Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Wednesday, May 19, 2010

sebelum akhirat

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Cerita di bawah di ambil di sini
Assalamualaikum...

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan,
aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu
dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat.
Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya
telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu,
" Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Cerita di atas agak sinonim dengan drama Sebelum Akhirat yang ditayangkan dalam slot cerekarama.

Sunday, May 16, 2010

mereka untuk kita

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam buat semua.
Pertama-tamanya, syukur alhamdulillah masih diberikan nafas untuk hidup di bumi Allah ini. Juga nikmat terbesar di dalam hidup,iaitu Iman dan Islam. Walaupun agak terlambat, saya ucapkan SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT HARI GURU buat semua ibu dan guru di dunia ini, terutamanya ibu saya dan guru-guru saya. Tanpa mereka,siapalah diri ini.

Cerita 1

" tengoklah ni, seksanya tok "
Dia seorang ibu, juga seorang nenek. Dulu segalanya dia mampu buat dengan kudrat yang ada. Kini, dia hilang kemampuan itu. Hampir  6 tahun nikmat yang Allah kurniakan itu ditarik balik. Dia masih mampu berdiri,namun memerlukan sokongan seperti meja atau tongkat. Dia sudah tidak mampu berdiri dengan kaki sendiri. Kaki menjadi lemah kerana lutut yang lemah. Dek kerana itu,solatnya dalam keadaan duduk.

Dulu-dulu, dia yang jaga saya, dia jaga kakak saya. Dia jaga makan minum saya semasa saya ditinggalkan kepadanya hampir dua bulan.Dia juga menjaga ibu saya semasa adik dilahirkan. Kesihatan yang baik waktu itu membolehkannya berkhidmat kepada kami. Kami bertiga adalah cucu yang pertama,kedua dan ketiga dilahirkan, maka kami sempat merasa hasil tangannya menjaga kami.

Dia sentiasa menceritakan kisah kami sewaktu kecil. Dia masih ingat semuanya. Katanya, saya manja masa kecil. Manja dengannya, mungkin kerana tinggal bersama dengannya agak lama. Hubungan itu menjadi erat dan rapat. Apabila diceritakan, saya hanya mampu tersenyum kerana itu semua tak mampu saya ingat, lupa kerenah sewaktu kanak-kanak.Lucu juga apabila tahu. Adik pula bukan main perli-memerli.

Katanya lagi, saya punyai ramai pengasuh. Selalu bertukar orang. Sampai kini, hanya seorang pengasuh yang saya ingat sebab tinggal sekampung. Pengasuh lain dah tak pernah jumpa apabila makin membesar. Sungguh ramai yang berbudi dan berbakti kepada saya. Apa yang mampu saya buat ialah mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan di akhirat.

Dia selalu menghulurkan duit kepada saya setiap kali saya bertemu dengannya. Duit untuk perbelanjaan harian di tempat belajar. Kadang-kadang rasa segan itu ada, tapi rezeki tak boleh ditolak. Duit yang ada digunakan dengan sebaik-baiknya. Bukan saya sahaja, malah cucu-cucu lain juga dihulurkan duit. Apabila hari raya, semua cucu dapat duit raya walaupun sudah bekerja. Dah besar panjang pun dapat duit lagi ^_^

Kini, tiba masa saya untuk menjaga. Disebabkan pasangannya telah menemui Ilahi hampir 5 tahun yang lalu, dia tinggal bersendirian. Kami yang tinggal dekat ini bergilir-gilir menemaninya setiap malam. Kini, dia tinggal di rumah anaknya, merangkap bapa dan ibu saudara saya. Kadang-kadang dia tinggal di rumah kami.
Tiba masa untuk saya pula menjaganya, berbakti kepadanya. Walaupun apa yang dibuat hanyalah perkara remeh, saya rasa bersyukur kerana diberi kesempatan melakukannya, sebagai balasan kepadanya yang menjaga saya dulu-dulu.

Kata orang, jika kita berbuat baik kepada orang lain, kelak kita akan mendapat kebaikan.
Kata orang lagi, jika seorang anak berbuat baik kepada ibu bapanya, kelak anak-anaknya akan berbuat baik kepadanya.

Wednesday, May 5, 2010

perang pemikiran

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam. 
Saya ada terjumpa artikel ini di blog junior kat sekolah dulu. Mohon copy ye dik, untuk dikongsi bersama.




Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

Tuesday, May 4, 2010

maafkan diriku

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Ku hanya insan biasa. Yang bisa melakukan kesilapan pada bila-bila masa
Kini ku lebih kuat jiwa,hati dan perasaan.Tidakku mahu menjadi seperti dahulu. Pasti TIDAK!
Walaupun kadang-kadang ku teringatkannya, ku tahu ia takkan melemahkanku.
Aku kadang-kadang ragu-ragu, adakah ia kerana silapku? Khilafku sendiri sebagai hambaNYA yang hina
Aku meninggalkan atau aku ditinggalkan?
Wajarkah aku bertindak sedemikian? Patutkah aku yang mana seharusnya aku di sampingnya..tetapi keadaan itu agak menyukarkan aku bertindak sebegitu
Ku biarkan ia berlalu dan terus berlalu
Tiada tindakan yang mampu ku lakukan. Hingga aku gelarkan diri ini sudah ' give up'
Ku cuba lapangkan dada, damaikan jiwa,berbaik sangka
Tidak ku mahu titik hitam bertapak di kalbu. Seboleh mungkin aku melawannya..
Dulu pasti ada sahaja persoalan pabila kami'bertemu. Aku memberi respon dengan seadanya selagi aku mampu
Semakin ia berlalu begitu, aku tidak lagi disoal begitu, kerana mereka telah memahamiku.
Cuma jarang-jarang sahaja aku masih perlu berhadapan dengan hal yang sama.Apabila ditanya, jawapanku ringkas sahaja, " tak tahu ", walaupun peritnya rasa di dalam hati.
Cukup berat bagiku suatu tika dahulu, kerana hal itu mengubah perasaanku ke arah yang tidak sepatutnya

