Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Salam.
Isu dalam negara yang terkini. Naik harga lagi..
Petikan di bawah diambil daripada akhbar metro :
KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam, mengumumkan subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) serta gula, dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa hari ini. Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi ini membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta pada 2010.Keputusan mengurangkan subsidi bahan api dan gula berasaskan hakikat pengurangan subsidi bahan api akan memberi impak terbesar ke atas perbelanjaan manakala pengurangan subsidi gula membolehkan kerajaan mempromosi gaya hidup sihat.
Menurut Perdana Menteri, keputusan itu berasaskan tiga perkara penting.
Pertama, subsidi itu turut memberi manfaat kepada rakyat asing dan rakyat tempatan berpendapatan tinggi yang mampu membayar harga tanpa subsidi.
Tumpuan kerajaan sepatutnya membantu keluarga yang berkongsi motosikal atau kereta kancil untuk ke tempat kerja dan sekolah, tetapi sebaliknya perbelanjaan subsidi turut memberi manfaat kepada mereka yang memandu kereta mewah, katanya.
Subsidi gula yang berlebihan pula memberi manfaat kepada industri dan bukan keluarga. Sektor perniagaan menggunakan hampir dua kali ganda gula bersubsidi berbanding isi rumah.
Kedua, barangan bersubsidi tinggi menjurus kepada aktiviti penyeludupan kerana barangan terbabit berharga paling murah di rantau ini. Pada 2009 saja, Najib berkata, penyeludup membawa keluar lebih 200 tan metrik gula merentas sempadan. “Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran dan bukan memberi manfaat kepada golongan yang kita mahu bantu,” kata Perdana Menteri.
Ketiga, kecuali kerajaan mengurangkan penggunaan bahan api dan gula, negara akan menghadapi kesan yang serius.
artikel penuh di sini...
Semalam kami berhalaqah membincangkan isu ini. Dulu, negara digemparkan dengan berita tak cukup gula, gula kena sorok hingga heboh sana-sini. Kini, datang lagi berita yang mungkin memberikan impak kepada mana-mana pihak.











