Mulakan hari dengan senyuman :) .

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNYA.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Tuesday, February 22, 2011

betul ke apa saya buat ni?

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Assalamualaikum w.b.t
Entah kenapa weekend baru-baru ni sy buat benda yang tak dirancang. without thinking,
without planning. dan memang keadaan camni penah terjadi kat diri kita kan. tapi selepas sy fikir dan fikir, mungkin ni ruang yg Allah nak kasi dan bila fikir lagi, rase mcm syukur sangat. syukur ade peluang rasa benda yang tak penah kita fikir kita nak benda tu,tetiba je datang peluang depan mata. oh, itu bukan untuk jangka masa pendek. yg utama utk jangka masa panjang. sy perlu rancang dari awal. slow-slow dan step by step. mungkin ia agak tersasar drpd ape yg sy buat sekarang, tapi sy teruskan fikir lagi. fikir gak sebab sedikit sebanyak benda tu ade kaitan jugak la walaupun bukan 100%.

Wednesday, February 16, 2011

asyik-asyik politik.huh!

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya





Entri seterusnya, membicarakan suatu perkataan yang mungkin sesetengahnya tidak mahu diambil peduli oleh sesetengah orang..POLITIK..maa ma’na politik? POLITIK = SIASAH
Perkataan ini berasal daripada bahasa arab,
saasa = yasusu = siasah                 ataupun                    dabbara =  yudabbiru = tadbira
Ada yang berfikiran bahawa bila sebut politik, pasti dikaitkan dengan parti-parti. Parti itu dan parti ini. Politik kotor, politik itu dan politik ini. Macam-macam pendapat yang boleh didengari. Jika itu yang kita fikirkan, maka salahlah kefahaman kita.

Monday, February 14, 2011

datang dan pergi

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Assalamualaikumw.b.t. Hari ni 12 Rabiulawwal, hari kelahiran Rasulullah S.A.W yang tercinta.

" Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad.Wahai orang-orang yang beriman!Berselawatlah dan mengucap salamlah ke atasnya dengan sesungguh-sungguhnya"

Betapa banyak ganjaran yg akan diperoleh jika kita sering berselawat ke atas Baginda. Bukan hanya bila tiba Maulidur Rasul, semasa berarak membawa kain rentang masing-masing je atau semasa dalam solat je. Moga amalan berselawat ni selalu lekat di dalam hati dan mulut kita. dan berselawatlah sekurang-kurangnya 10x pagi dan 10x petang pd setiap hari.

Saturday, February 12, 2011

wujudkah hari itu

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya





Salam'alaikum buat semua. 
Kini rata-rata terpengaruh dengan dunia sekeliling yang makin mengganas. Hampir 14feb, pastinya si lelaki dan si perempuan merancang macam-macam untuk tahun ni. Tarikh itu tetap diingati, kata orang hari kekasih. Entah apa maksudnya. Diri tak mahu mengulas panjang kenapa kita sebagai muslim tak boleh meraikan hari itu, malah menyanjunginya. Kalian boleh mecari info-info di mana-mana kerna dunia kan tanpa sempadan. Carilah sebanyak mana maklumat yang boleh, jika masih musykil dan inginkan kefahaman, rujuklah mana-mana yang faqih dlm agama.

Wednesday, February 9, 2011

biar susah dulu,janji senang kemudian

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam.
Alhamdulillah masih dikurniakan dua nikmat terbesar itu. Tetap alhamdulillah biarpun masih ada bakteria yg tak serik-serik bertenggek dalam tekak ni. Hampir 2 bulan berlarutan. Bersyukur dengan segalanya.

Diri gusar dengan keadaan sekeliling. Kat mana-mana pun berada. Gusar dengan hamba-hambaNYA yang makin hanyut,termasuk diri sendiri. Apa yang boleh saya buat melainkan doa yang tak putus-putus untuk mereka. Apabila meneliti ayat-ayat Allah pada pengakhiran juzuk, kebanyakannya berkisar tentang hari kiamat, janji Allah pada kita. Hutomah..haamiyah..semuanya mengingatkan diri bahawa janji Allah pasti berlaku. 

Thursday, February 3, 2011

comel lote

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Salam'alaikum semua. SELAMAT TAHUN BARU CINA untuk semua kaum Cina kat dunia ni, terutamanya ex-roomateku Zhi Ling dan jiran bilikku, Ann Gel, juga rakan2 sekelas. Jangan lupa bawa balik buah limau banyak-banyak.

