Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Tuesday, August 9, 2011

hilang

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Mode  :  Sad

Satu rompakan telah berlaku hari ini,

tempat    :   dapur rumah
masa        :   tidak dikenalpasti
kerugian  :   Hiro dan Sachi

Meluap-luap rasa geram hari ini. Masuk dapur ternampak rumah comel milik Hiro dan Sachi terlentang atas lantai, air pun tumpah. 
Hiro dan Sachi takde! Hilang!

Sunday, August 7, 2011

Reminder

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


laut yang tenang

nampak tak matahari yang malu-malu nak munculkan diri tu


Hari ini sungguh nyaman dan tenang. Semalaman hingga pagi ini hujan turun renyai-renyai, rahmat Ilahi.
Alhamdulillah, dia selamat dibedah dan sudah sedar sikit-sikit. Moga dia bertambah pulih sebelum Syawal menjelma. Ameen

Thursday, August 4, 2011

lambatkan, cepatkan ye

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Perkara sunat sepanjang Ramadhan :

Melewatkan sahur
- Haaa, tau tak kenapa sunat kita lewatkan sahur? Mari perah otak jap. Apa yang saya baca, saya dengar hikmah lambatkan sahur ni sebab nak elakkan kita daripada terbabas.
Contohnya kita bangun sahur sahur 4.30 pagi, imsak 5.30 pagi, subuh 5.40 pagi. Sahur la dalam 20 minit. Laa, lambat lagi subuh ni. Sempat lagi tidur jap sebelum subuh. Syok punya syok tidur, bila celik mata je dah terlambat subuh. Lagi parah kalau terlepas terus, ala-ala subuh gajah.
- Dah la lambat subuh, tambah tak elok gak tidur lepas makan. Kalau just makan kurma ok la, tapi kalau makan nasi sepinggan, lepas tu terlentang, cukup sebulan boleh jadi tong dram. Kasi la perut tu rehat dengan sihat dulu sebelum pejam mata lagi.
- Bila lewatkan sahur, masa pun cukup-cukup je habis, lepas tu sedia untuk solat subuh. Kalau ada masa sikit, sempatla nak solat sunat ke, mengaji ke. Kan berkat tu :)

Menyegerakan berbuka
- Belum Maghrib lagi dah siap sedia depan makanan. Bagusla camni kan. Bila azan je, cepat-cepat makan. Kan sunat buat camni. Tambah pulak berbuka dengan kurma. Hoho, berganda-ganda dapat pahala tu. Orang cakap sunat berbuka  cepat ni sebab taknak kita lambat-lambatkan solat. Lepas solat Maghrib tu, kita ada masa sikit nak rehatkan diri, rehatkan perut. Lepas tu kan  nak solat Isyak dan terawih. Sempatla makanan hadam dulu sikit-sikit
- Ada juga yang minum air dan makan kurma dulu, lepas tu solat Maghrib, lepas tu baru makan berat. Ikutla mana-mana pun, asalkan amalan sunat ni kita amalkan sepanjang Ramadhan ni. Benda senang je nak buat, rugi besar kalau tak ambil peluang :)


Banyak lagi amalan sunat yang lain. Tahu, faham dan amal!

Tuesday, August 2, 2011

kuatkan semangat!

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Allahurabbi,
Hari ini hidup tak terurus
Fikiran melayang-layang, kepala pun terawang-awang seharian
Entah ke mana hilangnya semangat sejak semalam
Orang mukmin harus kuat
Tapi diri rasa lemah je kali ni
Terpaksa ambil masa untuk pulih kembali

Mengimbau memori lepas semasa arwah Kak Su yang turut kemalangan, koma dan akhirnya 'pergi'
Tu hanya dalam wad biasa
Ini wad ICU
Allah..alhamdulillah berada kat kampung, bolehla tahu apa yang berlaku
Allah..seminggu lepas dia ada mesej saya, jemput ke kenduri doa selamat kakaknya
Allah..hanya Allah yang tahu perasaan ni

Terima kasih buat semua yang melawatnya di hospital
Saya tahu hari ni pasti ramai kawan-kawan sekolah yang melawat
Biarpun diri tak rapat sangat dengannya, namun musibah itu sangat dirasai
Ada sesuatu yang sebabkan diri jadi begini
Dah lama tak bersihkan mata teruk macam ni

Ya Rabb,
Give me and him strength
To his family and relatives to..Ameen

Semalam sebelum pergi melawat makcik tanya,
" sedih dok dia eksiden "
Hanya mampu tersenyum dan jawab dalam hati sendiri
Masa kat hospital pun mampu lagi tersenyum
Kena control depan orang ramai
Bila balik rumah terus lemah longlai seorang diri

Diri perlu kuat dan sabar!


p/s  : maaf, entri yang hampir sama berkali-kali

Monday, August 1, 2011

ibrah 1 Ramadhan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




Hajat di hati nak mencoret pasal benda lain, tapi dah terfikir pula pasal lain setelah diberikan kesempatan olehNYA melawat saudara yang kemalangan malam tadi. Ada kawan cakap, kat tv3 ada berita kemalangan tu jam 1.30 tengahari. Malam nanti bolehla tengok jap lepas solat Maghrib kalau masih ditayangkan.

