Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Saturday, December 31, 2011

mahu duit banyak

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


(menaip sambil diiringi muzik yang membingit di kawasan perumahan)

Walaupun internet putus-putus di sini plus mata yang makin kuyu, tetap berusaha mencoret sesuatu di sini. Pelik kenapa hampir menjengah tahun baru, penduduk di sini dimeriahkan dengar pelbagai jenis lagu karaoke. Karaoke maksudnya orang yang menyanyi. Jadi, sangatlah mengganggu orang lain yang sedang tidur. Ok takpe, mungkin sudah menjadi budaya di sini. *tak buat pun takpela*

Thursday, December 29, 2011

memories in 2011

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


2011 bakal pergi. Macam baru semalam je tahun 2011. Memang masa sangat cepat berlalu. Biasalah, setiap tahun semua orang ada azam baru masing-masing. Ada impian tersendiri.
Saya?
Entahla, sudah ingat-ingat lupa akan azam sendiri
Yang ingat hanyalah nak jadi hamba Allah yang lebih baik
Rasa macam tak capai sepenuhnya
Tapi, penentu perubahan tu tak tahulah macam mana nak buat. KPI diri? Siapa nak nilai diri sendiri kalau bukan Allah sendiri kan :)

Wednesday, December 28, 2011

seminggu di selatan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Alhamdulillah, kembali normal kali ini
Ada kesempatan ke Johor, membantu kawan mengumpul data kajian
Membantu sambil menimba pengalaman
Alhamdulillah ;)
Banyak ilmu yang diperoleh di sini
Berjalan sambil memerhati dunia sekeliling, dan membuat tafsiran sendiri

Sunday, December 18, 2011

speechless

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Alhamdulillah
Sudah lama tak luangkan masa sebegini sejak tinggal di sini
Jarang-jarang je buat camni. Ini pun setelah lelapkan diri selama 3 jam dulu
Betullah, kalau ikutkan nafsu memang nak sambung tidur lagi, tapi atas kekuatan diri sendiri sama ada nak terus tidur atau bangun
Samalah macam tidur lepas subuh
Lepas solat, iman akan berperang dengan nafsu
Nafsu akal cakap ' mengantuklah, nak tidur balik lepas ni '
Iman cakap ' tak payah tidur lepas subuh. tak bagus. pagi-pagi rezeki berkat'
Oh yeah, hanya iman yang kuat je mampu kalahkan akal kita
Ok, sebenarnya melencong sikit ni
Tazkirah di pagi hari :)

Friday, December 16, 2011

di sini dan di sana berbeza

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Di sini dan di sana berbeza
Di sini aku lebih bebas, di sana aku lebih terikat
Di sini aku lebih berani, di sana aku agak penakut
Di sini aku boleh ke mana-mana sahaja ikutkan hati, di sana aku kena minta izin dulu


Aku lebih 'ganas' di sini, kerapkali seluar panjang yang dipakai apabila keluar rumah
Di sana, seluar hanyalah apabila berada di rumah
Jika di sini, waktu maghrib pun masih boleh keluar, namun di sana sangatlah tak comel kalau masih di luar rumah masa syaitan berpeleseran
Di sini bila-bila je keluar malam, di sana sangatlah tak keluar malam kecuali hal yang mustahak


Dunia di sini dan di sana memang berbeza
Ada pros & cons masing-masing


Bandar metropolitan VS kampung


Walau di mana pun berada, kita tetap kita
Islam mesti diutamakan
Kuatkan benteng diri agar tak terpengaruh dengan anasir negatif


Jadilah seperti ikan di laut
Walau semasin mana pun air laut itu, ikan tu tetap tawar bila dijual
Garam laut tak dapat menembusi ikan tu


Usah jadi seperti ikan di darat, ikan yang dimasak
Hanya letak 1 sudu garam, sudah mampu memasinkan ikan itu !
Jadilah ikan yang boleh dipengaruhi dengan penambah rasa yang baik-baik sahaja



When we put Allah as priority in everything, we will be protected forever :)


'' Ya muqollibal qulub, thabbit qalbi 'ala diinik ''
(Ya Allah yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku atas agama-Mu)


'' Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba’da’iz hadaitanaa wahablanaa milladun karahmah innaka antal wahhaab ''
(Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami, dan kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; kerana Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)