Alhamdulillah, diberi peluang berehat seminggu di rumah, menghabiskan masa dengan mereka yang tersayang, melayan keletah si kecil itu setiap hari. Hilang terus segala masalah dan hal-hal yang masih banyak perlu disetelkan. Mencari ketenangan dulu sebelum kembali berjuang di medan sana.Oh ya, macam biasa..masa untuk berkongsi tentang si kecil comel lote ini

Thursday, January 20, 2011

dakwah + hidayah

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Assalamualaikum w.b.t. Rasanya entri kali ni agak skema sikit penulisan,ala-ala mengarang esei BM.
Dakwah. Pasti semua tahu mengenainya. Dakwah itu bukanlah hanya tugas para anbiya’ terdahulu, bukan hanya alim ‘ulama’, bukan hanya ustaz ustazah, imam dan bilal, bukan hanya naqib naqibah, tetapi ia menjadi tanggungjawab bagi setiap insan yang bergelar muslim. Method dakwah itu adalah banyak, sama ada melalui perkataan, perbuatan dll. Bukanlah hanya dengan menyampaikan ceramah dan kuliah agama sahaja dipanggil dakwah, malah melalui penampilan muslim itu sendiri sudah boleh dikatakan cara berdakwah. Semasa saya mengikuti halaqah ilmu bersama kakak dan adik-adik, saya memperoleh banyak ilmu baru, dan di sini ingin dikongsi kisah menarik yang dikongsi oleh adik  itu.

Saturday, January 15, 2011

semakin berkurang

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Salam 'alaikum buat semua dan moga semuanya sihat selalu.
Alhamdulillah, diri masih diberi kesempatan merasai semua nikmat Allah hingga hari ni dan diberi peluang menambah angka pada diri. Begitu cepat masa berlalu, rasa macam baru je umur ni 12 tahun.
Seinfiniti terima kasih buat family yang jauh di mata, tapi sentiasa dekat di hati, tambah-tambah bila selalu tengok hadiah tu.
Terima kasih juga buat semua sahabat@kawan@teman etc. yang wish pd diri ni.
dan sangat terima kasih buat 'kalian semua' yang sama-sama nyanyikan lagu tu beberapa hari lepas. Sungguh diri terasa sangat bersyukur dikelilingi kalian =). Moga segala urusan kita di sini dan di sana sentiasa dipermudahkanNYA.

Makin bertambah umur, makin berkurang umur ni untuk merasai nikmat-nikmat Allah kat dunia ni. Makin kurang masa untuk beribadat, makin hampir mati itu. Semuanya akan semakin kurang. Sebelum ia jadi makin sedikit bila menginjak setiap tahun, moga segala bekalan dan persiapan dapat ditambah, insyaAllah.



'' hari ini hari lahirmu, hari ini bertambah lagi usiamu, maka akan bertambah juga tanggungjawabmu. hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang dek ujian yang akan mendatang. hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu  untuk melambung onak dan duri. hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNYA. semakin kurang tempoh beramal, semakin kubur mempersiap tempat untukmu, semakin dekat malaikat maut datang menjemput, semakin dekat amalan akan dihitung dan semakin hampir haruman firdausi / azabnya jahannam '' ( thanks farah ^^)



Wallahu'alam.

Monday, January 10, 2011

rezeki di mana-mana

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, diri masih dipanjangkan umur merasai tahun baru dan harapnya tahun ini lebih baik drpd tahun lepas. Dalam kepala berfikir-fikir nak menulis tentang apa, apa yg boleh saya sampaikan utk diri sendiri dan kalian semua yang sudi membaca ruang usang ini.
Rezeki - sesuatu yang Allah kurniakan buat hamba-hambaNYA. Semua orang berlumba-lumba mencari rezeki setiap hari- mencari pekerjaan yang halal utk teruskan kehidupan. Bagi kita yang muslim, sering berdoa kepadaNYA agar dimurahkan rezeki.
Saya pernah terfikir yang  tahun lepas saya dapat rezeki yang tak dijangkakan daripada Allah. Semuanya berlaku secara tiba-tiba, dan semestinya kejutan buat diri ni. Alhamdulillah, syukur =)

Tuesday, December 28, 2010

syukur,syukur,syukur

Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya



Salam. 2010 hampir berakhir. Macam sekejap je tahun ni berlalu. Hampir 2 minggu tak mencoret di sini, alhamdulillah ada peluang lagi kali ni.
Walaupun dah sangat lambat ucapan ni, Happy Belated Birthday to my dear sister (18disember). Makan kek tak share dengan orang pun kan. Tak dapat kasi hadiah lagila, tunggu 2-3 tahun lagi ye.

Seterusnya, tahniah dan mabruk 'alaik utk sorang lagi my dear sis yang dapat straight A dlm PMR. Nampaknya mimpimu tu hanyalah mainan tidur. Kan dah dapat A subjek Sejarah. Terus jela belajar kat kaka tu, kesian kat sekolah kalau yang dapat straight A semua tukar sekolah lain. Dua tahun je lagi bertahan kat kaka=) Kan dekat je dengan rumah, nak balik rumah bila-bila pun senang. Oh, terima kasih tak terhinggalah buat semua guru di kaka yang banyak mengajar dan mendidik adik saya tu.
Visi 2011:SMKAKA Penjana Generasi Unggul Teknokrat Al-Quran
Moga visi ini dapat dicapai, insyaAllah.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More