Pertama kali dalam hidup masuk wad ICU tadi. Sebelum ni tengok kat tv je, takde rasa apa-apa.  Tadi bila masuk, masyaALLAH. Boleh nampak kanak-kanak, warga emas, remaja dan dewasa yang terlantar kaku di atas katil. Wayar yang berselirat sana-sini. Beratur orang kat luar nak masuk melawat. Sebelum ni melawat atuk yang selalu masuk wad biasa pun dah rasa sebak, apa lagi yang wad ICU ni.

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan, Permata, Ujian

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Hamdanlillah,
Terasa seperti baru je puasa tahun lepas, kali ni Ramadhan muncul kembali
Alhamdulillah, diri masih dipanjangkan umur bertemu bulan mulia ini
Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan kepada diri untuk menampung kelompongan diri yang ada 
Alhamdulillah, aturan hidup berlalu baik sehari-hari
Alhamdulillah, diri kini berada di kampung sebulan, tibanya masa untuk menginfakkan diri buat mak ayah, keluarga tercinta :)

Wednesday, July 20, 2011

panas ke?

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Alhamdulillah, alhamdulillah,alhamdulillah...
Diri masih dipanjangkan umur dan dapat nikmat sihat hingga hari ini
Alhamdulillah sebab tetiba boleh masuk blog cikai ni. ambil masa membebel lagi hari ini 

Semalam buka periuk nasi, nak ambil senduk kat dalam. masa tu panaskan nasi semula
Aduh, punyalah panas senduk tu, terus campak kat dalam sink
Baru je panas haba periuk nasi
Camne la panas kat 'sana' nanti
Kena satu percikan api masa menggoreng pun dah terjerit-jerit, melompat-lompat

Monday, July 18, 2011

lidah itu tajam

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Isu BERSIH masih belum berakhir. Biarkan, biarkan.

hurm, asyik-asyik isu sama je kat tv ni..bosan!


Al-Faatihah buat Almarhumah Dr. Lo'lo Mohd Ghazali yang telah kembali ke rahmatullah pada 17 Julai lepas. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, dan darah perjuangannya akan terus mengalir dalam diri srikandi srikanda sekalian.

Setiap hari hidup kita ni perlu berkata-kata, perlu bercakap. dan itulah ia, kata-kata ibarat pedang, yang tajamnya bisa membunuh lawan (lirik Bicara Kata). Boleh jadi kita dapat pahala, boleh jadi kita dapat dosa dengan kata-kata. Memang susah nak jaga lidah dan mulut sendiri, sebab kadang-kadang kita tak sengaja pun nak cakap macam tu. Tak pasal-pasal orang lain kecil hati dengan kita.

Saturday, July 9, 2011

negaraku oh negaraku

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Minggu ini Malaysia  huru-hara. Huru-hara di bandaraya. Perjalanan biasa hanya setengah jam bertukar jadi satu jam setengah. Rosak tugas orang seharian yang nak masuk kerja dan ada urusan masing-masing. Sungguh 'seronok' menjadi sardin dan tersiput-siput di atas jalan raya. Empat lorong bertukar menjadi satu lorong. Kalau masa road block tu ada kecemasan macam mana? Jalan dah la selalu sesak kat KL ni, tapi bertambah sesak bila ada road block. Nak masuk highway dah ada satu roadblock. Punyalah lega dah lepas, tengok-tengok ada lagi satu nak masuk KL. Aiyoo, ni mendahulukan rakyat atau menyusahkan rakyat? Bolehla fikir sendiri ye siapa yang buat bandar metropolitan ni kacau-bilau.

Tuesday, July 5, 2011

mereka tidak stress macam kita

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




< copy artikel di sini >

Pernahkah kita terfikir, kenapa orang gila selalu sihat? Tidak pernah kita melihat ada orang gila berguling di tepi jalan sakit batu karang,terhenjut-henjut kaki kena gout, minum ubat batuk, memakai koyok atau bahkan sakit gigi sekalipun.
Jawapannya adalah KERANA MEREKA TIDAK PERNAH STRESS !!!
Orang gila tidak pernah sakit kerana mereka tidak pernah stress. Mereka tidak pernah berfikir macam-macam. Makanan apa pun mereka makan. Tidak seperti kita. Sudah ada ayam goreng, masih mencari sate kambing. Sudah ada nasi lemak, masih mencari pizza, hotdog, dan lain sebagainya. Sedangkan orang gila tidak pernah minta makanan yang bermacam-macam. Makanan apapun asal namanya makanan tetap mereka makan. Malah nasi basi pun mereka makan, burger 2 hari pun OK lagi bak kata Nabil.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More