Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Monday, August 29, 2011

kosong.lompong

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Semua dah gembira sebab dah nak raya, di samping sedih sebab Ramadhan dah nak berakhir
Syaitan pun melompat-lompat riang sebab nanti dah dibebaskan
Sungguh, sekejap saja Ramadhan kali ini berlalu. Lain dengan tahun-tahun sebelum ni
Sepatutnya rasa gembira je, tapi dirasakan macam ada kekosongan
Mungkin gembira dapat bertemu sanak-saudara, sahabat handai ramai-ramai
Namun kegembiraan itu tak dapat dihayati sepenuhnya kali ini
Ya, kali ini lagi

Sunday, August 28, 2011

kakak punya:)

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Ucapan hari raya buat semua  ( versi kakak ) tapi untuk upin ipin. Apela sifu ni
Tukarla untuk semua umat Islam :)

Saturday, August 27, 2011

berhati-hati semasa makan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya





BERBICARA mengenai Aidilfitri, masing-masing terbayang keseronokan menyambut keberkatan Syawal selepas sebulan menahan diri menghadapi dugaan Ramadan. Bagi kanak-kanak, sampul duit raya mengandungi helaian wang berwarna biru, hijau mahupun merah menjadi perkara pertama terlintas di fikiran, di samping juadah makanan berasaskan coklat.
Golongan dewasa pula mengambil peluang untuk menikmati kemeriahan budaya kunjung mengunjung ke teratak sanak saudara dan teman terdekat, selain menantikan hidangan istimewa sebagai pembuka selera.

Saturday, August 20, 2011

aduhai, takkan salam je pun tak boleh. lecehnya!

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Tertarik dengan entri seorang sahabat yang disayangi ini walaupun jauh di mata. 

Boleh tak jika pada 1 Syawal nanti, hari mulia itu, kita tetap akan dapat 'saham' walaupun hakikatnya hari tu kita bersalam-salaman, bermaaf-maafan dengan ahli keluarga dan sanak saudara? 
Setelah sebulan kita berpuasa, mengumpul pahala, mencari taqwa di sisi Allah, tiba-tiba hari itu kita dah buat sesuatu yang salah tanpa disedari.
Perasan tak hal ini? Diri sendiri pun tahu kat mana-mana je hal ini berlaku.
Apa hal tu sebenarnya?

Friday, August 19, 2011

welcome to the world

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




jangan merungut je lebih. tolong sekali ye

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Tak sangka dah ada 200 entry kat blog. Entah ape la yang dibebelkan
Alhamdulillah, sempat berehat kejap sebelum Maghrib
Konon-konon hari ni jadi housewife separuh hari..ececeh
Barula rasa macam mana mak dan mak-mak lain rasa bila duk kat dapur sepanjang hari

Pernah tak mak korang mengadu camni,
" penatnya mak masak hari-hari "

Monday, August 15, 2011

pergi dan kembali

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Hari ini keajaiban berlaku di dalam rumah
Masih ingat entry sebelum ni, hilang yang saya membebel tak tentu pasal
Siang tadi semasa mop lantai, tiba-tiba terpandang satu benda, "macam kenal je"
"eh, ni Hiro"
Ketuk-ketuk sikit nak tahu hidup lagi atau dah mati 
Alhamdulillah, Hiro masih aktif bergerak
Kembalilah Hiro ke rumah asalnya :)

Sunday, August 14, 2011

PPAS

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Perpustakaan Perbadanan Awam Selangor (PPAS)
Terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Google sendiri ye alamatnya
Mula beroperasi pada 22 Julai 2011

SubhanALLAH
Masuk dalam library ni rasa macam masuk satu tempat yang sangat indah
Bagi orang biasa macam saya ni, rasa teruja la sebab dalam library ni ada escalator
Dah rasa macam kat shopping complex yang dipenuhi buku-buku dan komputer
Setiap level ada surau dan tandas
Jom tengok gambar yang saya sempat snap :)

Saturday, August 13, 2011

SEINFINITI SYUKUR


Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Alhamdulillah diri masih bernafas hari ini, masuk hari ke 14 Ramadhan.
Fikiran melayang-layang sejak semalam, entah kenapa 
Tulisan ni hanya untuk peringatan diri sendiri yang sering lalai
Lalai dengan pelbagai nikmat yang Allah kurniakan

ALLAH uji orang baik

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



On the way ambil adik di asrama, sorang lagi adik cakap,

" kak, orang baik-baik biasanya banyak ujian kan. tengok abang syafiq tu "
" yup, memang pun. ramai orang baik-baik meninggal awal, sakit la dan apa-apa lagi "
" hurm, macam Catriona Ross tu pun macam tu"
" owh, adik tengok rancangan Ini Kisahku tu ke "
" aah, masa dia accident teruk dulu, doktor cakap peluang nak sembuh tu susah. pastu kalau kawen, susah nak dapat anak. tapi tengok-tengok sembuh je, bila kawen senang dapat anak"
" yeke. ala, tu doktor cakap. semuanya Allah yang tentukan "
" Cat tu cakapla dulu-dulu dia teruk. pergi kelab malam la,enjoy sana-sini"
" tu la, akak rasa sejak dia accident tu Allah kasi hidayah nak berubah. Allah nak tunjuk melalui accident tu "

Thursday, August 11, 2011

searching 'taqwa'

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Menaip sambil ditemani angin yang nyaman dan kelihatan laut yang sungguh tenang. SubhanAllah!