Aameen

Monday, December 12, 2011

cukai, cukai, cukai

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Kalau korang la kan, korang setuju tak kerajaan kenakan 'fat tax' = cukai lemak ?
Yelah, sekarang ni pun dah banyak cukai kena bayar. Road tax, service charge tax, government tax bila beli makanan kat certain restaurant dan lain-lain
Tetiba je nak fat tax pulak?
Kaya la kerajaan macam tu, asyik dapat duit rakyat je

Sunday, December 11, 2011

hot topic

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Semoga berjaya buat semua debaters 4th year nutrition
Semoga semuanya lancar esok
Sesiapa yang free, silalah datang ke dewan kuliah TIBE jam 2 petang

" This House Will Tax Fatty Foods "

Interesting topic that need to be discussed tomorrow
Bukan esok je, sampai bila-bila pun
Sebab Malaysia dah jadi johan obesiti kat Asia



Contents debate akan diupdate next time jika berkelapangan :)

Saturday, December 10, 2011

kek VS manusia

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Sedang berbahagia di sini
Terasa seolah-olah sudah berada di syurga :)


Hari ini merajinkan diri cuba sesuatu yang baru
Guna resipi baru daripada internet
Namun sayangnya, kurang menjadi mengikut citarasa
Kerana buat-buat pandai
Tak ikut betul-betul sukatannya
Saya kurangkan sukatan minyak, kononya nak kurangkan berminyak kek tu
Alih-alih terkering la pulak
Dah tak boleh panggil kek coklat moist


Lalu, saya terfikir satu analogi selepas itu
Kek ini kurang sedap sebab kurang sukatan bahan
Begitulah dengan manusia
Jika kurang iman, amal dll, manusia tu juga kurang sedap
Kek akan kurang sedap di mulut manusia
Tapi manusia pula akan kurang sedap di mata Allah
Allahuakbar!


Cara nak tambahkan kesedapan kek ini ialah dengan topping coklat




Yes, rasanya lebih baik
Begitulah dengan kita sebagai hamba Allah
Andai masih kurang sedap diri ini
Perlulah  topup iman, topup amal, topup akhlak
To be a better person :)


Dunia kini tanpa sempadan
Boleh topup diri ikut macam-macam cara dan kaedah
Semuanya bergantung kepada kita sama ada nak yang baik atau tidak
Kata Ustaz Pahrol, jika seseorang itu inginkan kebaikan pada dirinya, Allah akan tunjukkan jalan padanya
Jika seseorang itu cintakan majlis ilmu, Allah pasti sentiasa buka hatinya untuk mencari di mana-mana majlis ilmu
Sebab itu untuk mendapat hidayah, kita perlu berusaha
Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang
Jika tiada usaha, masakan hidayah datang
Jom mohon hidayah dan taufik sentiasa bersama kita =)






- masa berhibernasi hampir ke penghujungnya
- bersabar dan terus bertahan hingga ke akhirnya! 


Sunday, December 4, 2011

khas untuk wan, ateh, usu & tokki ^^

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk menjaga si kecil ini



Hafiy sebelum hari raya haji :)

Ni the latest Hafiy -4 Disember 2011  (agak-agak 3 bulan setengah) 








posing kacak bergaya masa tidur

Duhai Ateh,
gambar masa tidur je ada. masa celik mata bulat tak ambil pula
Perkembangan terkini, Hafiy dah boleh meniarap dan angkat kepala dengan tingginya, dan berusaha melonjak-lonjak kakinya pula
dan dah boleh respons sikit bila panggil namanya. bila tegur, dia akan senyum dan bercakap dengan bahasanya sendiri:)
He had good motor skill development
Ops, gambar Hafiy meniarap pun takde
Nanti Hafiy balik kampung, silalah ambil gambar banyak-banyak
Berat terkini 5 kg ++ (memang berat pun, rasa lenguh tangan duk dukung si kecil ni semalam sebab asyik nangis je)

Hafiy dah ada kesan tinggalan chicken pox kat seluruh badan
kecik-kecik dah kena
So, Usu dan kakak pun kena bersiap sedia untuk merasai kesedapannya nanti ^^

p/s : siapa nak anak berkembang dengan baik, sila amalkan breastfeeding ya. guna botol susu pun, sila letak breastmilk juga .Dah ada bukti depan mata pembebel blog ini =D

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More