Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Saturday, December 4, 2010

kerana makan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Salam 'alaik buat semua. Alhamdulillah masih ada peluang mengisi blog ini, ditemani suasana yg sejuk sepanjang hari. Bila hujung tahun, hujan mula mencurah-curah dengan laju. Lebih 24 jam dah ni hujan tak berhenti lagi, matahari pun mesti sembunyi ni. Hujan rahmat daripada Ilahi.

Alhamdulillah, minggu lepas diri dapat berprogram dengan kawan-kawan. Program pemakanan sihat untuk golongan dewasa awal & pertengahan. Ada gak la beberapa dewasa akhir yg hadir. Buat program kat Kg. Baru je. Sambutan taklah menggalakkan sangat, ade la dalam 50 orang lebih yang hadir, tapi tu pun dah puaskan hati kami asalkan mereka yg hadir mendapat mesej yg kami sampaikan dan rasa bermanfaat dgn aktiviti yg diadakan.


Bila berhubung dgn masyarakat luar, macam-macam gaya orang boleh kita perhatikan. Diri sempat berada di meja pendaftaran dan beramah mesra dgn makcik pakcik di sana. Ada yg jenis friendly, cakap terbuka je dgn kami, ada yg serius je, tak berani nak buka mulut, ada yg siap melawak lagi tu.  Baru je daftar, ade yg dah cerita gaya makan masing-masing.
Tujuan program kami ni sebenarnya nak perkenalkan piramid makanan Malaysia yg terbaru. Ini dia :-

Friday, November 26, 2010

sweet birthday

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Salam'alaik semua.
Ok, hari ni dah 26nov.. dah lepas tarikh 24 nov

24nov >>> selamat hari lahir @ happy bitrhday @ sannah helwah @ 'eidun sa'iidin milaadin
to my ukhti
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudah segala-galanya.

Sape nak kenal my ukhti ni, boleh tengok kat buku ni :


Yang belum baca, silalah beli..
takpun lawat kat sini
InsyaAllah nanti akan keluar novel seterusnya, dgn partner yg sama tapi tak tahula bila
Nantikan kemunculannya..

Tuesday, November 23, 2010

mardhatillah

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



 Salam'alaik buat semua. Moga sentiasa di bawah rahmatNYA.


Scene 1

A   :   baju ni RMXXX tau sehelai. terkejut dengar.  buat apela beli baju mahal- 
          mahal, bukan tutup aurat pun
B    :  tula, bukan tutup aurat, tutup urat je
A   :   hidup atas dunia ni senang-lenang la semua. nak itu dapat, nak ini dapat
B   :   kesian betol tengok..kita plak yg malu tengok, bukan orang yg pakai tu,   
          tak  rase pape kot..


Scene 2

adik   :  akak, dia semayang tak pakai tudung
saya  :  oh, yeke ( sambil fikir, ape maksud adikku ni..tak pakai tudung masa semayang ke? )

saya pun cuba tengok orang yg dimaksudkan. mksud adik, dia solat tapi tak pakai tudung. adik tertinggal perkataan tapi. diri hanya membatu sambil melihat si anak kecil, permata hati wanita tersebut. dlm hati berdoa agar suatu hari dia berubah.

Friday, November 12, 2010

terbaik!

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Salam.
Alhamdulillah, exam dah habis. Kolej dah sunyi, dah ramai orang balik.
Tinggal mereka yg masih ada kerja yg perlu setel. Sehari sebelum raya haji baru balik.
Berkorban apa saje, yang penting misi terlaksana.

Semalam tengok berita, keputusan exam UPSR.
Nampaknya tahun ni negeri penyu tu lagi yg terbaik. Tahun ke-10 dapat pencapaian terbaik. Mulai tahun 2001 sampai 2010. 
Alhamdulillah, berkat usaha semua guru dan pelajar, tulah hasilnya.
Sekolah mak ada 8 orang dapat 5A..ada peningkatan
Hopefully, adik salah sorang yg cemerlang 2 tahun lagi

I'm proud to be there..
Biarpun setiap kali nak cuti raya, kena fikir bila nak beli tiket, kena beli tiket pergi dan balik awal-awal, tempat tu tetap dlm hati selamanya.
Jauh di mata, tapi sentiasa dekat di hati..
Belajar menjauhi, mana tahu nanti suatu masa rezeki dapat berkhidmat di negeri sendiri. Mungkinkah? Hanya Allah yang tahu..

Saturday, November 6, 2010

otak + akal

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam walhamdulillah masih diberi ruang bernafas hari ni.