Hidup sebagai muslim ni ibarat sebatang pokok.
Satu soalan penonton dalam rancangan Tanyalah Ustaz bertajuk Perang Badar(Perang Nafsu)  kepada Ustaz Zahazan :

Tuesday, August 9, 2011

hilang

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Mode  :  Sad

Satu rompakan telah berlaku hari ini,

tempat    :   dapur rumah
masa        :   tidak dikenalpasti
kerugian  :   Hiro dan Sachi

Meluap-luap rasa geram hari ini. Masuk dapur ternampak rumah comel milik Hiro dan Sachi terlentang atas lantai, air pun tumpah. 
Hiro dan Sachi takde! Hilang!

Sunday, August 7, 2011

Reminder

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


laut yang tenang

nampak tak matahari yang malu-malu nak munculkan diri tu


Hari ini sungguh nyaman dan tenang. Semalaman hingga pagi ini hujan turun renyai-renyai, rahmat Ilahi.
Alhamdulillah, dia selamat dibedah dan sudah sedar sikit-sikit. Moga dia bertambah pulih sebelum Syawal menjelma. Ameen

Thursday, August 4, 2011

lambatkan, cepatkan ye

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Perkara sunat sepanjang Ramadhan :

Melewatkan sahur
- Haaa, tau tak kenapa sunat kita lewatkan sahur? Mari perah otak jap. Apa yang saya baca, saya dengar hikmah lambatkan sahur ni sebab nak elakkan kita daripada terbabas.
Contohnya kita bangun sahur sahur 4.30 pagi, imsak 5.30 pagi, subuh 5.40 pagi. Sahur la dalam 20 minit. Laa, lambat lagi subuh ni. Sempat lagi tidur jap sebelum subuh. Syok punya syok tidur, bila celik mata je dah terlambat subuh. Lagi parah kalau terlepas terus, ala-ala subuh gajah.
- Dah la lambat subuh, tambah tak elok gak tidur lepas makan. Kalau just makan kurma ok la, tapi kalau makan nasi sepinggan, lepas tu terlentang, cukup sebulan boleh jadi tong dram. Kasi la perut tu rehat dengan sihat dulu sebelum pejam mata lagi.
- Bila lewatkan sahur, masa pun cukup-cukup je habis, lepas tu sedia untuk solat subuh. Kalau ada masa sikit, sempatla nak solat sunat ke, mengaji ke. Kan berkat tu :)

Menyegerakan berbuka
- Belum Maghrib lagi dah siap sedia depan makanan. Bagusla camni kan. Bila azan je, cepat-cepat makan. Kan sunat buat camni. Tambah pulak berbuka dengan kurma. Hoho, berganda-ganda dapat pahala tu. Orang cakap sunat berbuka  cepat ni sebab taknak kita lambat-lambatkan solat. Lepas solat Maghrib tu, kita ada masa sikit nak rehatkan diri, rehatkan perut. Lepas tu kan  nak solat Isyak dan terawih. Sempatla makanan hadam dulu sikit-sikit
- Ada juga yang minum air dan makan kurma dulu, lepas tu solat Maghrib, lepas tu baru makan berat. Ikutla mana-mana pun, asalkan amalan sunat ni kita amalkan sepanjang Ramadhan ni. Benda senang je nak buat, rugi besar kalau tak ambil peluang :)


Banyak lagi amalan sunat yang lain. Tahu, faham dan amal!

Tuesday, August 2, 2011

kuatkan semangat!

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Allahurabbi,
Hari ini hidup tak terurus
Fikiran melayang-layang, kepala pun terawang-awang seharian
Entah ke mana hilangnya semangat sejak semalam
Orang mukmin harus kuat
Tapi diri rasa lemah je kali ni
Terpaksa ambil masa untuk pulih kembali

Mengimbau memori lepas semasa arwah Kak Su yang turut kemalangan, koma dan akhirnya 'pergi'
Tu hanya dalam wad biasa
Ini wad ICU
Allah..alhamdulillah berada kat kampung, bolehla tahu apa yang berlaku
Allah..seminggu lepas dia ada mesej saya, jemput ke kenduri doa selamat kakaknya
Allah..hanya Allah yang tahu perasaan ni

Terima kasih buat semua yang melawatnya di hospital
Saya tahu hari ni pasti ramai kawan-kawan sekolah yang melawat
Biarpun diri tak rapat sangat dengannya, namun musibah itu sangat dirasai
Ada sesuatu yang sebabkan diri jadi begini
Dah lama tak bersihkan mata teruk macam ni

Ya Rabb,
Give me and him strength
To his family and relatives to..Ameen

Semalam sebelum pergi melawat makcik tanya,
" sedih dok dia eksiden "
Hanya mampu tersenyum dan jawab dalam hati sendiri
Masa kat hospital pun mampu lagi tersenyum
Kena control depan orang ramai
Bila balik rumah terus lemah longlai seorang diri

Diri perlu kuat dan sabar!


p/s  : maaf, entri yang hampir sama berkali-kali

Monday, August 1, 2011

ibrah 1 Ramadhan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Hajat di hati nak mencoret pasal benda lain, tapi dah terfikir pula pasal lain setelah diberikan kesempatan olehNYA melawat saudara yang kemalangan malam tadi. Ada kawan cakap, kat tv3 ada berita kemalangan tu jam 1.30 tengahari. Malam nanti bolehla tengok jap lepas solat Maghrib kalau masih ditayangkan.

Pertama kali dalam hidup masuk wad ICU tadi. Sebelum ni tengok kat tv je, takde rasa apa-apa.  Tadi bila masuk, masyaALLAH. Boleh nampak kanak-kanak, warga emas, remaja dan dewasa yang terlantar kaku di atas katil. Wayar yang berselirat sana-sini. Beratur orang kat luar nak masuk melawat. Sebelum ni melawat atuk yang selalu masuk wad biasa pun dah rasa sebak, apa lagi yang wad ICU ni.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More