Thursday, April 29, 2010

kawan,rakan,sahabat

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya




 Selamat pagi buat semua.
Alhamdulillah, pentas imtihan sudah berakhir dengan jayanya. 
Buat semua sahabat-sahabat yang masih bertarung di medan exam, teruskan usaha kalian.
Buat sahabat-sahabat yang sudah habis exam, selamat bercuti. Moga cuti kali ini lebih bermanfaat.
Buat sahabat-sahabat yang perlu mengorbankan masa cuti yang  panjang demi praktikal @ LI, selamat menjalankan praktikal.

Beberapa minggu lepas, saya terdengar lagu ini di nasyidfm. Pertama kali mendengar, terus jatuh hati.
Terus tanya moderator di ruang chat IRC,apa tajuk lagu ni dan siapa penasyidnya. Berkali-kali download namun masih tak berjaya. Jadi, carilah video kat youtube ni dan terus post kat sini.

Thursday, April 22, 2010

sayangNYA pada kita

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan
berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU
atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu
hari ini atau kelmarin ......

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja .......
AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk .........
Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama lima belas menit tanpa melakukan apapun.
Kemudian AKU Melihat engkau menggeerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan
berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan menghubungi
seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.

Wednesday, April 14, 2010

pildacil

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya

Rancangan ini telah saya tengok bersama-sama sahabat dua tahun lepas. Pildacil, pertandingan pidato agama di Indonesia, mencungkil bakat adik-adik kecil yang punya bakat yang tinggi. Banyak input yang diperoleh selepas mendengarnya. Betapa indah jika anak-anak dididik sebegini, bukanlah menyertai program yang merapu tidak tentu hala. Terasa ingin menonton rancangan Adik-Adikku di tv1 tapi dah lepas. Teruskanlah usaha sebegitu di negara tercinta kita ni. Jom tengok video ni. Semoga bermanfaat!

ADIK NADIA



ADIK BUNGA

nak jadi cikgu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Alhamdulillah diri masih diberi kesempatan menulis sesuatu di sini, walaupun nikmat sihat ditarik sekejap di kala semua orang menghadapi fasa peperiksaan akhir. Bersyukurlah jika kita sihat semasa musim exam, fokus sepenuhnya terhadap setiap subjek yang diambil. Bersyukurlah juga jika kita tidak sihat, malah muhasabahlah diri andai nikmat sihat itu hilang seketika. Tidak bermakna kita tidak mampu belajar apabila badan lemah tidak berdaya. Usahalah sedaya yang mungkin dan fokus seboleh yang mungkin. Manalah tahu andai nikmat sihat yang ditarik diganti dengan hasil yang menyenangkan hati nanti. Bersangka baiklah sentiasa terhadapNYA. Perancangan Allah mengatasi segala-galanya.

Thursday, April 1, 2010

imtihan

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya






Monday, March 29, 2010

nilai kian pudar

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Seinfiniti kesyukuran kerna masih diberikan ruang untuk bernafas di muka bumi ini. Sebelum final exam, dua lagi dinner yang perlu pergi.Satu bayar agak mahal, satu lagi free of charge. Tahun lepas tak pergi dua-dua tu, tahun ni diberi kesempatan untuk menghadirinya.

Buat pimpinan PERMATA sesi lepas dan sesi baru, mohon maaf sebab diri tak dapat beri komitmen sepenuhnya dengan program-program yang dianjurkan disebabkan kekangan masa dan tempat. Beginilah jadinya bila terpisah dengan induk. Meeting pun tak pernah datang. Kalaulah reti drive dan ada kereta, bolehlah pecut jumpa sahabat-sahabat sekalian. Saya cuba buat apa yang terdaya. Maaf jika menyusahkan sesiapa, padahal memang selalu menyusahkan. Harap dapat join dinner nanti, nak tahu siapa pimpinan baru. SAYANG PERMATA, SAYANG GANU KITE ^_^

Habis melayang duit semata-mata dinner jabatan. Anyway, it's ok. Ingin mencari pengalaman merasainya walaupun tak tahulah bagaimana keadaannya nanti. Janganlah jadi macam dinner kolej, yang tak rasa macam pergi dinner. Maaf, terpaksa berkata jujur. Tapi tahniah kepada semua kawan-kawan yang bekerja keras untuk dinner kolej kali ni. OK atau tidak, ikut pandangan masing-masing. Perbaiki yang buruk, tingkatkan yang elok. Dah melencong pulak ni. Bagi kawan-kawan yang bekerja gigih untuk dinner JPD, hope pada hari kejadian,semuanya berjalan baik dan terima kasih atas usaha kalian. Semoga semuanya dimudahkanNYA.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More