaganza saya dah beli awal-awal cuma saya masih ragu-ragu nak pergi ke tak
Serius, tak tahu nak buat apa!
Saya hanya pergi buat pasport terlebih dahulu
Pada malam muktamar Badar itu,  malam itu juga saya perlu menaiki bas ke Singapura
Pada hari saya hadiri Extravaganza, hari itu juga kawan-kawan siapkan assignment pemakanan, siapkan poster untuk NSM dan hadiri taklimat kerjaya
1 hari sebelum ke Extravaganza, saya siapkan tugas saya dan emelkan pada kawan
Malam itu saya hadiri taklimat Extravaganza. Balik ke rumah hampir jam 12 tengah malam
Esoknya, 3 jam sebelum menaiki bas ke Singapura, saya sempat hadiri muktamar walaupun hanya 1 jam. oh, tak sempat bermuktamar pun. sempat dengar ucapan felo. tapi at least saya bersyukur, saya dapat jugak datang
Hidup saya agak kelam-kabut masa tu
Gerak sana dan sini
Saya sangat menyeksa badan saya
Sungguh!

Apabila ada masa lapang di Singapura, saya sempat edit poster NSM
Bila dah berada di sana, saya sangat lega sebab dah setel kerja-kerja tu
Pulang ke KL pada ahad petang, sampai di rumah hampir jam 12 tengah malam
Alhamdulillah
Saya masih punya masa untuk tengok slide presentation group pada hari isnin
dan semuanya ok hari itu
Bonusnya, pensyarah cakap group kami dah tak perlu edit apa-apa
Allahuakbar!
Thanks a lot friends :)

Memang kerana misi nutrisi itu, saya tak mampu hadiri muktamar sepenuhnya. Tapi saya masih punyai sahabat-sahabat lain yang banyak membangunkan kelab Badar, yang boleh menjayakan muktamar itu

Namun, saya fikir jika saya tak hadiri Extravaganza yang peluangnya hanya sekali setahun, itu bermakna saya tutup peluang yang saya ada selama setahun
Jika saya yang tak pergi, saya yang rugi segalanya kerana tiada siapa yang akan kongsi ilmu yang  diperolehi dengan saya
Alhamdulillah, banyak sangat ilmu baru yang dipelajari di sana dan saya boleh praktikkan dalam hidup kini

Sekarang, tesis dan kelab Badar dalam kenangan saya
Misi nutrisi akan terus dilaksanakan selagi saya bernyawa di muka bumi ini :)


Buat adik-adik di kampus
Teruskan perjuangan kalian dan doakan kami yang sudah tamat belajar kekal berjuang di jalanNYA :)
Ganbatteh!

Wednesday, July 18, 2012

kami dah habis:)

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya

Bismillahirrahmanirrahim

 NSM Conference at Crown Plaza

 with mama, Prof. Dr. Norimah

 with Prof. Ismail, President MASO

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
Alhamdulillah saya sudah habis belajar selama 4 tahun di UKM
Proses mencari ilmu itu sudah tamat dalam bidang yang disayangi
Terasa seperti baru je berorientasi
Rasa tak percaya lagi ni
Tak percaya dah dapat harungi tahun 4 yang paling mencabar
Takde la mencabar sangat pun
Rasa berat sikit sebab tesis
Oh, sekelip mata tesis pun dah setel
Seriusss, tak boleh percaya lagi ni
Tapi kena la percaya jugak
Biiznillah:)
Dah usaha macam-macam, dah selalu berdoa
So, sekarang marilah bertawakkal
Keputusannya kita tunggu sebelum konvo nanti. aameen

Allah dah cakap, 'la yukallifullahunafsan illa wus'aha'
Jadi apa yang saya lalui selama 4 tahun itu semuanya Allah kurniakan ikut kemampuan saya
Sebab saya mampu buat tajuk tesis itu
Sebab itu Allah pilih saya untuk buat pasal kajian itu
Tak pernah pula rasa stress yang melampau sepanjang buat kajian
Allah izinkan saya hadapi semuanya dengan baik
Just do the works patiently, because i'll get the reward soon :)

Final exam?
Alhamdulillah, lepas ni tak yah exam dah
Yeke? kita tengokla camne nanti..hehe
Dari kecik sampai besar, kejenya exam je
Belajar, study, then muntahkan balik apa yang dipelajari
Sampai boleh terlelap masa exam. ops!!
Saya tawakkal jela untuk exam last ni
Doakan saya dan kawan-kawan boleh grad dengan cemerlang :D

4th year nutrition. finally we done:)

Thanks to all my coursemates for being together in these 4 yours
Susah senang manis pahit kita telan sama-sama kan
Banyak-banyak terima kasih buat semua pensyarah di UKM, khususnya pensyarah Pemakanan dan Dietetik
Juga buat semua staff dan kakitangan sokongan yang banyak membantu
Jasamu dikenang, budimu disanjung
Macam buat penghargaan tesis pula :p

Semoga kawan-kawan dapat kerja yang molek-molek lepas ni.
Jumpa lagi masa konvo nanti.
Jangan lupa jemput masa kahwin. haha:)

All the best for you!


Sincerely,
Husniyah Mohamad

Saturday, June 23, 2012

precious gift from mom :)

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Alhamdulillah, semalam dapat hadiah berharga daripada emak :D
Ini dia :

belas ihsan google je ni, not mine

Hobi emak ialah mengumpul telekung
tak tahu berapa banyak dah telekung mak -_-
yang dah agak lama tu hulur kat anak-anak
hepi sangatla anak kan sebab telekung mak tu masih comel lote 
dan setiap tahun mak akan pakai telekung baru masa solat hari raya

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More