Berusahalah di dunia seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engkau akan mati esoknya
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah Allah kasi saya
kesempatan lagi untuk terus menyedut udara segar di muka bumi ini.
Alhamdulillah walaupun blog ini jarang diupdate, ia takkan dibiarkan terkubur
macam tu je sebab blog inilah tempat saya untuk mencoret apa yang patut.
Sekejap sahaja masa berlalu.
Setelah 11 bulan bekerja di TMC, kontrak kami telah tamat akhirnya. Tak sempat
sampai akhir tahun. Mulanya terkejut dan berduka juga sebab kami dah selesa
bekerja di sana. Seribu kenangan yang ada dan dapat berpotluck sebanyak empat
kali alhamdulillah. Saya doakan sahabat-sahabat saya di Alam Damai menemui hala
tuju masing-masing selepas ini serta berjaya di dunia dan akhirat. Buat yang
bakal bernikah, semoga urusan kalian dimudahkan dan menjadi isteri yang solehah
aameen :)
Hari itu saya berduka sekejap
sebab apa yang saya hajati Allah belum makbulkan. Tiada siapa yang tahu apa
yang saya rasa sebab hanya Allah yang tahu apa yang saya minta. Saya minta
sungguh-sungguh, namun rezeki itu bukan untuk saya lagi. Ia untuk
sahabat-sahabat saya yang saya sayangi dan rindui. Diri kembali ok setelah
mendengar ayat-ayat positif daripada emak dan kakak. Saya tak la kisah mana pun
sebab sejak sekolah lagi apa yang saya minta mesti saya tak dapat. Minta
punyalah banyak tapi yang dapat hanya satu. Sampai family cop saya ni muka satu
je. Ingatkan masa belajar je camtu, rupanya sampai ke alam pekerjaan. Memang
ini yang Allah tetapkan untuk saya.
Bila difikir-fikir, ada seribu
satu hikmah bila dah tamat kerja kontrak dan tak dapat kerja itu. Allah kasi
saya ruang dan peluang untuk buat apa yang patut sepanjang cuti ini di kampung
bersama ibu ayah tercinta. Saya tak dapat bayangkan andai saya masih bekerja.
Saya perlu cari masa untuk pulang ke kampung pada hujung minggu untuk mengemas
rumah. Sekarang saya gunakan masa yang ada sampai habis cuti. Setelkan dahulu
apa yang boleh dan lepas ini kembali fokus bekerja, then kembali pulang ke
kampung demi tujuan itu yang sangat penting untuk dunia akhirat saya. Andainya
saya dapat kerja itu dan posting jauh, saya juga tak dapat bayangkan betapa
haru birunya hidup saya untuk setelkan semuanya. Allah tahu kemampuan saya,
sebab itu Allah belum izinkannya. Think positif :)
Mujur dikelilingi insan-insan
yang positif, so saya pun bolehlah positif. Saya perlu buat apa yang patut
dalam tempoh masa yang ada ini.
Rabbi yassir wala tu’assir. Ini urusan dunia
akhirat, kepada Allah saya serahkan segalanya.
p/s : mungkin ini entri terakhir
saya sebelum tibanya hari itu. Doakan yang terbaik untuk saya