Tertarik dgn entri sorang senior,so nak coret something kat sini
Sekarang sume sibuk study,stay up malam2,coffee jd bekalan,buku tunggang-langgang,hati pun tak keruan..hanya sebab imtihan
Ikutkan hati memang sume orang rase malas nak exam,tp mungkin ade je yg suke exam =)
Bila kita ingat balik,sejak kita kat tadika,pra-sekolah,sekolah rendah,sekolah menengah,pastu masuk matrik/asasi/politeknik/kolej komuniti/universiti..dan ape2 lagi,kita memang takleh larikan diri drpd exam. Exam dh jd macam darah daging kan.Belajar banyak2,pastu muntahkan balik ape yg kita belajar. 

Tuesday, November 2, 2010

dia dah besar^^

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam.
Alhamdulillah, imtihan masih berbaki 1 paper sebelum bercuti. Buat sahabat-sahabat yg sedang exam atau akan exam, selamat exam dan all the best!

Post ni khas utk auntie ila,sbb auntie ila nak tengok pics irah. Maaf ye,gambar latest takde..
boleh jadi model iklan gigi tak?^^

ngantuknye...

hepi terlajak kot ni =)


                                                 ni gambar mase raye kat rumah wan..best^_^


Ni jela gambar2 irah ye auntie ila. nanti upload lg gambar2 terbaru

Friday, October 22, 2010

di mana islamnya

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya








Salam.
Alhamdulillah, masih diberikan peluang utk bernafas pd hari ini.
Bila melihat media massa, sana-sini heboh tentang isu festival fesyen islam itu. Sesiapa yg alert dgn isu semasa, pasti dah habis korek pasal ni semua.
Fesyen islamik, tetapi mana islamnya di situ. Perlu ke fesyen islam tu dipamer-pamerkan? untuk apa? utk beritahu kat semua orang inilah gaya islamik yang sesuai, yang bagus, yang elegan dll..nak tunjuk bahawa islam tu fleksibel, walaupun islam namun ia tiada kongkongan, tiada halangan utk berfesyen..walaupun bertudung, tetap boleh berpenampilan anggun..mampu buka dan celikkan mata mereka yg tidak dapat nikmat islam tu bahawa inilah islam sebenarnya, islam itu mudah dan tak membebankan.

Wednesday, October 20, 2010

nun di sana

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya






Some part of this song,

'' betulkan niat dari sekarang
tukar sikap kita yang merugikan
Quran dan sunnah jadi panduan
agar besok kita tidak kekesalan

biar susah sedikit kerana Tuhan
untuk menghindar kesusahan yang besar
yang tidak sanggup ditanggung badan
ambillah iktibar kalau mahu sedar ''

 

Tak silap lagu ni daripada Nadamurni. even dah lama, liriknya punya maksud yg tersendiri
Google la sendiri ye nak tahu full lyric. Sy tak jumpe liriknya.



Wallahu'alam.


Sunday, October 10, 2010

khas-adik

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



'' adik, kenapa perangai adik ni teruk sangat hah?, tanya saya suatu hari.
adik diam je, tak kata pape...
Dulu hujung nama adik Kaiyisah. Sebelum adik lahir, mak mintak kami sama-sama cari nama kat depan. Kaiyisah tu memang mak dah berkenan. Habis semua buku nama-nama Islam kami belek.
" mak, Hasnaa' ni pun ok..jadi Hasnaa' Kaiyisah'', cadang saya
''oh, tak naklah mak. sama nama dgn cikgu sekolah '' ( hampir sama je )
''haa, dah jumpa. Nayli..Nayli Kaiyisah". Akhirnya mak juga yg jumpa..Kami semua setuju!

Adik tau tak, dalam ramai2 adik paling untung. Sejak umur 1 tahun sampai 9 tahun, adik dpt kek birthday setiap tahun. Untung sebab mase birthday adik semua ada kat rumah, time cuti sekolah.

Friday, October 1, 2010

kekal & tingkatkan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam.
Alhamdulillah, kini dah masuk hari ke-23 Syawal. Beberapa hari lagi Syawal pula akan tinggalkan kita.
Majlis-majlis rumah terbuka masih ada di sana-sini, tak kira di bandar atau desa. Semangat Syawal masih menebal dalam diri, namun tiada salahnya kan, waktu perayaan camnilah boleh berkumpul sanak-saudara, bertemu sahabat handai. Memberi orang makan itu pasti ada ganjaran yang menanti, dengan syarat majlis itu mestilah mengikut kehendak syariat. Jangan kerana terlalu sibuk melayan tetamu, kita hanya sempat solat beberapa minit sebelum tiba waktu solat seterusnya, atau pun lebih sedih apabila terlepas terus waktu solat tu. Hanya dapat yang dunia, yang akhirat terlepas macam tu je. Tiada indahnya buat begitu andai hak Alllah tidak dilunaskan dahulu. Moga kita tidak tergolong dalam lingkungan ini.

Sebenarnya diri tak tahu nak tulis apa kat sini, hanya tahu apa yang terlintas dalam kepala ni. Teringat pada kata-kata seorang sahabat,

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More